Strength Training: Senaman untuk Wanita

Strength training, komponen yang tidak asing lagi dalam rutin senaman untuk wanita, dan sentiasa digabungkan dengan senaman kardiovaskular kerana rutin ini ada manfaat dan tujuannya tersendiri. Namun kita banyak mengelak daripada melakukan rutin ini kerana takut badan jadi mengembang dan sado. Benarkah?

 

Apa Itu Strength Training?

Strength Training adalah rutin senaman yang membantu otot tubuh regang (contraction) yang akan menjadikannya bertambah tumpat, meningkatkan kekuatan tubuh dan stamina. Di mana sewaktu anda membuat strength training, fiber otot yang terlibat akan dibuka dan dibina semula dalam sehari dua, menjadikannya semakin kuat.

Rutin senaman untuk wanita ini, dilakukan untuk pelbagai tujuan (contohnya untuk kurus dan juga untuk sado) selain mendapat kebaikan dengan melakukan rutin ini dengan berterusan.

Kebaikan Strength Training

Selain badan semakin slim dan cantik, antara kebaikan melakukan senaman ini dengan berterusan (jika dilakukan dengan betul) ialah

  • Meningkatkan stamina dan tidak cepat semput (gagah dan steady gitu)
  • Lebih aktif. Kerja yang dilakukan lebih pantas dan bersemangat
  • Kurang kebarangkalian untuk tidak sihat (kalau dah demam, kerja satu apa pun susah nak jalan)
  • Membakar lemak secara berterusan, walaupun ketika anda rehat (sungguh!)
  • Metabolisme anda meningkat – susah nak naik berat badan lepas ni 😀
  • Sistem pencernaan optimum, bermaksud tidak mudah buncit kerana pengumpulan bahan buangan dan toksin di usus
  • Tulang tidak mudah rapuh, walaupun meingkat usia

Banyak kan kebaikannya?

Semestinya, rasa lebih canti, seksi, dan yakin 😀

Jenis Senaman Strength Training Yang Ada

Biasa orang akan ingat angkat berat di gym itulah strength training sahaja kan?

Tak semestinya dear. Dalam strength training ni, yang bestnya ia tidak terhad kepada satu jenis senaman sahaja. Secara asasnya apa sahaja senaman yang anda buat yang memaksa tubuh anda mengangkat/melakukan beban lebih dari biasa adalah strength training.

Walaupun sekadar anda gigih angkat anak darjah satu naik 2 tingkat tangga sekalipun.

Awal-awal memang semput, kerana tubuh anda tidak biasa dan stamina tidak cukup. Namun lepas dibuat beberapa kali lama-lama akan biasa kan? Itulah tandanya stamina anda dah bertambah.

Itu juga salah satu konsep yang ditekankan dalam strength training.

Ambil contoh mudah dengan anak hehe..untuk contoh yang kita biasa lihat, antara jenis-jenis strength training ialah:

  • Mengangkat berat (weightlifting)
  • Bodybuilding dan powerlifting (mengangkat berat dengan strategi tertentu)
  • Crossfit
  • High Intensity Interval Training (HITT: latihan tahap tinggi dilakukan dalam masa singkat)
  • Bodyweight training (rutin yang menggunakan tubuh sendiri untuk membina kekuatan dan otot)
senaman untuk wanita
Contoh bodyweight training, yang menumpukan otot di bahagian perut buncit (simptom yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin)

Dan anda tidak perlu tetap dengan satu-satu rutin sampai mati – anda boleh gabungkan mana-mana yang sesuai dengan keperluan dan tahap kesihatan anda waktu itu.

Tapi Saya Tak Nak Strength Training Sebab Nanti Badan Sado

Jangan risau, rutin ini tidak akan membuatkan anda bertambah sado sekalipun anda biasa buat dengan kerap – hormon kewanitaan kita sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk sado seperti lelaki (jika nak buat juga, ia memerlukan perancangan yang teliti merangkumi senaman, diet, dan supplemen).

*Malah senaman yang dikongsikan dalam website ini, lebih menjurus kepada senaman untuk wanita, untuk memudahkan anda mencari rutin kesihatan yang sesuai dengan diri anda. 😉

Kesimpulannya, anda tidak akan sado, anda akan cantik dan sihat serta bertambah slim dan mantap, seperti atlit.

 

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: