5 Tanda Berat Badan Naik Bila Metabolisme Telah Menurun

Metabolisme adalah satu faktor yang wajib diambil kira jika anda mahu turunkan atau nak kekalkan berat badan anda. Jika tidak, teknik kurus macam mana pun sukar untuk berkesan jika metabolisme tu sendiri sudah kacau bilau. Maka sebaiknya anda semak tanda-tanda ini untuk pastikan samada faktor pembakar lemak ini berada di tahap optimum ataupun sebaliknya.

5 Tanda Berat Badan Naik Bila Metabolisme Telah Menurun

Jika anda ada mengalami salah satu (atau lebih) dari tanda-tanda yang disebutkan ini, bererti metabolisme dah mula menurun kadarnya dan sebaiknya diambil penyelesaian yang sesuai dengan segera.

Anda Perasan Jika Lebih Senang Berat Badan Nak Naik Daripada Nak Turunkan

Salah satu simptom biasa jika metabolisme dah tak sepantas macam dulu. Nak naik senang je (makan sikit pun dah naik berat badan) tapi bila nak kurus ya ampun…. lambat sungguh nak nampak hasil. Lebih-lebih lagi apabila tips kurus yang biasa anda buat tidak berkesan seperti dahulu, jika anda tidak mengambil kira faktor metabolisme.

Kurang asam jugak kalau macam ni -.-

Sewaktu muda mungkin ia berkesan, kerana ketika itu hormon anda masih stabil dengan metabolisme masih lagi di tahap optimum. Tua dah kita ni rupanya..

Anda Perasan Ada Bahagian Baru Yang Penuh Lemak

Apabila metabolisme dah mula menurun, ia bermaksud tubuh anda akan mula menyimpan lemak (lebih daripada biasa) dan waktu itu ia akan cari tempat kosong nak simpan lemak yang baru dihasilkan (alahai..) dan selalunya ia berada di bahagian perut (bermaksud anda mengalami stress dan hormon cortisol kacau-bilau) kan?

Haru jugak bila tak semena-mena gemuk pada tempat yang tak pernah ada sebelum ni.

Berat Anda Tetap Bertambah Sekalipun Anda Tidak Makan Apa-Apa

Ia berlaku jika anda amalkan diet yang tidak selamat seperti Crash diet. Di mana anda berlapar sekalipun dengan harapan untuk kurus, berat anda tetap bertambah (sadis bunyinya).

Proses ini berlaku kerana tubuh anda mengesan seolah-olah ia berada dalam keadaan darurat, maka tubuh akan perlahankan beberapa proses tubuh yang tidak perlu dan salah satunya ialah memperlahankan kadar metabolisme agar tubuh akan menukarkan sumber makanan yang anda ambil kepada lemak untuk disimpan sebagai bekalan tenaga.

 

Ada Bahagian Tubuh Yang Mengalami Selulit

Selulit di bahagian belakang paha itu normal; jika anda ada selulit di tempat lain yang tidak biasa berlaku โ€“ ia bermaksud proses metabolisme anda tidak secekap seperti dahulu. Di mana tubuh anda akan ambil tisu otot yang ada sebagai sumber tenaga, dan meninggalkan beberapa sisa lemak di kawasan tersebut, menghasilkan selulit.

Pada masa sama, kolagen anda juga hilang dalam proses tersebut, menyebabkan kulit anda kelihatan menggerutu dan kendur.

Perbezaan kulit yang sihat dengan kulit yang mengalami selulit. Kelihatan kulit dengan selulit mengalami kandungan lemak yang tinggi

Anda Mengidam Nak Makan Macam-Macam Pada Waktu Petang

Mengidam makan (khusunya makanan jenis bergula dan berkarbohidrat tinggi) pada waktu petang adalah tanda utama metabolisme semakin perlahan.

Ia berlaku apabila gula dalam darah anda telah menurun dan tubuh akan anggap ia sebagai satu signal untuk kita makan sesuatu yang segera โ€“ selalunya yang segera itu bermaksud yang manis (atau sekurang-kurangnya nasi dengan lauk tengah hari tadi hehe..). keadaan ini tidak berlaku jika metabolisme anda berada di tahap optimum: jika anda lapar, anda makan. Dan bukan kerana mengidam. 😊

Jika keadaan ini berlaku, anda boleh amalkan tip yang biasa kita buat: minum secawan teh hijau (boleh tambah perahan limau kasturi jika kureng dengan rasa payau teh hijau) untuk hilangkan rasa mengidam itu, disamping meningkatkan kadar metabolisme anda dengan selamat.

Antara kaedah untuk tingkatkan metabolisme anda adalah dengan mengamalkan secawan dua teh hijau sehari

Bagaimana Nak Menyelesaikan Masalah Metabolisme yang Menurun Ini?

Jika anda mengalami salah satu (atau lebih) tanda-tanda yang disebutkan di atas, penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengetahui punca-punca metabolismeย  itu sendiri menurun, selain mengamalkan beberapa cara untuk meningkatkan kadar metabolisme seperti sedia kala antaranya adalah dengan tidur yang cukup (agar keseluruhan sistem sentiasa optimum), mengambil sumber protein yang mencukupi, serta bersenam dengan konsisten.

Sumber rujukan dari sini:

Bacaan lanjut di authorityweight.com

 

 

 

 

 

 

 

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


2 thoughts on “5 Tanda Berat Badan Naik Bila Metabolisme Telah Menurun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: