7 Kebaikan Senaman Strength Training Untuk Tubuh Anda

Sebut tentang senaman, pasti ada yang mengelak nak buat. Selalu kita mesti kata takda masa, tak perlu, dan kita dah sihat dah pun sebenarnya. Rutin strength training sangat bagus dilakukan dengan konsisten, kerana manfaatnya yang bersifat menguatkan dan melindungi. Awet muda itu haruslah. Baca lanjut, kebaikan senaman strength training yang anda pasti dapat setiap kali anda melakukannya.

kebaikan senaman strength training

Kebaikan Senaman Strength Training

Menambahkan Kekuatan Otot Dan Tulang

Pastinya antara kebaikan senaman strength training ini, ia membantu untuk mengekal dan menambahkan jisim otot kita (kardiovaskular pula lebih kepada kesihatan jantung, ada beza di situ). Sekiranya kita tidak melakukan sebarang aktiviti berat (lebih-lebih lagi yang tidak aktif, menjalani sedentary life), otot dan tulang kita akan menjadi semakin lemah kerana tidak diigunakan – ia akan lebih ketara semakin kita meningkat usia.

Metabolisme Meningkat

Rutin ini akan menambahkan kadar metabolisme anda seperti enjin kereta, walaupun selepas anda berehat (jika dilakukan dengan betul, boleh berjalan sehingga 24 jam) kerana tubuh anda memerlukan banyak tenaga (dalam bentuk kalori) untuk jaga otot yang telah dibina, menjadi satu faktor yang membantu untuk anda mengurangkan berat badan dan seterusnya kekal kurus.

Antara kaedah untuk tingkatkan metabolisme anda adalah dengan mengamalkan secawan dua teh hijau sehari

Melindungi Kecederaan, Meningkatkan Fleksibiliti

Strength training memaksa tubuh kita menggunakan dan membiasakan penggunaan otot. Otot-otot (termasuk tisu penghubung seperti ligamen dan tendon) ini dilatih dengan strength training ia akan bertambah kuat dan fleksibel. Maka kurang kebarangkalian untuk anda tercedera, selain meningkatkan postur dan fleksibiliti tubuh anda.

Otak Lebih Cerdik

Strength training membantu otak anda (kemahiran untuk buat keputusan, dengan cepat), meningkatkan daya tumpu, dan juga memori (boleh lah nak ingat nak beli bahan masak dengan cepat hehe..)

Melindungi Tubuh Dari Penyakit

Terbukti dalam beratus kajian, Strength training sangat-sangat melindungi kesihatan kita – isu kegemukan sehinggalah penyakit tiga serangkai dan juga kanser (dengan mengurangka  kesan oksida yang menyebabkan pertumbuhan sel kanser).

Pelbagai kesan yang berisiko untuk kita dapat daripada berat berlebihan, yang akan dilihat dalam jangka panjang. Kredit: www.helpguide.org

Tidur Lebih Berkualiti

Kalau nak tidur lena dalam masa singkat, senaman adalah jawapannya. Dilakukan dengan betul, senaman akan menjadikan tubuh kita betul-betul digunakan untuk tidur lebih lena, seterusnya bangun dengan lebih segar.

Tidur anda lebih lena dan berkualiti, jika anda melakukan senaman pada hari tersebut

Lebih Ceria

Rutin senaman akan membuatkan tubuh kita keluarkan hormon happy iaitu endorphin, selain membuatkan kita lebih gembira dan yakin secara umumnya. Dari segi psikologi, apabila anda buat strength training, anda akan rasa lebih yakin nak uruskan pelbagai urusan/cabaran.

*mungin kerana penghasilan hormon happy tersebut, selepas dah buat senaman sekali, pasti nak ulang lagi sekali. 😀

Dan yang pasti, dengan rutin strength training memberikan hasil cepat, malah selama seminggu pun dah cukup untuk menampakkan hasil (testimoni, admin sendiri yang buat tau).

Rujukan di sini, jika anda mahu info lanjut.

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: