10 Tips Mudah Untuk Kurus Dengan Diet

Tips yang disediakan di sini sesuai jika anda masih belum capai target berat idaman namun sukar untuk melakukanya. Baca sini untuk ketahui lebih lanjut, cuba satu dua tips yang dikongsikan dan lihat bagaimana semakin banyak berat badan anda menurun.

10 Tips Mudah Untuk Kurus Dengan Diet

Kerap kali juga sepanjang pengalaman admin membuat khidmat coaching kurus, isu susah nak diet adalah antara halangan utama dalam proses mendapatkan berat badan ideal. Hakikatnya, ia suatu proses yang tidak sukar; hanya memerlukan usaha yang konsisten. Jika tidak sanggup nak mula all-out mengikut diet plan/program yang nak di ikuti, mungkin perkongsian tips mudah untuk kurus dalam post ini boleh membantu anda untuk bermula.

Tips Mudah Untuk Kurus Melalui Pemakanan

Berpantang Daripada Sumber Karbohidrat Dan Gula Putih

Kedua-dua item – simple carbohydrate – ini adalah punca utama berat anda meningkat naik (malah ia akan menjadi-jadi sekiranya metabolisme anda tidak aktif seperti dahulu), kerana ia akan menyebabkan tubuh menghasilkan insulin – hormon yang berfungsi dalam proses penyimpanan lemak dalam tubuh.

Kerana sekiranya insulin tidak digunakan, lemak yang telah sedia ada dalam tubuh akan digunakan sebagai tenaga, selain buah pinggang akan keluarkan lebihan garam dan air dari tubuh (yang biasanya membuat kita buncit).

Maka sebaiknya berpantang daripada mengambil makanan dari sumber tersebut dan gantikan dengan alternatif yang lebih sihat, iaitu sumber karbohidrat dalam bentuk sayur dan daripada jenis karbohidrat kompleks (roti gandum, oat, beras perang).

Graf perbezaan dan desan diet rendah karbohidrat. Krediet: authoritynutrition.com

Jadikan Makanan Sumber Protein, Lemak Sihat Dan Sayuran Sebagai Sumber Utama

Mendahulukan makanan daripada sumber ini boleh membantu anda untuk kurangkan pengambilan karbohidrat putih dengan mudah – maka lebih mudah dan cepat nak kurus!

Antara makanan yang anda boleh ambil adalah seperti berikut

  • Sumber protein seperti tempe, telur, ayam, ikan, dan daging
  • Sumber sayuran berdaun dan hijau: bayam, kangkung, kubis, malah ulam-ulaman yang kaya dengan nutrisi dan serat – makan aja sebanyak mungkin perut boleh tampung dan anda tidak akan mengambil karbohidrat berlebihan sekalipun
  • Lemak sihat juga membantu kerana tubuh kita sebenarnya di programkan untuk menggunakan lemak dan protein sebagai sumber tenaga yang utama (bukannya karbohidrat). Contoh lemak sihat adalah seperti minyak zaitun, minyak kelapa, dan pure butter.

Jangan telan minyak telon pulak dah la ya 😛

Cukupkan Pengambilan Air

Pengambilan air adalah penting bagi memastikan tubuh anda berfungsi dengan optimum (hampir semua proses dalam tubuh anda perlukan air untuk bergerak). Tubuh anda sendiri terdiri daripada 70% air maka haruslah H20 kena cukup kan?

Pengambilan air bergantung kepada individu agar tidak berlebihan sehingga mengalami water toxicity. Secara mudah adalah dengan perhatikan warna air kencing anda: jika jernih dengan sedikit warna kuning menandakan anda mengambil air yang cukup dalam sehari.

Kalau dah warna kuning pekat, keluar pulak bau kopi atau petai faham-fahamkan lah sendiri.

Tanda lain anda ambil air yang cukup:

  • Kulit kelihatan lembap seperti disapu krim pelembap
  • Bibir tidak merekah
  • Rasa lebih bertenaga, lebih fleksibel

Amalkan Makanan Tertentu Yang Boleh Membantu Anda Menurunkan Lebihan Berat Badan

Antara trick yang boleh anda lakukan ialah dengan mengamalkan makanan tertentu dalam sebahagian besar waktu makan untuk proses kurus anda, dan secara tak langsung anda boleh mendapatkan berat badan ideal dengan cepat. Mulakan saja dengan satu dua makanan/minuman yang disenaraikan di sini, di samping kekalkan gaya pemakanan yang sedia ada.

Antara jenis makanan yang boleh anda amalkan:

  • Makanan yang organik, tidak diproses, dan sihat: prinsip paling asas dan dengan menjadikannya sebagai sebahagian besar dalam diet menjadikan anda kenyang lebih lama, bertambah sihat dan bertenaga, serta secara halus tidak mengambil apa-apa yang tidak berapa sihat.
  • Makanan yang bersifat pembakar lemak (fat burning foods) dan yang bersifat meningkatkan metabolisme: berfungsi untuk meningkatkan kadar pembakaran lemak dengan lebih berkesan.

Anda juga boleh amalkan beberapa makanan/minuman dalam diet harian untuk kurus, seperti yang dikongsikan dalam blog ini.

Tips Mudah Untuk Kurus Melalui Senaman

Tak ada kejutan: proses kurus akan menjadi lebih berkesan jika anda tambahkan rutin senaman sebagai aktiviti harian anda. Dan yang bagusnya anda tidak perlukan keahlian di gym atau alatan yang super duper canggih – cukup dengan tubuh anda sendiri sebagai permulaan, dan amalkan dengan konsisten adalah kuncinya untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Hasilnya mungkin tidak segera, namun jika diamalkan anda akan kurus dan sihat dengan lebih lama.

Mulakan dengan aktiviti mudah namun lain daripada biasa seperti berjalan aktif 500 m sehari, lompat bintang 10x sehari, atau naik 2 tingkat sehari kemudian tambah kekerapan dan catat perkembangan anda.

Baca lanjut mengenai strength training, dan manfaatnya untuk tubuh anda dalam kurus di sini.

Tips Mudah Untuk Kurus Melalui Amalan Harian

Tabiat harian anda menentukan samada anda boleh mencapai berat idaman anda dengan cepat atau sebaliknya. Dan amalan ini boleh anda gunakan dalam aktiviti harian anda untuk pastikan anda tidak tersasar atau biasa orang kata dalam diet “tidak kelaut”. XD

Pilih satu dua amalan ini dan cubajaya dalam hidup anda, dan lihat bagaimana perubahan berlaku dengan cepat.

Tak comel macam dalam buku ni pun takpa, janji ada. Kredit: Zen Planning
  • Menulis apa yang anda makann dalam buku nota: antara cara yang berkesan, dengan menulis tiap2 makanan yang anda ambil dalam buku nota, untuk menghasilkan satu bentuk kesedaran (awareness) – bila anda tahu apa yang anda ambil, anda lebih mudah untuk menahan diri daripada ter-cheat dan makan yang bukan-bukan tanpa sedar. Cara ini berguna juga jika anda sedang melalui keadaan stress/depression untuk anda ketahui simptom dan trigger yang berlaku

 

  • Makan dengan perlahan (atau kunyah 40x mengikut petua orang tua), memberi masa kepada perut dan otak untuk bagi signal pada perut untk berhenti yang biasanya mengambil masa 20 minit. Anda boleh cubajaya dengan makan laju2, dalam 10 minit, kejap lepas tu biasanya mengah, tak sangka makan banyak. -.-
  • Tidur yang mencukupi. Ada kajian mengaitkan masa tidur yang mencukupi dengan berat badan – tidur yang tidak cukup menyebabkan anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak DAN tidak sihat (karbohidrat putih dan gula), serta tubuh tidak dapat membakar lemak dengan berkesan
  • Pilih satu hari untuk anda makan biasa. Kajian juga membuktikan dengan asingkan satu waktu makan/hari untuk anda makan sesuatu yang indulging dan sedap membantu anda mencapai berat ideal dengan berkesan. Ia mungkin lambat sedikit namun sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelegaan kepada minda anda secara psikologi utnuk tidak mengidam yang bukan-bukan sewaktu anda sedang berdiet. Dengan syarat sewaktu hari cheat ini jangan mentedarah pulak 😛 (konsep ini juga Shai tekankan dalam panduan kurus yang disediakan. Klik sini ya)

Your daily habits determine if you are on the path to reach your goals tau. Mula dengan satu benda, dalam satu hari ini juga. 🙂

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


2 thoughts on “10 Tips Mudah Untuk Kurus Dengan Diet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: