Anda Boleh Lakukannya, Dengan Apa Yang Ada

Ada beberapa ketika ini banyak perkongsian mengenai ibu-ibu yang masih ‘bergetah’ , lengkap dengan anak berderet dan body solid molid, berkongsi tips dan amalan yang dilakukan untuk mendapatkan tubuh sebegitu.

Selalunya maksud tubuh bergetah, pastinya bergetah di semua tempat juga. Kredit: yoganita.org

Selalunya ikon yang kita boleh samakan ialah Kim K, sebab dia boleh stay seksi walaupun anak ada dua. Dan Shai takkan post gambarnya sebab dah bersepah di fb, ig dll. Anda tahu rupanya bagaimana.

Dan pastinya, akan ada post yang..anda tahu lah, ia akan berbunyi sebegini:

“bolehlah dia ada banyak duit. Beli produk kurus macam-macam”

“laki sponsor boleh laaa. Boleh g london weight management tu”

“ada maid, banyak lah masa nak g gym. Aku anak ramai kot mana ada masa”

Dan seterusnya.. You get the idea.

But please..Shai merayu agar anda berhenti monolog sebegitu.

Kerana dengan ayat-ayat itu jadi satu alasan untuk anda lari dari berhadapan dengan kebenaran. Sebab jauh di lubuk hati, wanita mana tak impikan tubuh mantap melentik sebegitu walaupun anak ramai, rumah biasa-biasa kan?

Mungkin nak dapat tubuh macam masa anak dara agak susah sebab pinggul dah kembang untuk mudahkan laluan masa bersalin – hikmahnya di situ dapat punggung besar sikit dan asli. Seksi cam Kim tak?

Tak nak punggung besar? Ok takda masalah. Anda nak tubuh yang macam mana? Senaraikan. Tulis sekarang.

Senaraikan sebanyak mungkin agar ia jelas depan mata anda, biarpun sehingga air mata anda keluar seolah-olah ia suatu yang mustahil.

Bagaimana, Shai? Cer Citer

Anda dah ada senarai ciri-ciri tubuh idaman kan?

Anda catat apa masalah yang anda alami, bermula daripada isu-isu yang ada pada tubuh (berisi di perut/paha; selulit; cepat semput; rambut gugur;rahim kembang) dan isu/kekangan yang ada (anak bf lagi, buat dua kerja sebab nak sahut cadangan abam lan; duit memang tak cukup untuk belanja rumah apa lagi untuk diri, masa takda).

Setiap kekangan yang anda alami, anda tulis solusi yang ada. Shai bagi contoh:

Kekangan Masa

Takda masa? Memang tak cukup masa sebab kerja shift, bekerja sambil belajar dll?

Cari mana-mana aktiviti yang boleh anda lakukan dua aktiviti pada satu masa. Anda boleh buat aktiviti senaman sekali dengan anak. Lompat dengan mereka, bergusti di ruang tamu, berjalan/berjoging di taman dengan mereka (dan buat derk main kejar-kejar dengan anak: nanti malam tidur awal sikit. Hehehe..), buat kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah dengan tambah speed (walaupun tak perlu rushing pun).

Kuncinya agar jantung anda berdegup laju, kelincahan tubuh anda sewaktu buat aktivit berikut akan menjadikan tubuh anda lebih lentur, stamina meningkat: lemak yang ada akan dibakar dijadikan sebagai tenaga.

Kekangan Kemudahan Dan Peralatan

Takda alatan? Tak perlu pun sebab senaman menggunakan tubuh sendiri (bodyweight training) di iktiraf sebagai salah satu kategori senaman yang terbukti berkesan, dan ada pelbagai video, gambar, malah apps yang anda boleh gunakan, untuk bermula dengan panduan yang betul.

Secara tak langsung ia juga jimat masa.

Jika nak juga alatan, anda boleh DIY kalau mahu. Beli sahaja botol yogurt dutch lady, minum sampai habis dan cuci, isikan pasir selang seli dengan batu yang tak tajam. Ikat dengan getah banyak sedikit agar ada grip nanti sewaktu menggunakannya.

 

58f892abbe45a.jpg (607×806)
Beli yang bentuk ni. Letak getah di tengahnya untuk grip

Takda produk kurus? Buat sendiri ikut apa yang ada di dapur. Ada pelbagai resipi (Shai akan buat blog post ini dalam masa terdekat) homemade anda boleh buat. Adjust2 menu pemakanan untuk effortless weight loss.

Takda kemampuan nak sediakan alatan? Jangan risau sebab bila babitkan aspek berat badan ideal, yang paling2 penting adalah dalaman dahulu; dan ia bermaksud menjaga pemakanan dan ambil bahan-bahan yang boleh membetulkan balik tubuh kita. 

Alatan paling basic ialah bengkung dahulu. Tak kira yang jenis lilit, velcro atau kancing. Agar menjaga perut daripada makan berlebihan. Sementara nak melatih diri untuk sihat ni. 

Kekangan Nafsu Makan Yang Tidak Boleh Dikekang

Tak boleh tahan nafsu makan? Anda boleh mula dengan diet atkins; diet yang tidak memerlukan anda berlapar, asalkan anda makan yang lulus mengikut peraturan yang disediakan. Anda boleh google, atau baca perkongsian di sini terus di blog personal Shai ni, ada topik khusus untuk atkins, atau google mengenai diet low carb. Nanti Shai tambahpost berkaitan atkins di blog ini juga.

Shai sendiri amalkan diet ini, sehingga sekarang. Untuk sihat dan sebagai langkah berjaga-jaga, berat ideal itu pasti, ia datang bila tubuh dah sihat sebenarnya. 😀

Dan bila berdiet bukan sebab tak boleh makan nasi pun. Anda boleh baca perkongsian di sini, yang menunjukkan nasi tu tidak berdosa pun dimakan.

Sementara nak kurus, anda bersabar sekejap sahaja lepas tu anda boleh makan apa yang menjadi kegemaran anda. Namun anda akan lihat, ketika tubuh sihat, keinginan nak makan (mentedarah sebenarnya hihi) akan jadi kurang sebab dah tak gian.

Dan waktu biasa takda nafsu sangat kan, bila diet datang pula rasa tu menjadi-jadi – ia adalah normal, reaksi tubuh bila terancam dan ia akan hilang dalam 3,4 hari ja.

Kekangan Motivasi

Anda cepat down bila orang kutuk anda berdiet? Atau ejek2 (lagi sadis, ugut makan nasi?) dsbg? Kebenarannya ia akan berlaku sebab anda buat perubahan pada diri. Orang tidak faham tak mengapa kerana anda lebih memahami diri sendiri.

Cari kawan yang menyokong. Ataupun anda sebagai ibu, bercerita misi anda pada mereka takkan mereka mencebik? Pastinya mereka teruja nak tengok ibu mereka mencapai impian – sedikit sebanyak memberi pengajaran pada mereka juga.

Link grup support kurus Shai punya di sini. Anda boleh join, tanya di situ untuk manfaat ilmu bersama. Kat blog ni, Shai usahakan menulis lebih banyak blog post berkaitan agar kita dapat manfaat bersama. Doakan ya agar semua urusan Shai jadi lancar dan mudah sampai, agar banyak masa Shai boleh digunakan untuk tulis info2 yang membantu korang. Aminnnnn… ^^v

Akhir Kata

Lakukanlah. Bermulalah. Kerana zaman sekarang banyak yang percuma dan di hujung jari, tiada alasan lagi untuk kita tidak sentiasa membaiki diri.

Apa yang anda perlukan untuk capai impian anda, dah ada siap-siap disekeliling anda sebenarnya. Kita ja yang tak perasan.

Prinsip yang ditekankan di sini kerana nak sihat yang utama. Nak buang semua yang kotor daripada tubuh, agar tubuh anda berfungsi sebaik mungkin dan berat badan ideal adalah salah satu ‘kesan sampingannya’. 😀

Inshaa Allah, niat kita nak kurus sihat2 ni akan diberkati dan dimudahkan urusan oleh Allah. Kita ni ibu, wanita, doa 2 dapat special access untuk Allah makbulkan tau. Sebab sifat compassion/penyayang kita.

Sihat. Cantik. Dan mantap. Itulah yang Shai tekankan. Dan Shai percaya semua orang ada peluang tak kira duit banyak mana dalam poket dia. Baca Big Why di sini.

Shai pula bagaimana? Masa fasa susah, menumpang rumah orang, Shai tetap usahakan diri untuk bersenam. Buat jadual di buku tulis sendiri, catat progress dan lakukan sementara anak tidur (masa tu dia dalam setahun gitu). Makan berjaga, beli alatan senaman pun dekat Daiso, Rm5 ja. Selebihnya DIY. Sebab nak cari solusi sejimat mungkin.

Sebab Shai pernah masuk hospital sebab amalan makan fast food, dan tak pernah ambil sayur ni..Cukuplah.

Kalau Shai boleh, kenapa korang tak nak.. :/

Dan bila anda dah berusaha perbaiki diri anda dan tiba-tiba benda tidak di ingini tetap berlaku, sekurang-kurangnya anda tidak ralat sangat sebab awal-awal lagi anda berusaha untuk bahagian anda. Inshaa Allah kurang pedihnya berbanding bila anda tidak bersedia apa-apa. Sebab Tuhan dah persiapkan diri anda sebelum ia berlaku.

Anda tahu apa Shai maksudkan kan?

 

😊

 

Dah dah. Ambil kertas dan senaraikan sekarang. Sayang korang.

Shai.

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: