Micronutrients – Nutrisi Mikro Dan Fungsinya (Vitamin)

Micronutrients adalah vitamin dan mineral dan masing-masing ada fungsi dan kebaikannya tersendiri. Dikenali sebagai mikro, sebab tubuh kita perlukan dalam amaun kecil (dalam miligram, mikrogram ja), berbeza dengan nutrisi makro yang memerlukan kita ambil dalam gram. Dan dalam blog post ini, anda boleh ketahui jenis vitamin dan mineral yang biasa diambil dalam diet harian, dan bagaimana ia digunakan dalam tubuh kita.

micronutrients vitamin nutrisi

Micronutrients vitamin

Vitamin ni terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis larut air, dan larut lemak. Yang larut dalam air kalau terlebih dos akan dibuang keluar daripada tubuh (asalkan cukup pengambilan air dalam tubuh), kalau jenis larut lemak, lebihan akan disimpan dalam lemak tubuh. Kalau banyak nanti jadi toksik.

Vitamin ni boleh berubah sedikit strukturnya bergantung kepada haba, cahaya, atau proses kimia. Contohnya vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, ada juga bentuk vitamin C lain seperti yang anda boleh jumpa dalam produk kecantikan ascorbyl palmitate contohnya, dan lihat kata asas askorbik tu masih ada kan?

Sekian dengan kursus kilat kimia pemakanan untuk anda. XD

Antara Vitamin larut air yang tubuh anda perlukan

Micronutrients Vitamin C

Dikenali sebagai asid askorbik, digunakan untuk membantu proses sistem saraf, hormon, dan DNA, meningkatkan penyerapan zat besi, meningkatkan daya tahan tubuh melawan kuman dan melindungi daripada jangkitan kuman (kalau ada luka sangat penting vitamin C ni), sebagai antioksida, dan haruslah untuk kolagen dan awet muda kulit hehe.

Kalau kurang vitamin C ni gusi cepat berdarah, kemurungan, dan tulang mudah rapuh, gigi cepat patah, kulit lagilah kusam dan kendur jadinya.

Vitamin B

Vitamin ini pula ada banyak jenis: B1, B2, B6, B12 yang masing-masing ada fungsinya tersendiri. Secara umumnya fungsi vitamin B ini adalah untuk membantu pembebasan tenaga daripada karbohidrat/protein yang anda ambil, proses pencernaan (metabolik), pemulihan DNA yng rosak, melindungi lapisan saraf dan otak,

Selalunya simptom terlebih jarang berlaku sebab ia jenis larut air, jadi lebihan yang ada terus buah pinggang kita buangkan. Kalau kurang pula, simptom yang dialami adalah anemia, kemurungan, tak boleh fokus, mulut bengkak, cirit-birit, dan kulit gatal-gatal.

 

Antara Vitamin larut lemak yang tubuh anda perlukan

Vitamin A

Terbahagi kepada dua samada vitamin A tu sendiri atau bahan sebelumnya (precursor) yang dikenali sebagai karotenoids (sama ja, tubuh kita ambil dan hasilkan vitamin A dari situ). Vitamin A digunakan dalam pembahagian sel, sistem reproduktif, tulang, sistem imun, dan kita lebih kenalinya sebagai vitamin kecantikan dan untuk kesihatan mata

(menjadi alhamdulillah. Admin berterusan amalkan supplemen vitamin A ni, baru kurang silau bila matahari terik. Kalau tak henpon laptop semua kena letak blue-light filter tu).

Sumber terbaik vitamin A ada dalam kuning telur, brokoli, bayam (sayur warna hijau banyak vitamin A), kentang, dan susu. Biasanya jika anda amalkan diet sihat, vitamin A adalah mencukupi.

Jika kekurangan vitamin A akan menyebabkan mata anda tidak kuat, membantutkan tumbersaran, dan membuatkan jangkitan kuman lebih teruk.

Vitamin D

Bagi vitamin D pula, ia diperlukan untuk tulang kerana kurang vitamin D akan menyebabkan tulang anda rapuh sebelum masanya (osteoporosis). Cukupkn pengambilan vitamin D ini melalui telur, sayuran hijau, dan pastinya cahaya matahari.

Vitamin E

Salah satu antioksida dan juga dikenali vitamin kecantikan untuk kulit moist. Vitamin E penting untuk menjaga struktur sel (malah sel darah merah cepat mati kalau tak cukup vitamin E) dan untuk dapatkannya. Malah kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan kerosakan saraf, kaki cepat kebas (cramp), rambut gugur, dan pastinya kulit anda kusam dan cepat rapuh serta kendur.

Vitamin K

Vitamin K digunakan untuk pembentukan tulang dan sebagai pembantu dalam proses pembekuan darah (kalau tak memang luka lambat sembuh lah jawabnya). Sayuran berhijau tinggi dengan vitamin K dan jika anda ambil dalam anggaran 2 mangkuk sayur sehari, cukup dah vitamin K anda ambil.

Baca lanjut di blog post micro nutrients untuk mineral, yang akan dikongsikan nanti dalam masa terdekat ini.

Makluman

*kebetulan jumpa infografik yang sepadan dengan perkongsian ini. Panjang sedikit namun mampat dengan info berguna untuk anda. Mudah kan?

Rujukan. 1,2

 

 



1 thought on “Micronutrients – Nutrisi Mikro Dan Fungsinya (Vitamin)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: