Jenis Tubuh Dan Kaitannya Dengan Kurus Bahagian 2

Dalam post lepas ada dikongsikan mengenai jenis tubuh yang wujud, serta kaitannya dengan aspek kurus dan kesihatan. Dalam post ini, setiap jenis tubuh diterangkan dengan terperinci, serta cadangan pemakanan dan senaman utama yang sesuai.

Jenis Tubuh Ectomorph

Bentuk tubuh ectomorph ini biasa yang kita panggil kurus keding ni hehe.. ciri utamanya ialah struktur tulang yang kecil, lengan pun alahai halus je.

Kadar metabolisme nya agak tinggi (walaupun duduk diam pun enjin laju je bakar lemak sebagai tenaga) , serta tinggi toleransi karbohidratnya – bererti melantak dua pinggan nasi pun badan macam tu jugak kedingnya.

Untunglaaa… -.-

Gaya pemakanan memerlukan anda untuk mengambil sumber karbo dalam 50% daripada diet harian, dan selebihnya adalah protein dan lemak sihat.

Jenis Tubuh Mesomorph

Mesomorph pula struktur tulangnya adalah saiz sederhana, dan secara umumnya tubuhnya kelihatan mantap dan fit, kerana mempunya sejumlah otot yang ketara. Mempunyai sistem hormon lelaki/wanita dan hormon tumbersaran yang aktif, bererti senang nak bina badan dan peratusan lemak pun boleh maintain rendah ja.

Nisbah nutrisi makro anda adalah seimbang, iaitu 1 karbo : 1 protein : 1 lemak sihat.

Jenis Tubuh Endomorph

Untuk endomorph ni orang akan kata sebagai rangka besar, kerana mempunyai struktur tulang yang besar, dan sistem tubuh yang cenderung untuk menyimpan lemak. Mereka juga cenderung untuk tidak aktif, dan biasanya mempunyai kadar toleransi karbo yang rendah – cepat letih, dan (jeng jeng jeng..) cepat naik berat badan.

Anda harus ambil 3 kumpulan makanan utama ini, dengan rendah karbo, tinggi protein dan lemak sihat.

Kesimpulan

Rajah panjang ini menunjukkan nisbah nutrisi makro yang anda ambil, mengikut jantina. Klik gambar tersebut untuk besarkan, hanya baca yang mana korang punya ja.

Untuk ketahui jenis tubuh anda, klik sini untuk kuiz nya. Perlu di ingatkan juga,  ialah kuiz ini hanya ambil kira keadaan anda sekarang dan sebaiknya anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui pakar nutrisi (tanya dekat klinik kesihatan kot2 ada service tu). Link dia sini.

Untuk bacaan lanjut mengenai nutrisi makro, klik sini ya.

 

 

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: