Bila Berat Badan Naik Mendadak Disebabkan Hormon

Antara isu yang sering dikaitkan dengan berat badan naik mendadak di kalangan wanita ialah perkaitannya dengan hormon. Boleh kata hampir semua aspek dalam hidup wanita, bergantung kepada kestabilan hormon tersebut. Kacau satu part, huru-hara lah jadinya, seperti domino effect.

Kerana itu, isu umum juga apabila kita sedaya upaya berdiet dan bersenam mengikut rutin yang ada, pun tetap susah nak turunkan berat badan. Berulang kali begitu, boleh jadi putus asa kita.

Em..mungkin aku ditakdirkan untuk berisi chubby macam ni..

Sabar dulu puan, mungkin tidak. Mungkin anda boleh dapat kembali tubuh zaman (kegemilangan) anak dara, jika anda kenalpasti puncanya, iaitu dalam perkongsian ini: hormon.

berat badan naik mendadak

Hormon – Faktor Terutama Pada Wanita Dalam Kesihatan Dan Berat Badan

Hormon yang dimaksudkan ini adalah umum, dan secara spesifiknya ialah hormon estrogen, insulin, cortisol, dan leptin (ha, boleh hafal dulu nama-nama hormon ni) dan ia berfungsi untuk pelbagai fungsi tubuh.

Masalahnya bila satu atau semua hormon tak betul, dia akan kacau hampir kesemua aspek tubuh kita, dengan isu berat badan naik mendadak adalah salah satunya.

Masalah hormon juga menyebabkan metabolisme anda terganggu tau. Tu yang buat berat badan anda naik mendadak. Klik sini untuk baca.

Estrogen

Hormon ini berfungsi dalam membentuk sifat kewanitaan kita (yang bagi isi kat depan tu dan bentukkan tubuh kita pinggang ramping). hormon ini secara umumnya terkawal, dengan sedikit berubah ketara ketika haid dan mengandung (yang menyebabkan anda sebu, buncit semacam, dan jerawat tumbuh melata di muka), serta ketara ketika memasuki dan melalui fasa putus haid.

Dalam isu hormon ini, apabila nisbah estrogen melebihi progesterone, itu yang menyebabkan tubuh anda cenderung utnuk menyimpan lemak di sekitar perut – buncit lah maksudnya.

            Carta nisbah estrogen yang dominan dan kesan kepada tubuh. Sumber: Daily Health Post

Jeng..jeng..jengggggg

Nota: estrogen ni, boleh jadi samada yang dari penghasilan tubuh anda sendiri, atau anda terdedah dengan hormon tersebut melalui makanajn, bahan plastik, dan juga racun rumpai (dikenali sebagai endocrine disruptors).

Penyelesaian Hormon Estrogen Berlebihan

Maka sebagai penyelesaian kepada masalah hormon estrogen ini, nisbah seimbang antara estrogen  dengan progesterone adalah penting. Langkah terbaik adalah dengan mengamalkan sayuran dan ulaman dengan banyak agar sumber serat akan tarik keluar sumber estrogen  berlebihan dari tubuh, mengurangkan pengambilan gula dan makanan terproses, dan bersenam.

Insulin

Hormon ini dihasilkan di pankreas untuk mengawal pergerakan glukos (gula dalam darah). lemak berlebihan akan menyebabkan penghasilan insulin berterabur dan pastinya menyusahkan anda untuk kurus.

Penyelesaian Hormon Insulin Berlebihan

Untuk mengawal pengeluaran insulin, agar ia kembali normal, amalkan pengambilan air suam dengan sedikit cuka epal sebelum sarapan atau selepas makan (lagi-lagi kalau makan yang tinggi gula/karbohidrat), lebihkan pengambilan protein, makan sedikit tapi kerap, memilih karbohidrat kompleks sebelum karbohidrat biasa tu, serta kurangkan atau elak terus gula dalam diet harian anda.

Kesan bila hormon ini mula tidak cekap. Sumber: INLIFE Healthcare

Cortisol

Hormon ini berfungsi untuk tubuh bertindak kepada keadaan stress. Dan dengan dunia sekarang ni yang agak rushing dan penuh stress, memang bertimbun lah hormon ni dalam tubuh kita.

Tak berapa elok kerana sekiranya kita ada hormon ini berlebihan pada jangka masa lama, akan memberi kesan kepada jantung kita tau, selain menyebabkan tubuh mnyimpan lemak di sekeliling organ, yang kita lihat sebagai perut buncit.

Semak tanda-tanda ini, adakah anda mempunya cortisol yang berlebihan, pada jangka masa lama? Kredit: adrenalfatiguetreatments.net

Nota: lemak terkumpul dalam tubuh itu bahaya. Namun jika dibandingkan antara kedua, visceral fat itu lebih bahaya kerana ia menyaluti organ kita, berbanding lemak biasa yang terkumpul di sekitar bawah kulit.

Penyelesaian Hormon Cortisol Berlebihan

Untuk menghilangkan kesan hormon ini adalah dengan mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan stress (yoga dan bersenam ka, tengok running man ka.. tengok sinetron takut sakit jiwa pula XD). pengambilan supplemen yang mengandungi magnesium dan B-vitamins juga membantu, serta tidur yang mencukupi DAN berkualiti.

Menulis aktiviti harian, dan apa yang disyukuri juga membantu untuk mengurangkan stress. Kredit: BuzzFeed

Leptin

Hormon ini dihasilkan oleh sel lemak dalam tubuh kita dan fungsi utamanya ialah memberitahu dekat otak kita yang perut dah penuh. Pada peringkat optimum, jumlah leptin adalah mencukupi, namun kerana diet kita mempunya gula, garam, dan pengawet berlebihan emnyebabkan penghasilan lemak berlebihan, dan sertusnya leptin pun bertimbun-timbun. Sudahnya leptin yang berlebihan tu tak boleh nak pakai dah sebagai pemberi signal pada otak yang kita telah kenyang.

Penyelesaian Hormon Leptin Berlebihan

Paling utama adalah melalui tidur yang mencukupi, kerana ia akan membuatkan leptin pun tidak cukup, jadi lambat signal nak sampai, maka anda cenderung untuk makan berlebihan, apalagi, berat badan naik mendadak lah. Aisehh…

Malah kajian dari Harvard membuktikan tidur yang tidak cukup akan juga membuatkan tubuh cenderung untuk makan yang tinggi gula dan/atau karbohidrat, dengan berlebihan.

Selain itu, amalkan juga supplemen/makanan yang tinggu omega-3 seperti ikan dan chia seeds, kurangkan pengambilan gula, dan cukupkan amaun senaman dalam seminggu.

Jika hormon ini adalah isu nya sahaja yang dialami, Mungkin diet jenis ini membantu untuk anda

Macam Mana Nak Tahu Hormon Mana Yang Menyebabkan Berat Badan Naik Mendadak?

Cara yang paling mudah adalah dengan minta doktor check sendiri dan kenalpasti hormon mana yang cari pasal dengan anda selama anda nak kurus ni. Atau alternatifnya, lihat bahagian mana yang tubuh anda cenderung menyimpan lemak, serta tabiat kurang elok seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Selalunya bukan satu hormon ja yang isu, ia adalah gabungan keempat-empat hormon ini serta hormon lain, untuk menentukan keseluruhan isu.

Rujukan: 1,2



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: