Diet Mengikut Jenis Tubuh Anda – 2

Sambungan kepada post sebelum ini, tentang diet mengikut jenis tubuh.

Jenis Tubuh yang Ada Dan Gaya Pemakanannya

Endomorph

Endomorphs ini mempunyai tulang atau rangka yang besar, dengan jumlah jisim otot dan lemak yang tinggi (tu yang orang kata kerangka besar ni). Selalunya tubuh jenis ini kurang aktif, dan tubuh mereka cenderung untuk menyimpan lebihan kalori yang diambil sebagai lemak.

Kerangka besar ini, kelemahan nya ialah tubuh ini kurang baik tindak balasnya dengan karbohidrat. Maknanya kalau ambil memang cepat naik gula dalam darah (spiked glucose), yang boleh berpotensi untuk terkena kencing manis kerana kerap insulin spike ini.

Contoh makanan yang endomorph boleh ambil. Sumber Pinterest.

Untuk itu, endomorphs elok mengambil diet yang tinggi protein dan lemak sihat (yang sihat tu macam minyak zaitun, minyak kelapa, butter tu, bukan mentedarah lemak ayam ke apa), sayuran dan buahan untuk vitamin dan mineral, serta ambil karbohidrat yang cukup-cukup(-cukup) sahaja.

Untuk elakkan potensi karbohidrat itu disimpan sebagai lemak, ambil sebelum nak memulakan aktivit berat seeprti bersenam, panjat bukit, mahupun memasak untuk kenduri.

Mesomorph

Mesomorphs pula mempunyai struktur tulang yang sedang-sedang saja. Kalau mereka jenis aktif, tegaplah tubuh tu. Tubuh ini cenderung untuk membina otot kerana mempunyai hormon testosterone dan growth hormon yang dominan.

Contoh makanan untuk mesomoprh. Sumber Pinterest.

Untuk itu, gaya pemakanan yang seimbang adalah mencukupi untuk tubuh jenis ini. Nisbah yang 40% karbohidrat dengan 30% untuk setiap protein dan lemak pun dah kira cun, dengan sebahagian karbohidrat diambil ketika melakukan aktiviti berat.

Ectomorph

Ectomorph ni orang jeles sikit. Mana tak nya, makan mentedarah mana pun badan keding gitu ja. Berbulu nengoknya.

Tubuh jenis ini keturunannya mempunyai struktur tulang kecil serta cenderung untuk ada metabolisme yang tinggi (huntunglaaa..). Untuk itu, ectomorph elok mengambil makanan yang nisbahnya seperti berikut: 55% karbohidrat, 25% protein, bakinya lemak sihat.

Ni bukan maksudnya boleh hora-horey dengan makan nasi banyak tau, asalkan jaga nisbah nutrisi makro inshaa Allah ok ja. 😀

Contoh umum untuk makanan ikut jenis tubuh anda

Kesimpulan

Semoga info di sini membantu korang untuk lebih mengenali tubuh sendiri. Ingat ya, ciri-ciri ini bukan mutlak sebab amalan pemakanan kita selama ini kebanyakkannya tidak berapa sihat dan menepati ciri-ciri oleh jenis tubuh kita.

Untuk ketahui jenis tubuh anda, cuba dengan kuiz ini: https://www.bodybuilding.com/fun/becker3.htm



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: