Senaman Selepas Bersalin. Adakah Tubuh Anda Bersedia?

Bila dah terdetik waktu sesuai untuk buat senaman selepas bersalin, pastinya kerana demi mendapatkan bentuk tubuh ideal sentiasa jadi idaman kita. Kalau boleh, lagi mantap dari sebelum ini kan?

Pastinya sebelum memulakan misi anda nak dapatkan balik bentuk badan anda yang asal (atau lagi mantap kalau ada can :P) adalah memastikan samada tubuh anda betul-betul bersedia untuk pelbagai rutin senaman selepas bersalin ini.

Paling mudah, selalunya selepas selesai tempoh berpantang (samada 44 hari, atau 100 hari) boleh diyakini tubuh dah cukup kuat untuk bersenam; namun begitu sebaiknya pastikan betul-betul juga demi keselamatan diri.

Apa Jadi Selepas Bersalin. #fakta

Ini kerana lepas bersalin, boleh kata hampir semuanya kembang dan lembik – dari otot anda, emosi, malah urat rahim lepas keluarkan satu manusia comey2 dari tubuh anda (ngeri pulak bunyinya, tapi betul lah tu kan). Untuk itu, sebaiknya ikuti langkah berikut untuk anda lakukan rutin senaman ini, dengan berjaya dan selamat.

Tips ini sesuai untuk yang bersalin normal juga. Sumber: Baby Prepping

Peringatan Jika Mahu Buat Senaman Selepas Bersalin

Mulakan Secara Berperingkat Dan Perlahan

Dan perlahan yang Shai maksudkan ni, sangat-sangat-sangat perlahan, sambil perhati betul-betul kalau-kalau ada bentan ke apa, selain ambil kira jika anda bersalin secara cesar (yang ini memang kena tangguh segala senaman berkaitan core, bahagian perut dulu), mahupun normal (senaman bahagian adductors; dalam paha perlu sangat berhati-hati).

Jadi senaman apa yang sesuai? Anda boleh mula dengan rutin berjalan laju di taman mahupun berenang, untuk membiasakan tubuh kekal aktif tanpa buat diri anda terbeban.

Pastikan Otot Rahim Anda Kuat

Kebiasaanya selepas berpantang, otot sekitar rahim dah kuat sedikit (tandanya anda boleh dukung anak baru lahir tu, jika ikut tempoh berpantang, berat anak yang berumur 2-3 bulan). namun ada juga kes ibu baru yang otot rahimnya masih belum cukup kuat.

Untuk itu, elakkan segala senaman berkaitan perut – core excercises namanya – untuk ebri masa anda pulih sebaiknya. Sementara itu, rajin-rajin buat Kegel, bertungku, dan minta bidan untuk urut dan semak keadaan rahim anda.

Diastasis Recti

Tentang isu rahim ini juga, kemungkinan simptom diastasis recti ini berlaku kepada anda, dimana otot tengah perut yang mengembang semasa mengandung, tak kecut dan kembali ke tempat asalnya.

Anda boleh minta bidan mengurut anda untuk semakkan atau lakukan sendiri seperti gambar di bawah.

Lutut Anda Tidak Lenguh Dan Longgar

Hormon yang berfungsi untuk lembutkan otot untuk memudahkan proses kelahiran boleh ada dalam tubuh selepas bersalin juga, menyebabkan potensi untuk anda berjalan tak lancar. Simptom mudahnya pastinya otot rahim longgar.

Maka untuk keselamatan, pilih rutin senaman yang gerakannya perlahan-lahan ja. Nak zumba ke apa sila tunggu sampai kuat kaki tu ya. 😛

Kesimpulan

Ikuti poin yang dinyatakan ini untuk pastikan keselamatan anda melakukan rutin senaman selepas bersalin ini. Pastikan anda cukup pengambilan air masak dan rehat secukupnya sehingga anda pulih seperti sedia kala.

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: