Senaman Selepas Bersalin, Apa Kebaikannya?

Nak buat rutin senaman selepas bersalin ni antara isu yang banyak ibu-ibu ketepikan dahulu. Namun manfaat senaman selepas bersalin tidak dinafikan, dan pastinya akan memudahkan anda menjaga anak dengan lebih berkesan.

Okeh, terus ke poin, apakah kebaikannya sampai perlu ibu-ibu lakukannya?

Kebaikan Senaman Selepas Bersalin

  • Kebaikan pertama haruslah berat badan menurun. Kikikiโ€ฆ
  • Stamina jantung lebih meningkat. Dan anda tidak cepat semput lagi.
  • Menguatkan otot-otot. Khususnya otot yang dah lembik dan longgar sewaktu mengandung
  • Meningkatkan kapasiti tenaga anda. Tak lah letih bila dah petang seharian jaga anak
  • Membantu anda tidur lebih lena
Antara kebaikan senaman. Rasa muda juga tau. Kredit: afuneralformyfat.com

Adakah Rutin Senaman Selepas Bersalin Mengganggu Penyusuan?

Terdapat isu tentang senaman ini menganggu penyusuan.

Iaitu penghasilan asid laktik (yang memang dihasilkan sewaktu aktiviti berat) menyebabkan susu badan yang terhasil selepasnya rasa masam.

Oh ya, asid laktik ni ada fungsinya tersendiri. Cuma kalau tak cool down yang cukup selepas bersenam, cramp lah jawabnya. ๐Ÿ˜›

Untuk lebih selamat, pam susu anda terlebih dahulu, atau berikan penyusuan dalam sejam selepas bersenam.

Perhatian! Sebelum Memulakan Senaman Selepas Bersalin

Sekiranya anda bersalin normal, kebiasaanya (dengan rutin berpantang betul) selepas 44 hari dah boleh mula bersenam yang jenis impak rendah.

Untuk yang cesar, kena ambil kira jenis senaman agar tak ganggu otot rahim yang baru dibedah.

Anda boleh pastikan dengan jururawat masa appointment anak nanti ya. ๐Ÿ˜€

Isu ini perlu diambil kira memandangkan ada potensi untuk ibu-ibu mengalami diastasis recti. Simptom otot rahim yang mengembang masa mengandung, tak kecut balik ke bentuk asal.

Selama ini ,ย kita lebih fikirkan kebaikan anak dulu kan?

Kesimpulan

Kebaikan bersenam tidak dapat dinafikan dan ia lebih penting bila dah lahirkan anak. #fakta ๐Ÿ˜€

Rujukan: 1

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: