Bagaimana Stress Dan Tekanan Beri Kesan Buruk Untuk Kurus

Stress sebenarnya beri kesan amat besar dalam kesihatan kita, apalagi sewaktu kita nak dapatkan berat ideal ni. Malah boleh dikatakan penjagaan diri secara mental agar tidak tertekan sewaktu dalam proses kurus juga memainkan peranan besar. Setuju tak?

Dalam pengalaman konsultasi Shai sebelum2 ini (lama dah ni, tak buat sebab kekangan masa sekarang ni, jadi website ni jadi tempat Shai berkongsi ilmu2 kesihatan/kewanitaan untuk korang), kerap Shai tekankan untuk tak stress, tak ambil pot sangat bila nak kurus, hanya buat sahaja ikut menu plan yang telah diberikan.

Sebab bila korang stress, satu apa pun tak jalan. Dan melambatkan korang nak capai target ideal korang.

Kesan Stress Dan Tekanan Pada Tubuh Untuk Kurus

Sebenarnya bukan masa kurus ja tau; masa biasa2 pun akan kelihatan kesannya. Antaranya:

Hormon Cortisol Dibebaskan

Hormon ini biasa dikaitkan dengan stress. Dan pembebasan hormon ini akan melambatkan metabolisme kita, mengecilkan tisu otot, dan membuatkan tubuh kita simpan lemak di bahagian perut kita.

Selain tu, kandungan glukos meningkat yang berpotensi untuk terkena kencing manis, darah tinggi, serta keletihan setiap masa.

Respon Hormon Adrenal Berlaku

Hormon ini dihasilkan pada waktu onset kita dalam keadaan stress (contohnya masa tu ada orang pecah masuk rumah ka, berdebar nak tengok loan kereta lepas ka, mahupun nak tengok keputusan periksa anak). hormon ni penting sebab ia akan push tubuh kita untuk bertindak lepas cepat dan intuitif.

Tapi tu lah, bila hormon ni dibuka waktu kita hanya nak kuruskan badan, memang haru lah jawab nya.

Bagaimana Stress Dan Tekanan Beri Kesan Buruk Untuk Kurus
Awareness Act

Glikogen dalam hati serta tisu otot kita akan digunakan sebagai tenaga segera (untuk kita nak bertindak cepat lah ni) dan isunya dengan kita yang agak aman di rumah ni.

Otot-otot kita akan semakin kecil, meningkatkan kadar tubuh untuk menyimpan lemak daripada biasa, dan secara tak langsung buat kita cenderung untuk makan lebih banyak.

Metabolisme Kita Terganggu

Metabolisme dan kurus berpisah tiada: untuk anda capai target berat anda dan sentiasa sihat memerlukan metabolisme yang berfungsi pada kadar optimum.

Apabila stress berlaku, sindrom metabolik akan terhasil dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar.. penyakit tiga serangkai tu lah.

Baca sini: post-post berkaitan metabolisme untuk bacaan lanjut.

Kecenderungan Untuk Makan Banyak

Food craving ni bukan sebab kita lapar pun, tapi kerana tekanan, tubuh kita ingat kita dalam bahaya jadi kita kena makan banyak2 untuk siapkan sebagai bekalan, dengan tukarkan makanan2 tersebut kepada lemak (berkait dengan kesan hormon cortisol tadi).

Kita bukannya unta untuk simpan2 lemak dekat buncit kita pun. Kita nak perut leper kot

Apakah Solusi Terbaik Untuk Kesan Stress Kepada Tubuh Untuk Kurus Ni Shai?

Nak kata jangan stress langsung tu tak realistik lah orang kata. Tekanan tu pun juga sebenarnya tanda kita sedang hidup.

Hanya yang boleh kita lakukan, adalah tindakan kita uruskan tekanan tersebut. Bagi aspek nak kurus pula, Shai katakan tidak perlu tertekan pun sebab bila nak kurus ni, korang bukan dapat hasil time tu ja: ia adalah proses sampai mati punya kerja untuk capai target tu dan maintain berat (dan secara tak langsung maintain sihat) sampai mati nanti.

Fitness is a lifetime journey, my friend

Jadi tak perlu stress. Dapatkan diet plan, workout plan yang sesuai dengan diri dan ikuti sahaja sehingga menjadi.

Sumber: 1, pengalaman sendiri hehe..jadi Shai tahulah apa yang korang alami

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: