Mengapa Anda Susah Nak Konsisten Berdiet Dan Cara Atasinya  

Ayat diet kelaut tu dah biasa diperkatakan setiap kali isu tentang diet ni ada, kan? Bukan sikit, Shai boleh bet 90% yang berdiet mesti susah nak konsisten berdiet; dengan kelaut tu dah berapa kali sampai berat turun naik macam yo-yo, sampai nak give up pun ada. Namun, pada pandangan Shai, pastinya dengan memahami punca, kita tak alami masalah leceh seperti itu lagi.

Dan Shai terus straight to the point aja lah ya.

Nak Konsisten Berdiet

Kenapa Saya Susah Sangat Nak Konsisten Berdiet?

Mindset Kita

Punca paling asas dalam konsisten ketika berdiet ini adalah daripada mindset kita sendiri.

Kalau mindset kita sauk, gerenti semua pun akan sauk juga. Sekejap sahaja diet akan kelaut.

Sebab pada pemulaan, kita lihat nak berdiet ini sesuatu yang asing, yang menyeksakan, yang buat kita rasa terpernjara lah kononnya. (ayat drama gitu). namun betul tak kalau Shai katakan, bila kita nak mula diet terus kita fikir, makanan yang kita suka tu kita tak boleh sentuh sampai bila-bila lagi?

Jika ya, teruskan baca sehingga habis sebab ia berkait dengan punca-punca lain juga.

Sebenarnya tak pun. Kalau suka sangat makan kek secret recipe ke, kuih ketayap ke, boleh ja cuma yang penting SEDERHANA. Cuma buat sementara nak berdiet ni, kena berpantang sehingga dapat berat ideal yang ingin dicapai. Lepas dapat tu merasa lah sekejap, sekali sebulan ka.

Itu lebih baik, daripada kita tak peduli kesihatan kita langsung sampai betul-betul sakit, kita tak dapat langsung makan yang jadi peberet kita tu. Nauzubillah lah wehh.

Baca sini. jenis-jenis perut boroi yang perlu anda kenalpasti. Tak sama tau.

Tak Jelas Dengan Target Kesihatan Kita

Nak kurus? Kurus macam mana? Berat berapa? Target bulan bila? Semua itu akan membantu kita untuk lebih fokus dalam proses mendapatkan berat ideal ini. Kalau takda semua ini alamatnya jadilah seperti azam tahun lepas bawa ke tahun hadapan.

Buat satu target secara bertulis, serta apa yang perlu dilakukan membantu kita untuk fokus capai target berat kita. Sumber: tinyrayofsunshine.com

Tak Sabar

Ni biasa berlaku: mahukan result yang segera dan jika tak nampak sebarang perubahan terus berhenti.

Setiap kali kita buat perubahan (yang baik) ke tubuh kita pastinya mengambil masa kerana tubuh kita sedang belajar untuk adapt dengan perubahan baru; dan ia bermula daripada dalam dengan otot2 sedang dikemaskan, lemak di bakar perlahan-lahan sepanjang hari.

Semua ini berlaku pada peringkat sel dan manalah kita nak nampak ye dok. Namun yang pasti bila kita konsisten, perubahan kecil-kecil ini akan menjadi besar dan masa tu bolehlah kata “eh..awak dah kuruslah”

Dan isu ini juga, penting diambil kira lebih-lebih lagi jika anda:

  • Tak pernah bersenam berdiet sebelum2 ini
  • Biasa makan yang tak sihat (megi, mekdi, ramly.. you get the idea)
  • Memang kurang minum air masak, sayuran, dan buahan

Jika ada isu di atas ini, ertinya ketika anda berdiet, tubuh anda akan setelkan isu ini dahulu dengan detoks, cuci-cuci servis sebelum mula proses kurus dengan lebih berkesan.

Tnegok berapa banyak tempat nak kena cuci-cuci dulu ni

Pemilihan Diet Dan Rutin Senaman Yang Tidak Sesuai Dengan Diri

Dalam berdiet ini, kita akan lebih kenal tubuh kita daripada sebelumnya. Dan untuk itu, pemilihan menu plan dan rutin senaman yang sesuai sangat2 penting. Ikut kawan, ikut trend, ikut post yang banyak share tak kemana jika ia tak sesuai dengan diri.

Silap-silap kita pula yang frust sebab tak dapat hasil sama seperti kawan kita.

Bagaimana Cara Nak Atasi Agar Saya Konsisten Berdiet Ni?

Buat berlawanan dengan apa yang disenaraikan di atas ni.

Ya, serius ni. Berlawanan sahaja.

Iaitu betulkan tanggapan kita dalam berdiet ni, adalah untuk kesihatan kita juga dan ia adalah sebahagian daripada gaya pemakanan yang sihat.

Target juga perlulah jelas dan realistik. Sebagaimana tubuh kita ambil masa 4 bulan nak gemuk, 4 bulan jugalah nak kurus, dan KEKAL KURUS (prinsip ni Shai tekankan dalam perkongsian ilmu kesihatan ini, seperti ditunjukkan dalam artikel2 lain di website ini).

Sabar. Sabar. Sabar. Namun untuk gembirakan hati, kalau kita betul2 komited buat, dalam seminggu pun boleh nampak, permulaan perubahan yang positif seperti lebih bertenaga, mudah bangun awal, tidur lebih lena dll.

Baca lanjut pula di sini: apa yang boleh anda lakukan untuk kekal konsisten berdiet.

Kesimpulan

Semoga post ini membantu dan mencelikkan mata kita (lebih bersinar gitu) untuk tahu mengapa selama ni kita susah nak konsisten berdiet. Lepas ni naik darat balik yek. Jangan kelaut lagi. XD

Sumber: 1,2

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: