7 Rahsia Kurus Orang Melayu Yang Boleh Kita Amalkan

Satu benda yang Shai nampak dalam aspek kesihatan dalam budaya Melayu ini adalah bagaimana diorang jaga betul-betul bentuk badan, kesihatan (untuk sentiasa bertenaga), dan secara tak langsung, awet muda dan kuat daya ingatan.

Mana tak nya, anak sampai 8-10 orang pun, badan steady je. Apa rahsianya kan.

Ikut pembacaan Shai sejak dulu lagi, dalam budaya kita ni ada tema dan fokus yang sama dengan budaya lain (dalam Malaysia ni, yang paling ketara ialah Cina; lagi-lagi Baba Nyonya; dna juga India) iaitu bila jaga kesihatan ni, dia mulakan daripada akar. Nak setelkan isu2 daripada akar yang secara tak langsung, kesannya akan dilihat dari luaran juga.

Dan paling ketara dilihat, ialah aspek penjagaan masa berpantang, sangat elok diamalkan secara konsisten walaupun dah cukup 40 hari (atau 100, ikut korang lah).

Sebab memang terbukti elok. Keturunan kita lah kot, dan jika ia serasi dan berkesan dengan tubuh, apa salahnya kita amalkan betul tak?

Mat Saleh Takda Pun Buat Benda-Benda Camni

Okeh, Shai tak nak masuk isu yang mat saleh lepas beranak steady pakai kasut tinggi ke, minum ais ke, angkat benda berat lah, atau mentedarah makanan sejuk/berangin. Tu koranglah kalau tak setuju.

Cuma dari merata-rata sumber Shai baca banyak tunjukkan kesan orang yang tak berpantang seperti mudah sejuk-sejuk badan, sakit tulang dan sendi, becak berair (korang tahulah kat mana), dan paling ketara, buncit.

Sebab zaman dulu lagi negara belah barat tak ambil pot sangat penjagaan selepas bersalin. Mungkin diorang fikir sejuk cuacanya jadi tak perlu lah sangat. Cuma sekarang baru ada interest dalam aspek penjagaan badan ikut budaya timur, seperti Jepun, orang-orang Hispanics selain negara Nusantara kita. Baca di sini untuk info lanjut.

Sebab sekarang dah jadi isu otot rahim kembang dekat sana, walhal isu tersebut amat dijaga dalam amalan pantang timur. Baca post kupasan Shai tentang diastasis recti, di sini.

Otot rahim yang kembang, berlaku sekiranya kita mengandung atau berat extreme, menyebabkan otot2 sekitar tertarik ke hadapan pada jangka masa lama

Kerana itu, Shai berpendapat mana-mana amalan berpantang/pemakanan orang melayu yang sesuai dengan situasi kita, amalkan terus untuk kesihatan kita.

rahsia kurus orang melayu, berpantang, jaga badan

7 Rahsia Kurus Orang Melayu Yang Boleh Kita Amalkan

Okeh, back to the topic, antara amalan berpantang orang kita yang boleh dibuat secara harian:

Makan Asam Keping Sebelum Nasi (Garcinia Cambogia)

Yang dulu trending produk kurus garcinia cambogia ni, benda ni lah, asam keping je kot hehe..

Kunyah asam keping sebelum waktu makan, untuk kurangkan sedikit selera makan (lagi-lagi nasi tu tak lah nak mentedarah sangat) dan juga halang proses penukaran lemak dari makanan berkarbohidrat yang kita makan (nasi, roti, mee dsbg) dengan bahan yang terkandung dalam garcinia cambogia iaitu hydroxycitic acid (HCA).

Bacaan lanjut manfaat asid tersebut dalam asam keping di sini.

Kunyah 40x Sewaktu Makan

Hehe..ni yang paling popular dalam budaya melayu kalau nak kurus. Setiap kali makan, kunyah makanan tu sampai 40x sebelum telan. Pelik juga kan sebab kita kunyah takat 8-10 kali ja lepas tu telan. Tak ke kunyah 40x tu nanti lumat macam puree untuk ditelan?

Ada kebaikannya; kunyah dan/atau ambil masa tertentu untuk makan membantu untuk memberi masa kepada otak kita untuk signal perut supaya berhenti makan sebab dah kenyang; dan juga makanan yang dikunyah dengan betul, akan memudahkan tubuh untuk cernakan makanan tersebut dengan lebih berkesan, jika tidak nanti ada angin dalam perut, tu yang buat buncit.

Jangan lah begini..buruk beno ghupenye

Pakai Bengkung

Pemakaian bengkung/body shaper ni pada pendapat Shai elok diteruskan sekalipun dah habis berpantang untuk maintain bentuk tubuh, selain menjaga perut agar tak makan banyak.

Pada masa sama, pemakaian bengkung yang betul akan bantu korang jaga postur badan dengan elok, jadi takdalah perubahan postur cam membongkok atau lenguh2 pula.

Pemilihan bengkung pula ikut kesesuaian ja, nak velcro ka, nak pakai macam zaman dulu yang lilit2 tu ka, apa pun boleh. Janji kemas sokongan di perut tu dan boleh duduk di kerusi, rukuk waktu solat dengan selesa.

Tip; pemakaian bengkung untuk fungsi optimum adalah minimum 8 jam sehari. Kim K boleh buat, kenapa kita tak boleh. 😀

Jamu, Makan Sebelum Sarapan

Bergantung kepada orang, dan kebiasaanya pengambilan jamu/campuran herba membantu tubuh untuk berfungsi optimum (yang baik2 ja dalam tubuh, yang tak elok dikeluarkan cepat2). Dan memandangkan pelbagai jenis jamu yang ada di pasaran, Shai yakin korang akan jumpa yang betul2 serasi.

Dan tanda jamu tu serasi: semakin bertenaga, mood secara umumnya happy, dan period teratur, simply sebab jamu membetulkan hormon korang seperti biasa.

Baca tentang isu hormon, di sini.

Jamu ni herba ja, sama seperti minuman herba lain yang ada cuma jamu ni ada pilihan untuk kita ambil samada dalam bentuk serbuk dan biji/tablet (Shai punya dalam bentuk biji2 tu lah, tak kuasa yang serbuk hehe).

Sentiasa Dalam Keadaan Panas

Yang ni pelik sikit. Maksud Shai untuk berada dalam keadaan panas ini ialah sentiasa bergerak aktif, minum air yang suam (tak kira air masak ke, teh ke, even teh tarik sekalipun), dan tidak berada dalam keadaan sejuk terlalu lama (bilik air con ke apa).

Tubuh yang panas, akan memastikan aliran dalam tubuh bergerak dengan cantik, selain kurang kebarangkalian untuk angin tersekat dalam badan yang buatkan kita lenguh.

Tu yang kita sakit2 badan guna minyak angin kan? Sama prinsipnya.

Sentiasa Bergerak

Sentiasa bergerak, jangan berada dalam keadaan duduk atau statik bermalasan lama-lama agar tubuh sentiasa aktif dan bergerak (kalau tubuh tak bergerak, bahagian yang malas tu slow2 akan jadi perlahan dari segi reaksi dan aliran darah).

Kalau nenek kita dulu bangun pagi ja tangkas bangun sediakan sarapan untuk keluarga (yang selalunya termasuk mentua dan ipar), lepas tu basuh baju sidai baju, masak lauk tengahari, kemas rumah, angkat baju, siapkan anak, dan sediakan makan malam (mesti korang baca ni pun dah penat kan), kita pun aktif sesuai ikut zaman kita lah. 😛

Contoh mudah, mungkin yang suri rumah/work at home mums (WAHM) boleh tangkas uruskan rumah dan anak, dan kekal aktif sewaktu bekerja (bersenam sedikit waktu rehat, buat kerja sambil berdiri agar tidak duduk terlalu lama), serta ada rutin senaman setiap hari.

Yang bekerja pula, boleh berada dalam keadaan berdiri untuk jaga circulation dan keaktifan tubuh dan ambil effort untuk berjalan kaki lebih sedikit ketika pergi dan balik tempat kerja.

Tak kisah apa sahaja aktiviti, asalkan kekal aktif itulah kuncinya. 😉

50 idea untuk kekal aktif. Jangan ada alasan pula lepas ni XD

Kesimpulan

Sehingga hari ini Shai masih lagi amalkan apa yang biasa ketika pantang lagi. Taklah berpilis berparam tu, instead amalan seperti berbengkung, makan dengan perlahan, pengambilan jamu, dan juga sentiasa aktif (melalui senaman) untuk pastikan tubuh kita sentiasa awet muda.

Bak kata orang dulu: macam kain, basuh berkali-kali pun tetap nampak macam baru.

Shai setuju, untuk kebaikan kita sendiri juga. Dan amalan-amalan ini menjadi sebahagian dalam panduan kurus yang Shai sediakan (dan amalkan sendiri) khusus untuk ibu-ibu untuk memudahkan. Klik sini untuk info lanjut. 😀



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: