Senarai Minuman Detoks Yang Mudah Dari Dapur

Banyak minuman detoks yang ada di pasaran dan juga resipi yang buat kita terfikir kat mana nak cari, ini dia resipi minuman detoks yang mudah dari dapur kita sahaja.

minuman detoks yang mudah dari dapur murah

Tujuan Minuman Detoks

Dulu pernah trending bab2 detoks ni, dan orang tertanya juga apa motif nak berdetoks bagai bila organ kita sendiri juga detoks tubuh kita. Baca sini untuk ketahui kebaikannya.

Benar, organ kita (hati, buah pinggang, malah kulit) memang kerjanya untuk detoks, cuma ia buat pada skala biasa dan berterusan, dan melainkan kita ni dari azali makan yang jenis sihat dan guna produk alami serta duduk di bukit yang udaranya segar, kita perlu amalkan detoks ini secara berkala untuk buang bahan2 toksin yang banyak dalam tubuh.

Mana taknya, udara yang kita sedut pun ada toksinnya – asap kereta?

Jadi nak tak nak, kenalah juga kita mendetoks. 😀

Panduan Amalkan Minuman Detoks

Untuk amalkan minuman detoks ini bergantung kepada tujuan kita, kerana setiap bahan yang digunakan mempunyai manfaatnya yang berbeda, jadi lihat senarai resipi yang Shai kumpulkan ini, dan pilih yang mana sesuai dengan keperluan diri.

Amalkan minuman detoks yang dipilih dengan konsisten dan teratur, serta mulakan dengan makan yang sihat, agar tak tambah toksin/bahan tak perlu ke dalam tubuh sementara nak detoks ni. dan yang paling9999 penting sekali, air masak kena lebih, bagi cepat keluar kotoran keluar.

Senarai Minuman Detoks Yang Mudah Dari Dapur

Teh Hijau Dan Lemon

Antara minuman detoks peberet Shai (selain sebab tekak tak tahan teh hijau payau) kerana teh hijau mempunya banyak manfaat dengan paling utama ialah kurus, dan juga lemon atau buahan sitrus lain bersifat alkali.

Hanya rendam teh hijau secukupnya, dan perah lemon/limau kasturi dan diminum. Sebaiknya minum waktu pagi sebelum sarapan, dan juga petang untuk tingkatkan metabolisme anda, buang toksin, serta buang bahan kotoran dari hati ke usus dengan mudah.

Klik gambar ini, untuk baca tanda-tanda metabolisme tubuh anda dah merudum.

Madu Lebah, Limau, Dan Halia

Perahkan sedikit lemon/limau kasturi dan madu lebah ke larutan air suam yang ada halia yang diketuk, dalam sebesar ibu jari gitu. Minum ketika panas setiap pagi untuk kesan cepat, kerana ia berfungsi untuk bunuh kuman, buang angin dalam badan dan meningkatkan metabolisme.

Epal, Kayu Manis, Madu Lemah, Dan Cuka Epal

Resipi ni tajam sikit jadi hati-hati ya jika pedih (kalau gastrik elakkan untuk keselamatan). potong 1,2 hirisan epal, tambah 2 sudu cuka epal, 1 sudu kecil kayu manis dan madu lebah, dan 1 liter air. Rendam larutan ini semalaman dan minum esok.

Cuka epal ini membantu untuk rendahkan tahap kolesterol serta betulkan balik gula dalam darah, kayu manis pun fungsi yang sama, dan ia juga membantu untuk bunuh kuman dan toksin juga.

Ni variasi minuman detoks epal, yang Beyonce sendiri buat, dengan dalam 2 minggu nampak kesan (tapi kena pantang makan sekali lah)

Lidah Buaya

Perahkan sedikit limau kasturi ke larutan air dengan 1 sudu kecil lidah buaya (yang dari pokoknya, bukan yang dekat watson tu), kacau sehingga larut dan minum terus. Lidah buaya ni bagus sebab dia bersifat soothing dan membetulkan sistem penghadaman, serta pulihkan inflamasi luar dan dalam tubuh.

Minuman Detoks Air

Pastinya, minuman detoks air yang infused ini pun membantu juga dalam membuang toksin dalam tubuh, cuma ia perlu diamalkan setiap hari, sebagai detoks untuk maintain fungsi tubuh, lebih baik dari sekadar air masak sahaja.

Minuman detoks ini amat membantu, malah bagi Shai sendiri, sebagai komponen utama jika kita nak turunkan berat badan tanpa membebankan tubuh sangat (sebab toksin tu dah dikeluarkan siap-siap). Untuk ketahui resipi/minuman detoks mana yang sesuai dengan keperluan diri, Shai sediakan dalam bentuk panduan mudah, mengikut situasi (samada ibu menyusu, lelaki atau wanita yang bekerja atau sedang berpuasa). Klik sini ya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: