Berjalan Sahaja Pun Boleh Kurus

Sungguh. Berjalan pun boleh kurus sebenarnya. Sebab ia pun dikira sebagai satu aktiviti, dan mana-mana aktiviti yang buat tubuh kita bergerak pastinya membantu kita untuk turunkan berat badan. Dah tu, kenapa kita mula berjalan sejak ‘ada kaki’ lagi tak kurus-kurus pun sampai hari ni? Baca lanjut di sini.Berjalan Sahaja Pun Boleh Kurus, mommysado, berjalan, turunkan berat badan. senaman senang

Bagaimana Berjalan Membantu Untuk Kurus

Berjalan yang dimaksudkan ini, adalah satu bentuk aktiviti berjalan yang aktif ye. Jadi kalau jalan lemah gemalai sepanjang hari pun tak kira lah, dan/atau lepas tu mentedarah makan tak berjaga. Tang mana nak kurusnya? XD

Jika dibuat aktiviti ini dengan betul, berjalan ni banyak manfaat dekat badan kita tau. Antaranya:

Ia Membantu Untuk Kekalkan Otot Dan Membakar Lemak Pada Masa Yang Sama

Aktiviti ini dilakukan dengan aktif akan beri kesan sama dengan aktiviti senaman yang lain: dan bersenam ini akan mengekalkan otot kita daripada hilang beransur-ansur (kalau tak aktif lama-lama dia makin lembik sebab tubuh kita ingat kita tak perlukan otot tersebut) dan pada masa sama, jumlah otot yang kita ada akan tentukan berapa kadar pembakaran lemak dalam sehari.

Jadi lagi banyak otot, lagi banyaklah lemak yang dibakar.

Berjalan Akan Membantu Untuk Kurangkan Perut Buncit

Khusus untuk ibu-ibu yang ada ‘pouch’ dan en.suami yang ada pangkat PJK hehe.. aktiviti ini yang dilakukan secara berterusan (dan dengan cara yang betul) akan membakar lemak, khususnya di bahagian abdomen (abdominal fat) dengan lebih berkesan.

Shai boleh jadi testimoni untuk ni, memang menjadi kalau kita buat, lagi-lagi berjalan dalam 7000 langkah sehari, selama 3,4 hari. Cer buat.

Jadi tak perlu runsing jika nak kira berapa banyak sit ups kena buat; berjalan sahaja pun cukup. 😀

berjalan untuk kurus, senaman senang
Kesan berjalan mengikut minit. Banyak manfaatnya 😀

Tips Dan Cara Terbaik Untuk Berjalan Agar Kurus

Untuk tambahkan lagi keberkesanan aktiviti berjalan ini, amalkan tips ini sekali untuk lihat kesan yang lebih cepat.

Amalkan Teh Hijau Selepas Berjalan

kajian terkini menunjukkan teh hijau membantu untuk kita recover balik selepas aktiviti berat dan sebab teh hijau ini juga meningkatkan metabolisme kita; ia juga membantu untuk kita turunkan berat badan dengan lebih cepat!

Kiranya ada double booster lah ni sebab kalau kita bersenam pun akan tingkatkan metabolisme kita (sehingga 24 jam). baca sini untuk kenalpasti, jika tahap metabolisme anda semakin menurun.

Ada Geng Berjalan

Carilah geng berjalan sekali yang boleh kawtim sama ketika aktiviti ini, tak kiralah laki bini, sepupu sepapat, anak beranak, mahupun kawan sekolah lama, asalkan ada geng yang boleh ‘masuk’ sekali, aktiviti ini akan buat kita tak rasa lelah sangat, dan secara tak langsung membantu untuk lebih komited dan mana tahu, syok sangat berjalan dan berborak (bukan membawang) korang jalan jauh sangat tak tahu jalan nak balik heheh.. XD

Pelbagaikan Rutin Berjalan

Untuk elak bosan dan tambah sikit cabaran, adakan pelbagai route berjalan untuk latih kecekapan tubuh dan minda pada masa yang sama.

Contohnya kalau yang bekerja jalan biasa ke tempat makan (food court ke apa), balik tu ikut jalan lain atau gunakan tangga untuk balik semula; cari taman yang ada bukit sikit untuk jalan kat situ (nanti boleh upgrade ke trail di bukit pula); atau window shopping di mall baru dengan jalan setiap tingkat kompleks beli belah tersebut.

Jangan bila berjalan gaya gini pulak. Pelik orang nengoknya

Kesimpulan

Aktiviti berjalan ni tak susah pun sebenarnya, dan dilakukan dengan betul, ia boleh jadi satu rahsia korang untuk kurus. 😀 Malah ia jadi sebahagian daripada cadangan senaman yang Shai tekankan, dalam panduan kurus ini.

Kalau korang terfikir idea apa nak jadikan rutin ini menarik, baca sini tau.

Sumber: 1,2



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: