Terkencing Tiba-Tiba,  Punca dan Cara Merawatnya

terkencing tiba-tiba Ia antara isu yang biasa berlaku di kalangan wanita sebenarnya, namun sebab isu ini terlalu peribadi menyebabkan kita rasa tak perlu nak jumpa doktor atau cari penyelesaiannya dengan anggap “alah..nanti baik lah tu”.

terkencing tiba-tiba, wanita, UTI, kencing pedih

Malah ia antara isu kesihatan yang tak ramai diperkatakan (kalau lelaki, selalunya isu mati pucuk kan) dandengan trend yang berlaku zaman kini, bilangan yang alaminya lebih tinggi daripada biasa, yang kemungkinan besar berpunca daripada pemakanan kita.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Terkencing Tiba-Tiba Ni

Terkencing, terkucil tiba-tiba atau dalam bahasa mat salehnya incontinence ni, simptom yang berlaku daripada pelbagai faktor yang boleh dipecahkan kepada dua kategori utama: faktor fizikal atau faktor kesihatan.

Sumber: https://www.hestaorganic.com

Punca Simptom Ini Berlaku, Daripada Faktor Fizikal

Untuk faktor fizikal ni, boleh juga dipanggil sebagai “Stress urinary incontinence” dimana korang terkencing sikit tu disebabkan tekanan ke atas saluran pundi kencing contohnya batuk, ketawa terbahak-bahak, bersin, atau tiba-tiba tertekan dekat perut tu (bukan maksudnya pundi kencing tu stress dengan korang pulak :P) dan saluran perkumuhan (dan otot sekelilingnya) pula lemah.

Banyak juga sebenarnya tau. Shai akan terangkan satu persatu secara ringkas, korang baca sehingga habis dan cuba kenalpasti kot-kot mana yang korang cenderung untuk terkena (mintak simpang lah juga).

Batuk atau bersin yang kronik boleh buatkan korang alami simptom ini sebab asyik bagi tekanan dekat kawasan ari-ari tu.

Tekanan secara fizikal melalui berat yang berlebihan (lagi-lagi kalau yang kategori buncit di perut) dan/atau mengangkat beban berat (tak kiralah bersenam atau kerap buat kerja berat) akan berikan tekanan pada saluran sphincter, sehingga berpotensi kencing sampai leaking (lagi-lagi kalau saluran tu memang lemah).

Isu hormon juga boleh berkait, dan hormon wanita lah ni sebab estrogen membantu untuk pegang otot kawasan ari-ari untuk sengkak elok ja. Sebab tu kita tinggi risiko terkucil bila dah menopause ni.

Klik sini untuk baca lanjut mengenai hormon yang memainkan peranan yang besar kepada kita

Berkaitan dengan hormon ini juga ialah waktu mengandung dan bersalin. Hormon estrogen yang memainkan peranan akan melembutkan otot sekitar rahim (terkena sekali dekat pundi kencing jugalah sebab mereka akan bertindan dengan rahim di belakang). belum kira lagi masa mengandung tu buntut dengan kepala anak dok tekan kawasan pundi kencing hehe..

Wahai anak…hargailah pengorbanan ibumu… XD *gesek biola sikit

Faktor umur tu haruslah. Makin tua makin banyak isu kesihatan yang akan berlaku. Dan ia akan berlaku kalau kita tak cegah daripada awal ye dok.

Punca Simptom Ini Berlaku, Daripada Faktor Kesihatan

Kalau yang daripada faktor kesihatan, ia bermaksud korang alami apa-apa isu kesihatan, ambil ubatan tertentu yang melemahkan sistem perkumuhan tu, atau isu dengan informasi di otak yang menyebabkan korang mudah terkencing tiba-tiba.

Korang rasa macam nak kencing dan tak boleh tahan, jadi terkucil lah jadinya.

Antara faktor nya berlaku adalah:

  • Isu metabolik: contohnya tahap gula dalam darah tinggi sangat (biasa pada yang sakit kencing manis)
  • Isu di saraf yang menyebabkan signal nak kencing/kawal kencing tak jadi.
  • Sembelit pun boleh menyebabkan simptom begini tau
  • Jangkitan kuman di pundi kencing (UTIs) menyebabkan rasa pedih macam nak kencing tapi sebenarnya tak. 1 daripada 3 perempuan akan terkena UTI ni at some point jadi Shai yakin yang baca ni pernah kena UTI sebelum ini.
  • Batu karang yang menyekat saluran kencing
  • Ketumbuhan (kanser atau tidak) di bahagian sistem perkumuhan

Cara Merawat Simptom Terkencing Ni

Untuk merawat simptom kencing tiba-tiba (yang melecehkan ini) ikut kondisi utama yang disebutkan tadi juga.

Kalau isu fizikal, hanya dengan menguatkan kembali otot-otot di kawasan ari-ari membantu untu hentikan isu ini.

Contohnya senaman kegel, senaman untuk abs, ataupun amalkan petua-petua yang biasa diajar dalam ilmu perbidanan iaitu : pastikan badan sentiasa panas, tak mandi malam, dan elak minum berais. Takda kajian mengenai ilmu perbidanan ini namun ikut pembacaan Shai, banyak isu seperti kencing tiba-tiba ni pun datang daripada pantang tak sebaiknya (atau tak pantang makan langsung lepas bersalin). Pada pendapat Shai, be safe ajalah. 😀

Ada rawatan yang kena minta bantuan doktor ni, dia letakkan satu kain mesh di bawah saluran kencing, macam nak bagi tahan supaya tak terkucil.

Macam ni lah rupa sling tu. Kena bedah sikit. Sumber: uro.co.nz

Untuk yang alami simptom ini kerana faktor kesihatan, mungkin korang dapat ubatan daripada doktor untuk signal saraf supaya kencing ikut masa. Dan kena sekali latih diri untuk pergi toilet ikut timing untuk kurangkan refleks pundi kencing.

Kesimpulan

Shai tulis perkongsian ini loud and clear supaya kita tak rasa malu dengan isu ini. Ia sesuatu yang normal dan ada ja rawatannya untuk sembuh balik. Pergi ja dekat doktor untuk selesaikan simptom leceh ni ya. 😀

Rujukan: 1,2,3

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: