Sebab Sebenar Mengapa Kita Susah Nak Buat Perubahan

Sepanjang konsultasi/coaching kurus yang Shai buat sebelum ini, isu yang biasa dihadapi adalah untuk maintain konsisten dalam proses kurus ini. Serius, ia adalah isu paling utama dibandingkan isu nak kurus sebenarnya.

Banyak juga isu yang Shai kongsikan dan tentang mekanisme untuk kekal motivasi. Yelah, coaching ni paling ideal kena depan-depan, dengan appointment ikut hari yang ditetapkan (dan harganya pun pastilah ‘ideal’), itu pun ada ja yang cabut atau rasa nak give up lepas 3,4 kali pergi.

Apatah lagi coaching yang Shai sediakan melalui panduan di sini, lagi banyak godaannya kerana semuanya dibuat di handphone korang (indirectly bagus sebab korang buat semuanya dekat rumah, jimat minyak tol dll).

Jadi apakah puncanya?

Shai ada follow satu podcast yang bincangkan isu orang cepat give up dan tak konsisten membuat perubahan, cuma bezanya berbanding beribu riban artikel cerita tentang isu semangat ni, ia kupas terus ke peringkat biologi untuk kita tahu apa yang sedang berlaku, masa kita buat tabiat baru tersebut.

Video nya dekat sini ni, dan Shai ringkaskan dalam bentuk nota untuk korang hadam. Ringkas giler ni. Kalau nak lebih terperinci korang rujuk di sini ya.

  • Sel kita sentiasa buat baru dan sentiasa buat receptor pada setiap info yang kita dapat. Tak kiralah info tersebut baik atau buruk, info tersebut akan bercambah bila kita berulang-ulang buat sehingga ia menjadi tabiat dan masuk ke minda separuh sedar kita
  • Cuma tu lah, sel yang terbiasa dengan sesuatu benda, akan buat receptor untuk terima benda tersebut, dan akan ‘craving’ dengan bahan tersebut. Dia anggap benda tu sebagai benda baik, dan comfort zone kita
  • Untuk info baru, sel perlu vibrate dan bina satu receptor baru untuk terima info baru tersebut. Dan waktu tu lah yang kita akan struggle. Sebab tubuh/sel tersebut tak biasa, sebab keluar comfort zone. Dia rasa pelik.

 

Kuncinya adalah mudah: korang kena konsisten dengan apa yang perlu dilakukan supaya sampai capai apa yang kita nak. Click To Tweet

5 Cara Mudah Untuk Komited Dengan Apa Yang Korang Nak

  • Kena ada visi/target yang simple pun cukup, sekadar nak latih tubuh untuk biasakan perubahan. Contohnya korang nak buat push ups untuk senang angkat barang dapur. Buat je push ups posisi mudah yang korang boleh buat. Tak perlu beli alatan apa pun. Senang kan, 2 saat terus buat
  • Mudahkan untuk kita capai target tersebut. Contohnya korang nak mudah bersenam walaupun sibuk jaga anak kecil ni, jadi korang set sementara anak mandi korang buat lah push ups tu. Budak biasa mandi lama kan, jadi 10x buat takda hal tu.
  • Buat satu improvement goals ikut hari. Kecik2 je sekadar tak bagi badan terkejut beruk. Contoh yang sama, hari ni buat 5x ja push ups tu. Stop. Esok buat 10x pulak.
  • Sediakan satu backup plan. Fikir segala kemungkinan yang mungkin ganggu goal tersebut dan set satu solusi/plan. Contoh yang sama lagi, kalau rumah ada ramai orang dan bilik mandi pula di luar, buat ja push ups dalam bilik sementara anak pakai baju tu. Senang.

Kesimpulan

Serius podcast tersebut membuka mata Shai untuk kenalpasti apa yang berlaku. Bukan le nak cari alasan ke apa, tapi kurang-kurang bila korang rasakan cam ada halangan yang sedang berlaku, benda ini lah puncanya.

Dan ia bukanlah tanda korang kena berhenti, sebaliknya ia tanda kuat korang kena komited untuk capai target tersebut, biiznillah.

Okeh, Shai bajet sekarang ni korang dah semangat sikit lepas baca artikel ini. Jadi boleh sambung sekejap dengan pelbagai post motivasi dalam blog ini. Untuk korang jugak. 😉

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: