Sebab Penat Ketika Period

Ada jugak orang penat ketika period ya? Bila datang period ini ada pelbagai isu yang berlaku; sakit perut yang mengazabkan itu sudah pasti, perut sebu dan kembung, moody tak pepasal pun harus juga, dan yang terkini isu yang banyak diperkatakan adalah rasa penat ketika period. Bukan penat biasa mengada2 tu, tapi keletihan melampau sampai tak larat sangat-sangat nak bangun. Mengapa?

Kenapa Period Buat Kita Penat Ya?

Sebab Penat Ketika Period Berlaku

Isu ini sebenarnya agak biasa dan berlaku pada kebanyakan wanita; keletihan yang buatkan kita letih mengantuk tu sampai minum kopi pun tak jalan, takda mood nak bergerak dsbg.

Dan ia berlaku di peringkat biologi, di mana tubuh kita buat persediaan setiap bulan untuk sediakan telur standby untuk persenyawaan (lapisan tisu, hormon dll semua get ready dah), dan bila proses tersebut tidak berlaku, setiap benda yang telah disediakan dikeluarkan dari tubuh dengan segera.

Jangan buat gini. Buruk bebeno nak pecahkan botol sirap nak cover ko bocor XD

Dan ini juga bermaksud, hormon2 yang terlibat tunggu dok standby tu, tak digunakan terus menjunam kuantitinya dalam tubuh. Tu yang korang letih tak pepasal. Korang boleh refer sini untuk penjelasan yang mudah.

Baca sini untuk ketahui bagaimana hormon kewanitaan kita mempengaruhi tubuh, selain isu period2 ni

Dan sedih jugalah, isu ini memang tak boleh dielakkan lagi. Kenalah bertahan sekejap sampai dia hilang. Psst..kalau lelaki yang sedang baca, ini lah yang mak, adik bini ko kena hadap tiap-tiap bulan tau. Jadi baca sampai habis untuk penyelesaiannnya.

Jadi Apa Yang Perlu Kita Buat Untuk Elak Penat Ketika Period?

Buat persediaan dengan mengambil diet yang sihat kurang2 seminggu sebelum period datang. Empangan berdarah tu akan banyak menggunakan tenaga dalaman jadi sebaiknya dengan pemakanan sihat akan meringankan bebanan tubuh untuk tak fokus detoks sangat, atau boleh juga ikuti tips ini:

Nak lagi mudah tak perlu pening kepala, ambil satu dua biji multivitamin sebagai backup untuk tampung mana-mana nutrisi yang kurang.

Baca sini: Resipi mudah untuk berdetoks, dari dapur korang ja.

Tidur yang mencukupi dan haruslah pastikan ia berkualiti. Langkah ini membantu tubuh korang untuk lebih segar dan bertenaga sepanjang hari, lagi-lagi tengah datang bulan ni.

Lakukan juga beberapa senaman, khususnya hari yang menghampiri period korang dijangka datang. Tak perlu over sampai kena ke gim pun; memadai dengan lebih aktif daripada biasa, contohnya dengan berjalan kaki lebih sedikit dari biasa ka (alang2 window shopping sikit kan), mandi di pantai atau kolam renang ka, atau buat pilates setiap petang di rumah. Rutin ini membantu tubuh korang lebih kuat, lagi2 nak period nanti.

Perhatian!

Penat-penat ni pun, berjaga-jaga juga jika penat ketika period ni buatkan korang letih melampau sepanjang hari. Kerana ada potensi dengan isu serius seperti anemia ka, ada problem dengan kelenjar tiroid ka, dsbg. Pastikan dengan doktor untuk tentukan keletihan dari mana puncanya.

Kredit gambar: Cosmopolitan

Sumber: 1,2,

Share post di fb korang (guna icon fb kat bawah ni) untuk manfaat kaum perempuan sama-sama. Lelaki pun nak share ke? XD



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: