Kos Untuk Berdiet Dan Kurus. Berapakah Sebenarnya?

Kita mesti terfikir, berapakah sebenarnya kos untuk berdiet dan kurus ni. Sebab nak kurus, atau nak dapatkan berat badan ideal ni bukan untuk sekali buat sahaja; ia memerlukan proses jangka panjang dan kalau dikira, ia lebih kepada solusi kekal.

kos untuk berdiet, diet murah, nak kurus cepat

Sebab tu nak kurus (dan sewaktu dengannya ni) adalah dikatakan sebagai healthy lifestyle kan?

Jadi untuk post ini, Shai kongsikan info dengan realiti dalam berdiet dan proses kurus ni, namely kos-kos yang berkait dalam proses kurus untuk korang dapat gambaran sebenar.

Jadikan post ini sebagai rujukan tau! Share dekat fb korang jadi tak hilanglah post ini hehe.

Sebab Kita Nak Kurus

Bila kita kata nak kurus ni, benda yang kita terfikir adalah apa equipment kesihatan yang perlu kita ada (contohnya paling simple seperti dumbbell atau resistance bands, atau kalau ada fulus lebih sikit, gym memebrship, personal trainer, mahupun beli sedebuk gym equipment sendiri di rumah<- masyuk) dan pastinya (yang ni tak ramai terfikir sangat) adalah kos-kos berkaitan dengan menu pemakanan sepanjang kita berdiet.

Adakah kita perlu beli protein shake, minuman detoks, dan supplemen untuk kurus?

Kena beli bengkung jugak ke?

Berapa sebenarnya kos untuk berdiet ni Shai?

Jadi, Berapakah Kos Untuk Kita Berdiet Dan Kurus Ni?

Nak menentukan kos sebenar untuk kurus ni hanya secara anggaran kasardan bergantung kepada banyakkkk sangat faktor bertindan antara satu sama lain.

Kalau dibuatnya (nauzubillah minzalik) ada epidemik virus yang buatkan ayam mati dalam populasi banyak memang nayalah kita sebab telur konfom akan jadi sangat2 mahal harganya (lagi-lagi korang berjimat belanja sambil diet low-carb seperti atkins nih).

Potensi Duit Dibelanjakan Dalam Kategori Apa

Jadi untuk mudah,perkara pertama yang korang kena fikir dalam kiraan kos untuk berdiet ialah dimanakan duit berpotensi besar untuk korang belanjakan dalam proses kurus ni.

Ada orang dia tak risau sangat pasal bengkung dan alatan lain sebab dah ada dekat rumah dah (mungkin ada bengkung lama tahun lepas selepas bersalin masih tersimpan elok lagi dan boleh dipakai, ataupun alatan senaman ada yang dekat taman depan rumah, anytime ja boleh guna) jadi dia fikir kena beli makanan untuk diet plan ni ja. Ada yang kena fikir kedua-dua aspek sebab nak cepatkan proses kurus ni.

Bengkung2 gini yang lebih praktikal dan ramai ibu2 ada kan? Sebab senang nak pakai :D. Sumber gambar: amazon.com

*Shai ada kupas mengenai penggunaan bengkung nak kurus2 ni. Samada ia betul2 membantu, atau tidak. Baca di sini ya.

Kalau untuk yang termasuk dalam kategori booster seperti protein shake, supplemen pembakar lemak dsbg, ia kemungkinan bukanlah keutamaan melainkan korang ada banyak kilo nak diturunkan.

Chup: ni juga bermaksud korang kena beringat2 jugak agar jangan drastik turunkan kg sebab ia akan datang balik dengan cepat, malah berganda-ganda: korang kena bagi masa pada tubuh untuk adjust dia turun slow-slow yek.

Jadi, korang fikir sat kat mana agaknya korang akan berhabis belanja dalam proses kurus mengurus ni. Adakah dekat makanan sebab nak alat senaman ada dah (beli sebelum ni atau pow saja adik beradik korang punya) atau bab makanan tak perlu risau sebab ada chef dekat rumah heh heh. XD

Cari Jalan Untuk Jimatkan Belanja Dalam Setiap Kategori Tersebut Sebaik Mungkin

Langkah seterusnya adalah lihat belanja untuk aspek-aspek tersebut dan kalau korang nak, apa yang boleh korang spare untuk belanja dan/atau jimatkan perbelanjaan tersebut.

Alatan Senaman

Contohnya kalau alatan senaman tak boleh nak spare untuk beli, mungkin buat sendiri dulu ka, beli yang ada dekat Daiso atau DIY ka, ataupun tumpukan kepada jenis-jenis senaman yang menggunakan tubuh sendiri iaitu bodyweight workout < Google je keyword ni. Nanti keluar macam-macam senaman ikut kesesuaian korang.#takdaalasan

Ni video workout menggunakan tubuh sendiri, impak rendah, level 1, 10 minit sahaja. Paling2 basic nak bermula. Berapa kosnya? Hanya 11 minit masa anda sekejap ja (dan mungkin RM0.30 data anda). 😀

Atau nak lagi mudah, jalan kaki. Jalan kaki sampai 1,2 kilometer sehari. Jalan bersungguh2 sebab ia akan membakar lemak tubuh, dengan fokus utamanya perut korang tu (bukan jalan lenggang kangkung ye). Baca sini untuk manfaat senaman berjalan lain.

Makanan Diet

Untuk makanan pula, kalau tak mampu nak sediakan hidangan macam korang tengok dalam IG fitness influencer yang ada, pilih menu plan yang mudah dicari dan mudah didapati, serta yang murah jah.

Contoh mudah, telur lah. Senang cerita. Kalau yang diet low carb ni telur lah paling senang sebab paling2 koman rebus dan ratah je telur tu. Baca post mengenai manfaat telur di sini.

Follow Pinterest board Shai , dalam ni resipi yang mudah dan murah Shai cari dan save sini. Pollow ye.

Dan pastinya untuk jimat belanja lagi, adalah dengan buat makanan sendiri dalam bentuk packed lunch and dinner,dan makan aja. Beli secara borong (dekat pasar basah) dan juga masa sale, dan sediakan ikut keperluan perut korang. Tak perlu beli makanan di luar = jimat belanja.^^v

*secara spesifik juga, makanan jenis berprotein seperti ayam,daging umumnya harga lebih tinggi berbanding telur. Yang ni korang bajet2 lah ikut belanja yang korang boleh spare. Paling teruk pun, makan telur aja lebih baik dari tak makan langsung ye dok.:D

Shai Pula Bagaimana?

Untuk perbandingan Shai share sikit Shai makan apa dalam sehari. Ni diet low carb ye.

Pagi: milo+oat dengan 2 keping roti gardenia yang purple tu (dengan peanut butter). 1 sudu minyak zaitun. RM2 kot kos nya gitu.

Makanan utama: 2 biji telur rebus, sayur (selalunya stir fry, sebab nak cepat), nasi limit kepada 50g sehari. Kalau lapar makan telur, kicap,dan cili. RM4 tolak tambah.

Petang: Green tea dengan limau kasturi, 1 roti gandum tu lagi (makan untuk maintain endurance workout) RM1 gitu

Malam: Telur tu lagi. Teh o kalau saja nak minum panas2. Alfalfa 6 tablet. RM1 gitu.

Anggaran RM8 sehari kos untuk berdiet Shai hehe.. Ye kot. Kalau ada kiraan lebih spesifik komen lah ya. Telur tu bajet dalam 20 sen je. Bukan telur gourmet RM2 sebijik okayy. Resipi pula jenis campak2, dan juga resipi perapan ayam ada Shai longgokkan dalam blog personal Shai, korang salin lah dan buat. Sejam boleh buat 2,3x lauk punya makan.

Kesimpulan

Pengiraan kos ini sedikit sebanyak membantu kita untuk lihat gambaran penuh proses kurus dengan lebih terperinci.

Sebab apa? Kalau tak kira nanti lama-lama rasa mahal semacam ja nak kurus ni, dan korang terfikir mungkin gunakan produk kurus adalah jalan murah dan cepat semata-mata,walhal kalau tak tukar cara makan, tak menjadi atau nanti berat naik semula.

Pada Shai sendiri,tak mahal mana makan cara begini, dibandingkan dengan bil hospital bila kita sakit nanti.:D

Sumber: 1, pengalaman sendiri huhu..

 

 

 

 

Korang pula, diet2 ni sebulan belanja berapa? Share lah di komen ya.

Follow Kami di Media Sosial Ini:
Facebook Page
Instagram
Pinterest
RSS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: