Resipi Diet Ketika Bekerja Yang Mudah

Resipi diet ketika bekerja ini, Shai pilih yang sesuai untuk dibawa ketika bekerja (atau ketika hari yang pack dan rushing), berdasarkan konsultasi/feedback yang Shai dapat.

Biasa kalau kita fikir nak diet, kita mesti fikir samada ia sesuai dengan kita yang sibuk bekerja. Tu yang kita fikir, nak diet time puasa lah, time cuti lah.. tapi jadi tak plan tu, atau terkandas di tengah bulan.. 😛

Jadi lihat senarai resipi yang Shai kumpulkan di sini, yang dipilih berdasarkan persediaannya yang mudah (atau boleh buat selonggok terus untuk bekal seminggu) dan pastinya mengenyangkan ketika berdiet.

Alang-alang tengah sibuk, masa makan sumbat ja resipi ni, tak payah fikir nak makan lauk apa, lulus ke tak masa dekat food court/cafe nanti. Hanya masak dalam kuantiti 2,3x makan ketika di hujung minggu, dan simpan dalam bekas asing-asing. Capai berapa banyak korang nak, panaskan sebentar (masa korang tengah pakai baju dan mekap2 ke) dan siap dah.

*pastikan juga makanan yang dipilih sesuai dengan diet dan/atau isu kesihatan korang ya. Ada orang alergik sekian-sekian, jangan le korang makan karang mc pulak.

Resipi Diet Ketika Bekerja

Telur Rebus Dengan Serbuk Paprika

Resipi yang paling mudah untuk disediakan kerana korang hanya perlu rebus telur dalam 10 minit gitu ja. Dan kemudian boleh tambah perasa ikut suka, dengan paling asas ialah sedikit kicap. 😀

Atau boleh cuba dengan serbuk paprika, seperti dalam gambar ini. Cuma telur rebus ini adalah resipi deviled eggs (jangan tanya kenapa nama dia begitu), namun prinsipnya sama ja: perencah atas tu boleh dipelbagaikan ikut selera korang.

Hari-hari makan telur rebus muak kot. XD

Sapa yang letak mashed avocado dekat telur rebus dia memang hipsturrr

 

Resipi Mufin Telur

Yang ini pula resipi peberet Shai sebab ada perisa sikit, iaitu mufin telur. Hanya pukul telur secukupnya, tambah bahan yang korang nak (paling basic hirisan cili, bawang, dan tomato) dan bakar dalam acuan atau di oven sehingga masak. Mufin ni tahan disimpan 3-4 hari dalam peti sejuk bawah, jadi buat lah banyak sikit untuk mudahkan kerja korang.

Resipi dalam gambar ini, korang klik sini ya.

*sama juga kalau korang nak buat dalma bentuk telur hancur. Maklumlah telur ni sangat versatil. Baca kelebihan telur di sini ya.

Kimchi pun boleh letak. Ada orang nak letak tempoyak pulak tak? Hehe

 

Sayur Yang Di Kukus Dengan Sedikit Mayonis

 

Sayur yang di kukus/ stim adalah antara hidangan sayuran yang paling sihat kerana kandungan nutrisi dalam sayur tu masih banyak lagi (berbanding stir fry). Pilih sayuran pilihan korang yang rangup seperti kacang buncis ke, brokoli, kacang botol, terung, kentang, dan lobak dan kukus.

Untuk mudahkan kerja korang, potong siap2 sayuran pilihan ini dan simpan dalam bekas di dalam peti. Masa nak kukus tu keluarkan sebanyak yang perlu dan kukus sementara korang bersiap. Ikuti rajah di bawah untuk bajet masa mengukus. Kalau dressing seperti mayonis, malah sekadar minyak zaitun boleh buat disiapkan lebih awal sebab ia lebih tahan lama.

Kredit: http://www.theproducemom.com/2016/04/07/how-to-steam-vegetables/

Atau korang try resipi blended budu menggunakan tomato, bawang, cili, limau kasturi, dan haruslah budu. Serius sedap.

Ayam Goreng, Ikan Goreng

 

Lauk pauk bergoreng/bakar seperti ayam, ikan, dan daging pasti menjadi pilihan ketika berdiet. Dan sebagai rule umum, apa sahaja resipinya tak kira goreng, bakar, dalam bentuk lauk dan sup boleh ja korang makan sehingga kenyang sebab ia adalah sumber protein.

Hanya korang masak siap2 waktu weekend, asingkan ikut portion yang biasa korang makan dalam satu bekas, dan panaskan semula (dekat microwave/periuk). Setel satu kerja. 😀

Tangkap leleh tengok ayam goreng ni. Kalau diet hanya ambil isinya ja ya. Kredit: http://www.lodgemfg.com/recipe/mother-s-favorite-fried-chicken

Shai ada longgokkan resipi lauk campak2, yang boleh setel dalam sejam gitu ja. Klik dekat sini.

Sandwic Tuna, Ayam, Telur

 

Yang best, resipi sandwic ni paling mudah korang nak sediakan sebab boleh je gunakan bahan apa yang ada (melainkan korang nak canggih macam dekat Subway tu). Shai sendiri, ada lebihan isi ayam dari lauk sebelum ini, dihiris halus untuk dijadikan sebagai bahan untuk sandwic.

Tinggal hiris bawang, tomato, dan tuang mayonis sedikit, sebelum digaul.

Kalau nak rasa kick sikit, letak sedikit sos cili (ala-ala mexican gitu). Atau nak rasa Italian letak serbuk mixed herbs sedikit untuk rasa lemon dan tangy. Setel.

Buat satu bekas banyak, boleh tahan 3-4 hari. Macam biasa korang asingkan ikut portion satu hari korang makan. Rotinya pula beli satu letak dekat meja pejabat. Bila lapar makan ja, sambil buat kerja. Jimat kan?

*boleh guna dengan telur sekali, sebaiknya dalam bentuk telur hancur untuk tekstur yang lebih creamy. 😀

Atau korang boleh ambik 1,2 idea dengan 2 video resipi ini. Janji rajin buat. 😀

 

Kesimpulan

Resipi diet ketika bekerja ini akan di update ja kalau ada resipi terbaru yang sesuai dalam senarai ini. Semoga membantu korang untuk berdiet ya. Share di fb korang, supaya senang cari balik blog post ini. 😀



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: