Kesan Crash Diet Kepada Tubuh Kita

Ada orang fikir kalau berat badan dah naik tu boleh terus ikat perut esoknya sebab nanti lagi dua,tiga hari kurus lah tu. Oh tidakkk… Agak tak elok juga kesan crash diet dekat tubuh kita tau. Dan bukan sesenang tak makan hari ni, turun berat esok. Silap2 lusa makin mendadak berat naik jadinya. Sebab apa?

kesan crash diet, diet cepat kurus, turun berat cepat, perut buncit

Kenapa Ada Orang Buat Crash Diet?

Crash diet ni senang cerita apa sahaja diet drastik yang kita paksa diri untuk ikut untuk penurunan berat dengan segera, termasuklah dengan hentam puasa tak makan terus.

Kan ada yang yang sentap kata kita kecam amalan berpuasa pulak. Bukan sayang, maksud di sini kalau kita terus tak makan seharian lepas timbang pagi tu naik 2kg (sama juga dengan berpuasa kan?) tu kira crash diet lah. Nak kira konteks puasa betul2 pun, ada sahur berbukanya, ada timingnya dan tempohnya agar manfaat daripada berpuasa boleh kita dapat. Jangan salah faham ya. 😀

Dan selalunya kita cenderung untuk crash diet ini, selepas kita tercheat dan diet kelaut sebab frust. Baca sini dulu, apa benda kena buat kalau diet korang terbabas lagi sekali.

Apa Kesan Crash Diet Kepada Kita?

Amalan ini tak elok dan sedikit sebanyak memberikan risiko kepada tubuh kita juga. kesan crash diet ni antaranya membuatkan tubuh letih daripada biasa kerana tak dapat nutrisi yang mencukupi daripada makanan yang sepatutnya kita ambil.

Antara kesan crash diet ini ialah kita turunkan kadar metabolisme kita, yang akan berikan kesan buruk selepas kita makan seperti biasa iaitu berat badan naik mendadak < itu lah puncanya.

Selain itu kita juga akan cepat haus dan lebih letih daripada biasa, kerana tubuh kita ingat kita tengah ‘survive’ dengan kekurangan nutrisi yang menyebabkan dia shut down dan gerakkan tubuh kita untuk duduk diam. Dan pastinya, sistem penghadaman juga terganggu sebab diet mengejut ni, membuatkan kita sembelit keesokkan harinya.

Macam rumah tiba-tiba kena catu air apa kita buat? Kita dapat ja notis tu kalut pergi isi air dalam segala bekas yang ada dan berjimat penggunaan air (sambil rasa bersyukur dan menyesal sebab sebelum ni senang sangat bazirkan air heh heh). Macam tu lah tubuh kita.

Tiba-tiba shut down bercatu nutrisi tak kalut tubuh kita nak counter balik untuk kita secara teknikalnya, hidup?

Sebab lain kesan crash diet ini bahaya. Sumber: https://www.drsearswellnessinstitute.org/blog/crash-diets/

Alternatif Terbaik Berbanding Crash Diet

Simple ja; hanya dengan ikuti menu pemakanan dan senaman yang sesuai dengan target dan keperluan tubuh, korang akan okay, dapat tubuh yang lebih slim dan pastinya sihat.

Diet tak susah pun sebenarnya, dan pastinya tidak memerlukan banyak belanja. 😀

Sebab prinsipnya mudah ja, proses untuk menurunkan berat badan ini mengambil masa dan sangat mustahil untuk dapatkan berat ideal (yang biasanya 5kg dan ke atas dari berat terkini kita) untuk turun dalam 24 jam.

Seminggu pun belum tentu.

Dan untuk kurus ini adalah sebahagian hidup sihat jadi nak berdiet ke apa, anggap ia sebagai kita nak mengubah cara makan kita kepada yang lebih baik sampai bila-bila.

Kesimpulan

Sekian ceramah. XD

Tapi serius, ini lah yang kita perlu elakkan. kesan crash diet ni memang tak boleh dibuat main-main tau.

 

Korang pernah crash diet sebelum ini? Bagaimana rasanya ya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: