Tanda Diet Kita Menjadi Dan Serasi: Kita Ada Tak?

Perasan tak kadang2 kita tak terfikir pun apakah tanda diet kita menjadi sebenarnya. Sebab bercerita tentang diet ini biasanya topik yang kita kupas adalah berkaitan diet kita bila kelaut. Dan cara nak atasinya semula. Biasalah tu, bertahun kita makan nasi sepinggan macam bukit, tiba-tiba nak berdiet tak ke pressure dekat tubuh sebab dia tak biasa?

tanda diet menjadi, diet kelaut, cheat diet, ketosis, tanda kurus, kurus mudah

 

Untuk posting berkaitan diet kelaut, boleh klik sini ya.

Dan ada beberapa tanda diet kita menjadi dan serasi dengan tubuh, yang boleh kita perhati. Kalau ada, maknanya teruskan diet/gaya pemakanan tersebut dengan jayanya (yeay!).

Dan tanda tersebut biasanya nampak (apparent mat saleh kata) dalam 3-7 hari gitu, apabila tubuh serba sedikit dah menyesuaikan diri dan tak memberontak dengan macam-macam craving yang ada. Jadi berikan tempoh itu juga untuk pastikan samada diet tersebut diteruskan atau perlu cubajaya/adjust sehingga menjadi.

Antara tanda-tanda tersebut:

Apakah Tanda Diet Kita Menjadi?

Kita suka dan seronok bebeno dengan makanan yang kita ambil dalam diet tersebut. Berbanding dulu kalau makan sayur dikata macam arnab yang makan, sekarang makanan/minuman yang dikategorikan sebagai bermanfaat untuk tubuh juga dianggap sebagai makanan yang sedap.

Ye, walaupun bermaksud ratah telur rebus dekat 10 biji sehari atau kunyah lobak mentah/ulaman begitu sahaja.

Baca: manfaat telur untuk tubuh kita, selain menjadi makanan berprotein yang murah dan segera.

Sebab kita tak anggap lagi makanan tu sebagai makanan diet, instead it’s a good food with good fuel.

Kita makan kerana khasiatnya, berbanding asyik nak fikir sedap dengan tekak ke ja

Selain itu, berbanding dengan keadaan sebelum ini, kita maintain bertenaga juga walaupun dah dekat petang yang biasanya ramai akan lemau waktu tu. Sebab tenaga yang dibebaskan oleh tubuh tidak mencanak, berbanding dia kekal dan steady ja sepanjang hari, hasil daripada pilihan makanan seperti karbo kompleks, protein, dan lemak sihat.

Kita juga cenderung untuk minum air masak lebih banyak dari biasa. Kerana kita tahu besar perbezaan bila hari yang cukup air masak dengan hari yang kita minum banyak giler yang manis dan berkafein.

Serius beza.

Mengambil air yang cukup dengan konsisten akan membantu tubuh untuk keluarkan bahan kotor dengan lebih efisien, dan tubuh kita lebih lentur sebab dia lembapkan sendi kita. Takdalah cepat cramp walaupun baru naik tangga 2 tingkat.

Sumber: https://jjvirgin.com/

*air detox/infused water juga di kira sebagai air masak. Ada tambahan manfaat dan airnya pun sedap sikit. Baca resipinya di sini.

Kesimpulan

Tanda-tanda ini penting untuk kita lihat dan pastikan samada diet kita serasi atau tidak. Simple dan cepat. Kalau ada yang tak kena kita akan adjust diet kita sampai perfect, sebab lain orang, lain isunya dalam berdiet betul tak?

Share di fb untuk manfaat korang ya.

Sumber: 1,2, pengalaman



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: