Tips Berdiet Ketika Belajar

Berdiet ketika belajar ni sesuatu yang jarang student buat, melainkan dia insta influencer, nak prepare sebab nak bertunang/nikah cuti semester nanti, atau baru clash dengan awek/bf hehe..saja ja agak tujuannya. Sebab biasa dekat uni/kolej ni masa nak enjoy macam-macam, kurang2 shopping beli baju dan lepak di mapley tengah malam.

berdiet ketika belajar, tips kurus mudah, turun 10kg, cara kurus mudah

Shai tahu lah sebab dah merasa. Tapi sampai satu masa tu jadi turning point yang memaksa Shai ubah tabiat makan 270 darjah (tak boleh 360 sebab makan lagi mekdi sikit2 dan the ais mamak, cuma jarang lah).

Waktu check, ada ketumbuhan abnormal dalam badan.

Sah-sah lah kita ingat dia kanser ye dok?

Tapi, alhamdulillah bukan. Sekadar ketulan abnormal sahaja.

Namun tu pun dah cukup buat kita insaf woo.. terus ambil sayur bila makan nasi lepas tu hehe..

Jadi dalam post ini, Shai kongsikan serba sedikit bagaimana Shai berdiet ketika belajar, yang secara tak langsung sebenarnya menjimatkan belanja makan korang masa studi nanti.

*ni berdasarkan pengalaman Shai duduk dalam uni/kolej tau, tak boleh ada tempat memasak bagai; periuk nasi pun kena senyap2.

Bagaimana Nak Berdiet Ketika Belajar?

Untuk mula berdiet ketika belajar ni, perkara paling asas adalah tetapkan butiran berikut, untuk korang nampak halatuju nak berdiet ni.

  • Berat terkini, dan berat target korang
  • Sumber makanan yang ada iaitu yang korang boleh beli di kafeteria dan/atau kemudahan untuk borong barang dapur di giant/tesco sewaktu dengannya untuk stok makanan. Senaraikan dengan terperinci sebab faktor ni akan beri kesan utama dalam diet korang
  • Rutin dan kemudahan senaman. Paling mudah pastinya adalah bodyweight workouts yang boleh dilakukan di hostel/rumah, selain ruang luas uni/kolej untuk korang jogging2, mahupun ada gim disediakan

Baca sini Infografik Senaman yang mudah, Shai kumpulkan dalam satu post.

Rutin Shai Berdiet Pula?

Wokeh, Shai kongsikan rutin umum Shai berdiet ketika belajar, untuk korang dapatkan ideanya.

Pagi biasanya minum milo sachet atau susu tepung, dengan oat 4 sudu bukit, kadang2 ada roti jagung gardenia 80sen tu (coklat tak boleh dah nak ambil sebab konfom pukul 9 nak pass out mengantuk). Memang berlambak aku telan, pukul 7am. Biasa pukul 1030 baru lapar

1030 dah beratur beli lauk, biasa waktu gini lauk tengah hari dah setup. Jadi takdalah nak beratur panjang muehehe… menu biasanya ayam/ikan bakar, sayuran (dah jadi wajib) seperti ulaman segar, sayur kukus, lauk berkuah, DAN nasi separuh bekas polisterin tu, buat 2x makan iaitu 11am dan juga 4pm

Lebih kurang macam ni lah portion nya. Sayur tu memang banyak ambil. Alang-alang ambil pun, biasa harga sebungkus sayur pun murah lagi kan?

7pm gitu lapar balik, buat milo dan oat berbukit2 tu lagi. Kenyang sampai esok pagi.

Rutin senaman pula adalah waktu 5-6pm, TIAP-TIAP HARI (kan dah kata kita insaf hehe). umumnya kita fokus overall strength training, buat dekat hostel ja, tak pi mana-mana. Berat lingkungan 57kg tapi seluar saiz S youuu. ^^v

Contoh Menu Plan Dan Idea Untuk Berdiet Ketika Belajar

Jadi untuk korang yang ketika belajar ni, lagi2 yang duduk di hostel banyak songeh dan kekangannya, just make do dengan apa yang ada ya.

Paling asas pastinya sediakan stok makanan yang jenis karbohidrat kompleks seperti oat dan roti gandum, kerana karbohidrat jenis ni makan sikit pun kenyang lama < jimat belanja jugak kan?

Pilih lauk-pauk yang lebih kepada jenis sihat iaitu jenis bakar, sup, kukus, mahupun rebus. Yang goreng2 minyak rempah tu kurangkan sebaiknya. Dan nasi putih kurangkan dahulu. Sumber hidangan protein seperti ayam, ikan, telur, tofu sangat bagus dan dijadikan sumber utama, tambahan kepada sayuran dan buahan.

Alang-alang nak diet juga, amalkan makanan2 ini sebanyak mungkin, untuk kesihatan dan juga kecerdikan, kebijaksanaan, dan juga kedekanan 😀

Utamakan air masak. Enough said.

Dan untuk rutin senaman, masukkan sekali dalam plan diet korang agar boleh all-around healthy body. Rutin mudah seperti bodyweight workouts dilakukan di bilik hostel sahaja (pedulikan lah judgement hausmate kalau ada, ko demam dia bukan bayar bil ubat ko), atau nak mudah, rutin berjalan keliling kampus pun sangat2 bagus. Kuncinya, korang maintain aktif dan gunakan ja apa yang ada. Baca manfaat senaman berjalan, di sini.

Dari takda langsung ye dok.

Dan pastikan juga, untuk ketahui cara-cara untuk kekal konsisten ketika berdiet. Sebab kalau diet kelaut nak adjust balik, leceh lah sikit.

Kesimpulan

Tips ini Shai kongsikan agar sedikit sebanyak berikan idea yang ketika belajar, kita masih boleh dapatkan berat badan ideal. Sebab nak sihat tak susah pun, tinggal nak tak nak ja.

Serius, jangan lah korang kena macam Shai. It’s scary, not knowing the results, agonizing tunggu keputusannya. Dan bila dapat tahu tak ada apa pun, sangat2 bersyukur.

Pastinya tu tak bermaksud kita akan makan tak betul macam dulu kan?

Sebab dah terbiasa makan sihat dengan sayur berlambak, kita teruskan dan usaha untuk stay healthy, sampai hari ni.

Cewah.

Share post ini dekat mana-mana socmed korang (icon berderet bawah ni, pilih ja mana), agar memberi manfaat kepada kawan-kawan, yang masa belajar pun, kita tetap boleh usaha untuk sihat.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: