3 Tips Mudah Untuk Hilangkan Perut Buncit

Isu yang biasa kita alami kan, perut buncit tu dah kira biasa sangat dah sampai kita buat tak peduli selepas pelbagai cara yang dibuat tak menjadi, walau dalam hati harap sangat2 boleh leper balik macam masa muda dulu. Mungkin ada di antara yang dalam senarai ini korang belum pernah buat lagi, untuk kurangkan masalah perut buncit tu? Cer kita buat dan tengok. 😀

perut buncit, hilangkan perut buncit, tips kurus, bakar lemak cepat

Punca Perut Buncit Berlaku

Punca perut buncit ini berlaku bukan sekadar bila kita dah kawin dan ‘hati senang’ macam orang kata; ia lebih kepada pemakanan dan hormon yang berlaku dalam tubuh kita yang menyebabkan tubuh cenderung untuk menyimpan lebihan tenaga sebagai lemak, dan nak2 pula, dekat perut tu ha.

Baca sini juga, jenis-jenis perut boroi dan buncit yang biasa berlaku, dan nak tahu korang punya mana satu.

Sebab apa tau, perut buncit boleh juga jadi satu tanda risiko kencing manis dan juga sakit jantung. Di mana ia mungkin bermaksud insulin korang ada kacau sikit, dan/atau lemak dah mula balut organ dalaman termasuklah jantung. Dan umumnya, untuk lelaki ukuran perut kena kurang dari 100 cm, dan 88 cm untuk wanita.

So much untuk gelaran PJK (perut jauh ke depan) sangat..

Tips Mudah Untuk Hilangkan Perut Buncit

Kurangkan Atau Elakkan Terus Sumber Makanan Bergula

Untuk permulaan, tidak mengambil apa sahaja yang mengandungi gula adalah cara terbaik sementara nak hilangkan perut buncit tu. Sebab gula yang diambil sedikit tak beri apa-apa isu sangat kepada kesihatan kita (melainkan kita memang sensitif dengan sebarang kandungan gula).

Yang masalahnya hanya bila kita ambil gula yang berlebihan, dan ia biasa berlaku dalam pemakanan seharian kita. Teh ais dekat kedai mamak satu bungkus tu pun guna 4 sudu besar susu pekat kot.

Gula berlebihan tu menyebabkan overloaded dekat hati, dan seterusnya menyimpan gula tersebut (lepas dia tukar dalam bentuk tenaga) sebagai lemak.

Sumber: pinterest

*gula semulajadi yang dalam buahan dan sayuran tu takda apa sangat. Sebab ia sikit ja berbanding manfaat dari kategori makanan tersebut (tapi tu pun manis sangat kan?)

Mengurangkan Karbohidrat Dalam Pemakanan

Ia terbukti dalam kajian yang menunjukkan orang yang amalkan pemakanan rendah karbo ni selera makan dia turun (sebab ekstra protein dan lemak sihat diambil untuk compensate, dan makanan ni yang buat kita kenyang lama). dan juga hasil kajian menunjukkan diet ini target kepada membuang lemak yang khusus di perut dan juga di sekeliling organ (faktor secara tak langsung kerana lemak terkumpul di perut tu disebabkan hormon, dan diet ini juga membetulkan hormon).

Malah ia juga membantu untuk buang lebihan air yang terperangkap dalam tubuh. Yeay double bonus!

*Nota: ia bukan bermaksud karbohidrat kena haram terus ya, kerana ia masih termasuk dalam nutrisi utama yang diperlukan tubuh. Kuncinya adalah pilih karbohidrat yang jenis kompleks (oat, beras perang, roti gandum) atau dari sayur. Dan biasanya, pengurangan karbohidrat bermaksud mengambil protein lebih dari biasa.

Haruslah, pengambilan protein adalah cara terbaik untuk counter fator penggemukan (perkataan ini wujud ke eh?) dari pengambilan karbohidrat dan/atau gula yang berlebihan. Sebab dengan utamakan pengambilan protein, kita secara tak langsung akan kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula – secara tak langsung melindungi, mengurangkan, dan juga hilangkan perut buncit yang ada tu.

Sumber protein apa yang paling mudah? Telur

Bersenam Dengan Senaman Khusus Untuk Bahagian Perut Buncit

Ada yang nak skip part ni? XD

Selalunya part nak kena bersenam ni lah yang buat rasa “nantilah..takpalah..sibuklah” tapi hear me out; senaman membantu untuk kukuhkan lagi kesan weightloss berbanding bergantung kepada makanan/diet sahaja.

Sebab senaman dia up kan level kapasiti, stamina, malah mindset kita untik kekal aktif, selain ‘mendidik’ tubuh kita untuk lebih optimum membuang keluar toksin (dan angin) yang terperangkap dalam tubuh kita.

Khusus untuk yang nak hilangkan perut buncit, lakukan senaman kardiovaskular, dan juga senaman strength training yang target bahagian core.

Baca di sini infografik senaman paling mudah dan basic Shai kumpulkan dalam satu post.

Kesimpulan

Tips yang dikongsi ini diharapkan boleh bantu korang yang nak hilangkan perut buncit yang sekian lama korang usung ke hulu ke hilir. Semoga berjaya ya.

Perut buncit bukan lagi cop mohor hati senang dah wehh.. Perdana Menteri kita pun jaga perut dia sekarang ni. 😉

Dan tips tambahan untuk leperkan perut buncit, korang baca di sini. Post ini lebih fokus kepada wanita, tapi in the end prinsipnya sama ja; semua orang boleh amalkan. 😀

Korang ada kawan/keluarga yang mungkin alami masalah perut buncit dan tak tahu cara terbaik untuk leperkan perut tu? Share post ini, ikut butang socmed di bawah ni ya. ^^v

Sumber: 1,2,



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: