Tips Untuk Memudahkan Intermittent Fasting

Cara pemakanan berbentuk intermittent fasting ini semakin popular sebab senang nak ingat. Macam puasa Ramadan juga, sampai suatu masa kita stop makan, sambung pula waktu lain. Dan umumnya, waktu kita boleh makan dalam intermittent fasting ni boleh kata semua ja boleh bedal.

Cuma Shai tak rekomen lah sebab lagi elok sambil puasa2 tu, makan yang sihat sekali. Kalau tak, macam dia cancel balik kebaikan dari manfaat intermittent fasting ni.

Blog ni pun blog kesihatan kan? Takkan nak suruh korang makan junk food kot macam dalam video ni kot. XD

So, korang yang nak buat cara pemakanan style IF ni, Shai kongsikan tips untuk memudahkan intermittent fasting ini, agar lebih cepat tubuh untuk terbiasa.

Tips Untuk Memudahkan Intermittent Fasting

Air Masak Wajib Mencukupi

Pastikan korang cukup pengambilan air dalam gaya pemakanan ini. Sebab bila korang puasa, tubuh akan mengeluarkan toksin dan memecahkan lemak dan keadaan ini sedikit sebanyak memerlukan ekstra air untuk tolak buang bahan-bahan kotor ini keluar.

Bergantung kepada cara yang nak di ikuti, dalam IF ini boleh ja kalau nak minum air masak (atau makanan/minuman yang super rendah kalori sebab tak ganggu pun) jadi pastikan air masak menjadi minuman utama ya.

Relax Dan Tak Obses Dengan Intermittent Fasting

Jangan obses dengan cara pemakanan ini juga membantu. Sebab korang akan tenung jam kat dinding tu lebih dari biasa haha..

Sekalikan Tempoh IF Dengan Waktu Tidur

Sebab IF ni tak kisah pukul berapa asalkan cukup jam tersebut (mengikut jenis IF yang korang pilih), sekalikan jam yang diperlukan dalam IF tu termasuk waktu tidur sekali. Sebab masa tidur kan korang tak makan. πŸ˜€

Contoh macam Shai buat IF 16 jam puasa, 8 jam makan ni, Shai mula puasa pukul 6 petang dan minum air masak ka, green tea dan tidur dalam 11 malam. Tidur tu sampai bangun pukul 5 am, minum lah teh o ke apa, sampai pukul 10 pagi, makan semula.

Puasa 16 jam kan? πŸ˜‰

Fokus Dengan Aktiviti Lain Sepanjang Berpuasa

Sibukkan diri dengan aktiviti dan teruskan seperti biasa. Lagi baik, set reminder/alarm siap2 bila waktu boleh berbuka senang tak perlu nak fikir sangat.

Memilih Pemakanan Yang Sihat

Pastinya, memilih makanan yang sihat dalam cara pemakanan ini membantu korang untuk buat IF dengan berkesan. Kerana makanan yang bernutrisi tinggi membantu elakkan diri dari mengidam macam-macam, badan letih dan lesu, serta mudah kena penyakit.

*Korang boleh follow Pinterest ini untuk resipi2 sihat yang senang nak dibuat, Shai kumpulkan dalam satu tempat. πŸ˜€

*dah buat IF ni memang kurangkan overall kalori makanan yang diambil, tapi ia bukan alasan untuk mentedarah domino’s setiap hari ya. Sambil buat IF ni, kita sihat sekali. πŸ˜€

Shai buatkan dalam bentuk infografik ni, untuk mudahkan korang nampak caranya. Pakat2 share ya πŸ˜€

intermittent fasting, puasa, mudah kurus, tips mudah kurus, diet, mommysado

Share di whatsapp atau fb korang untuk manfaat siapa2 yang nak kurus/mencuba untuk buat IF ni ya. πŸ˜€

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: