Mengamalkan Diet Rendah Karbo Sehingga Hari Ini. Berkesankah?

Post peribadi bagaimana Shai masih lagi mengamalkan diet rendah karbo, sehingga hari ini. Harapnya post ini boleh membantu korang yang masih terfikir jika diet ini sesuai dengan keperluan, target berat badan, malah bajet yang mampu disediakan sekali.

diet rendah karbo, karbohidrat, kurus, review diet, diet turun berat

Asalnya Mengamalkan Diet Rendah Karbo Ni

Shai mula amalkan diet rendah karbo ini kira baru juga berbanding dengan umur la ni. Dari kecil manalah nak ambil pot makanan sihat2 ni, malah dari kecil lagi dah terbiasa jika makan di luar kami akan makan di kedai mamak berbanding kedai melayu.

Bukan isu bangsa ye hehe..tapi di kedai mamak, lauk-pauk yang biasa dimakan ialah nasi (sebukit satu pinggan), ayam goreng, kuah kari, dan kalau nak merasa sikit, sotong goreng.

Sayur? Takda langsung. Nada(takda dalam bahasa Sepanyol).

Lauk rupa macam ni lah Shai makan selama ni. Tolak sayur tu ha. *bukan nak kecam ke apa ya, nak tunjuk portion how I used to eat on regular basis. Sumber: https://funntaste.com/restaurant-nasi-kandar-shaaz-bandar-sunway/

Di rumah pun lebih kurang sama ja lauknya, dengan sarapan atau makan malam ketika lapar; fast food seperti nuget, hotdog dan dimakan bersama roti dan sos cili. Sayuran dijauhi dan buah-buahan pula jarang ada kat rumah. Makan jugalah buah-buahan bila datang musimnya; itu pun takat mangga, rambutan, dan (wajib!) durian.

Dan pola pemakanan ini, berlarutan sehingga umur 20 tahun gitu.

Sehinggalah sampai satu masa terjumpa ketumbuhan, yang buat Shai panik dan seterusnya kena refer di hospital untuk appointment setiap bulan sampai conform ia sekadar ketumbuhan abnormal ja, dan bukannya kanser.

Dalam tempoh berbulan2 sampai nak tunggu confirmation result tu, memang bagi impak besar dalam mindset Shai. Panik, tak usah cakaplah. Shai lebih risaukan bila (nauzubillah) ketulan tu kalau terbukti ia kanser ia terpecah dan masuk ke sistem saluran darah. Masa tu harapan sangat2 tipis.

Macam mana nak asingkan sel yang kanser dari tiap-tiap sel darah merah dan organ ia melekat kan?

1)  Start dari appointment kedua gitu, Shai terus rasa fobia nak makan lauk pauk yang sama, dan mula lah nak ambil sayuran sikit dalam lauk tengah hari tu.. akhirnya.

2) Selain lauk sayur yang makin lama makin tambah portion nya dalam makanan, Shai juga tukar ayam goreng yang biasa diambil kepada jenis bakar, dan mula kerap ambil lauk ikan sekali.

3) Senaman itu pasti. Sekadar bodyweight workouts sebab takda duit nak beli alatan senaman tapi sangat2 teruja sebab bila mendaki bukit dan jalan dekat 5km pun, tak pancit. Langsung.

Klik sini untuk baca post senarai workout mudah untuk level beginner, yang Shai kumpulkan.

Konsentrasi pula makin naik, cepat tangkap bila belajar ilmu baru, kaki tak cepat lenguh walaupun menapak dengan kasut wedge 3 inci. Senang cerita, makin fit lah.

Serius, masa tu sangat2 happy.

Zaman Tak Berapa Cukup Bajet Nak Berdiet

Lepas zaman tu, Shai tak dapat nak amalkan diet rendah karbo dengan sempurna sebab masa tu takda duit sangat; maklumlah baru nak menapak bina hidup. Nak dahulukan belanja untuk cukupkan nutrisi makro protein macam tak praktikal dengan duit sikit sangat (ada sampai takat RM2 ja dalam walet).

Jadi solusinya adalah Shai amalkan nasi separuh sahaja, makan jamu untuk detoks dan beri tenaga (mur-mur dekat mydin ja) dan pastikan untuk bersenam 7 hari seminggu supaya stamina dan kapasiti minda maintain.

Bolehlah bersenam 30 minit sambil tengok running man. Mau tak guling2 gelak sambil buat lunges. 😛

Sampailah ke waktu anak makin besar sikit, dan ada rezeki untuk amalkan semula diet rendah karbo ini, serta ada tanda-tanda kencing manis (dari keturunan), jadi Shai buat semula diet ini, serta tulis perkongsian di blog ini untuk manfaat korang.

Okeh, Shai pecahkan manfaat diet ini kepada 3 aspek utama:

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Pemakanan

Dari segi pemakanan, takda manfaat sangat pada peringkat awal hehe.. mana taknya, separuh hidup dah terbiasa makan nasi then suddenly kena pantang terus? Memang stress badan lah wehh jadinya. 😛

Tapi manfaat yang dimaksudkan, Shai dapat apabila tubuh telah terbiasa dengan diet ini, dan pastinya ia akan memberi manfaat untuk jangka panjang.

Tak susah mana sebab Shai amalkan diet rendah karbo yang sesuai dengan keperluan diri, iaitu atkins fasa 4 sehingga hari ini. Dan dalam level ini, dah boleh dah makan nasi, asalkan korang makan dalam kuantiti yang tak menyebabkan berat badan naik je lah.

Jadi pada Shai, nasi hanya setakat 1 senduk setiap hari, sarapan makan roti gandum gardenia yang purple tu sekeping, dan selebihnya adalah sayur dan wajib telur rebus 1,2 biji sekali makan. Air pula jarang 3-in-1 punya sebab gula sangat3 tinggi. Jadi hanya air masak yang cukup, teh o, dan teh hijau yang diminum.

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Segi Tenaga

Yang aspek ni Shai sangat2 ambil berat sebab kerja dan urusan Shai yang pelbagai memerlukan Shai untuk sentiasa bertenaga. Tak mau lemau2 sampai tak larat sangat nak buat kerja.

Lagi-lagi kebelakangan ni Shai agak sensitif dengan makanan yang tinggi gula iaitu minuman manis, mahupun nasi putih sendiri. Kalau makan terlalu laju atau banyak, sat lagi konfom mengantuk sebab blood sugar dip, seperti dalam gambar ini.

Perbandingan mengambil makanan yang tinggi nilai glisemik (High GI) dengan yang rendah, dan kesannya kepada gula dlama darah dan tenaga. High GI foods tu cam nasi putih n minuman manis lah Sumber: https://www.quora.com/How-can-eating-too-much-food-make-you-tired

 

Sebab itu, nasi dan segala benda manis Shai ambil sikit2 gitu lah buat lepas gian. Contohnya coklat tu makan sikit, then simpan dalam peti, makan lusa pula. Air kopi favorite Shai yang kopiko brown sugar, add dengan 1 sudu milo dia rasa mocha ala2 Starbucks Dark Mocha bila sejuk semalaman (tutup lah mug tu, nanti bau jeruk apa semua termasuk dalam air tu sekali); buat minum 1 sip, then petang another sip. Tu ja lah.

Nak buat macam mana..lebih baik sekarang pantang makan dan boleh merasa sampai tua, dari dapat diabetes,tak boleh makan langsung Click To Tweet

Manfaat Diet Rendah Karbo Dari Segi Kos

Dari kos pula, Shai dapati ramai akan a bit hesitant bila memikirkan kosnya. Yalah, lauk-pauk nak beli agak tinggi kosnya berbanding sepinggan nasi ja kan. Jadi Shai hadkan pengambilan lauk pauk macam ayam/ikan dan sebaliknya lebihkan sayuran dan telur rebus.

Jadi anggaran 1 pinggan nasi 1 senduk RM0.50, ayam seketul RM2.00, sayuran sedebuk RM1, dan telur rebus 2 biji RM0.40 gitu ja. < ni anggaran kos ja, tak sama dengan harga kedai ya.

Korang boleh baca perkongsian lanjut di sini berkaitan pengiraan kos dalam diet, dan boleh buat perbandingan dengan keperluan korang.

Boleh ja nak berdiet walaupun bajet tak banyak sangat. Yang penting, kena planning betul2 ja 😀 Sumber: https://bobshealthyblog.wordpress.com/2012/10/11/some-great-ways-to-eat-healthy-on-a-budget/

Kesimpulan

Kesimpulannya, diet rendah karbo tetap menjadi pilihan kepada Shai, sebab manfaatnya lebih besar berbanding kos dan lelahnya nak berterusan berdiet cara ini sampai masuk kubur nanti, sebab rule nya amat mudah iaitu pantang karbohidrat ja, yang portion protein, lemak sihat, dan vitamin n mineral akan ikut dengan mengamalkan makanan jenis sihat.

Diet rendah karbo ni, bukannya haram terus any comfort foods pun, kalau 80-90% diet sihat, baki tu apa salahnya merasa kan Click To Tweet

Semoga review ini, sedikit sebanyak membantu korang untuk decide, samada diet rendah karbo ini sesuai dengan lifestyle dan bajet korang. So far, untuk Shai dengan risiko penyakit yang ada, bajet, dan situasi, diet ini yang paling mudah nak stick dengan konsisten, alhamdulillah.

Untuk bacaan lanjut: baca sini kebaikan diet rendah karbo ya.

Sumber: pengalaman sendiri jek

*Share post ini sekiranya ia boleh membantu korang atau kawan2 untuk dapat tubuh sihat, melalui diet rendah karbo ni. 😀



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: