Kajian Baru: Diet Rendah Karbo Harus Dielakkan

Ini info baru yang didapati dari kajian, menunjukkan diet rendah karbo harus dielakkan, kerana ia cenderung untuk pendekkan umur dan meningkatkan risiko pelbagai penyakit lain. Jauh betul kesimpulan ni, betulkah apa yang saintis cakap ni?

diet rendah karbo, diet bahaya, cepat kurus

Background Asas Tentang Kajian

Kajian yang dimaksudkan ini menunjukkan dari sampel orang yang ramai (dalam 20,000 orang), yang amalkan diet rendah karbohidrat ini rata-ratanya meningkatkan risiko untuk mati awal (premature mortality), serta kematian berpunca dari penyakit yang serius, setinggi 32% chance dia, berbanding dengan orang yang biasa ambil karbohidrat.

Dan chance ini tinggi dikalangan yang dah tua dan steady kurus hasil daripada diet rendah karbohidrat tersebut.

Ya, walaupun diet rendah karbo juga terbukti dalam beratus kajian lain yang menunjukkan keberkesanan dalam menurunkan berat badan, dan juga secara tak langsung risiko kepada penyakit serius seperti sakit jantung, strok, kencing manis dsbg.

Dari kajian yang disebutkan awal tadi juga, saintis tak boleh nak simpulkan dengan mutlak, sebab karbohidrat sendiri adalah salah satu daripada nutrisi makro yang diperlukan, dan juga kontra dari ratusan kajian yang dibuat sebelum ini.

Jadi, mana satu nak ikut ni?

Kesimpulan Daripada Kajian

Yang ketua kajian quoted kata diet rendah karbohidrat ini secara tak langsung mengurangkan pengamblan serat, sayuran dan buah-buahan serta pengambilan protein-based animals yang tinggi (ayam, ikan, daging dsbg) dan juga makanan yang tinggi lemak tepu; itu yang menyebabkan risiko penyakit dan kematian awal meningkat.

Pendapat Peribadi

Kesimpulan yang notable dari kajian ini menunjukkan juga pengambilan protein dari haiwan yang tinggi, dan lemak tepu yang tinggi, hasil secara tak langsung daripada mengamalkan diet rendah karbo ini.

Macam pemboleh ubah bergerak balas orang kata; indirect causal ia berlaku. Secara tak langsung boleh disimpulkan juga, bukan sebab diet rendah karbo itu sendiri yang berbahaya.

*take note ya, rendah karbo ini bermaksud mengambil karbohidrat yang sepadan dengan keperluan tubuh, bukan terlalu sikit (atau takda langsung) sampai fungsi tubuh yang perlukan karbo ni terganggu.

Like this diet. Aiyoo. Sumber: popsugar.com

Diet Yang Tinggi Protein Berasaskan Haiwan

Seperti disimpulkan dalam kajian +, penyelesaiannya adalah dengan menggantikan protein-based animals dengan plant-based protein dan juga healthy fats berbanding lemak tepu seperti minyak zaitun, kelapa dsbg.

Kerana mengambil terlalu banyak protein berasaskan haiwan ni (maksud Shai yang tak ambil sayur lah, yang makan ayam tu sampai 1 ekor sehari lah, atau steak 1kg sehari etc, ekstrim macam tu lah) tak berapa bagus untuk jangka panjang. Apatah lagi makanan jenis tersebut disuntik hormon, terdedah logam berat dsbg.

Sumber: https://www.tonyrobbins.com/health-vitality/the-surprising-truth-about-protein/

Quote from Dr. Sara Seidelmann, dalam kajian + :

“However, our data suggest that animal-based low-carbohydrate diets, which are prevalent in North America and Europe, might be associated with shorter overall lifespan and should be discouraged.”

“Instead, if one chooses to follow a low-carbohydrate diet, then exchanging carbohydrates for more plant-based fats and proteins might actually promote healthy aging in the long-term.”

Contoh sumber protein berasaskan sayur seperti ini:

 

 

Itulah kesimpulannya. Bukan kerana diet rendah karbo itu sendiri.

Iaitu pengambilan karbohidrat yang sepadan dengan tubuh, dan juga lebihkan protein yang berasaskan tumbuhan, dan juga lemak sihat adalah ideal. Click To Tweet

Ikut sunnah katakan, sederhana. 😀

Kajian dari * juga, dari kesimpulan dibuat (Shai paraphrase di sini) menunjukkan diet rendah karbo berkesan untuk mengurangkan berat badan, dan juga lilitan tubuh; mengurangkan kesan darah tinggi, nisbah kolesterol LDL, HDL, glukos.

Kajian ni ada poin lain, sebab dia buat perbandingan dengan diet rendah lemak. But still, kesan positif dari diet rendah karbo tetap dapat dibuktikan.

Bagaimana Dengan Saya Yang Berdiet Atkins Ni?

Tentang diet atkins yang khususnya fasa 1, had karbohidrat dia kan 20g sehari, itu pun fasa induksi by right 2 minggu ja; nak teruskan pun boleh asalkan maksimum 6 bulan ja.

Ia menunjukkan acknowledgement yang too low of carb intake for too long pun tak bagus untuk tubuh; nanti masuk fasa 4 korang dapat tentukan berapa had karbo sendiri yang diambil, tak naikkan berat badan korang kan? Ada orang had karbonya 50g, ada orang 80g pun tak apa, jadi kena check sendiri lah.

Bukan ambil pandangan ekstrim terus itu ini tak boleh, hanya kena cari titik keseimbangan ikut kesesuaian diri. 😀

Kesimpulan

Fuhh..cuak sekejap hehe.. Sebab Shai sendiri pun dah lama dah amalkan diet rendah karbo ni (boleh baca review Shai di sini) atas sebab kesihatan, selain rules dia senang nak ingat untuk kurus.

Jadi, semoga ilmu ini membantu korang untuk buat pilihan pemakanan yang lebih baik, khususnya yang amalkan diet rendah karbohidrat ini. Pakat2 share dengan geng yang amalkan atkins atau diet low carb lain ya.

Sumber: dari kajian *, dari kajian +, dan sumber 1



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: