Soalan Yang Biasa Ditanya Ketika Diet Dan Kurus

Tak semua orang berpengetahuan dalam bidang kesihatan ni, tapi tak bermakna kita nak sihat kan; jadi dalam proses kurus mengurus ni pasti ada banyak soalan yang kita terfikir dan nak tahu kat mana penyelesaiannnya. Khusus dalam post ini, min senaraikan soalan yang biasa ditanya ketika diet dan kurus ini, untuk mudahkan rujukan korang.

diet, nak kurus, turun 10kg, diet atkins, intermittent fasting, mommysado

*post ini akan diupdate kalau ada lagi soalan baru masuk, jadi save di fb korang atau bookmark post ini ya. 😀

Soalan Yang Biasa Ditanya Ketika Diet Dan Kurus

Kalau Saya Diet Bila Boleh Mula Kurus?

Takda jawapan mutlak untuk soalan ini, atau bagi jawapan pukul rata punya sebab lain orang lain faktor-faktor yang menjadikan dia bakar lemak, dan kemudiannya kurus.

Antara faktor berkait termasuklah: keturunan, metabolisme, pemakanan yang diambil, ada senaman ke tak; jika ya berapa lama, kerap, dan intensity nya; umur, masalah hormon jika ada, malah stress pun boleh mengganggu kadar kurus ni.

Cara yang terbaik nak tentukan adalah dengan lihat perubahannya dalam 2 minggu gitu. Minggu pertama biasanya korang akan buang berat air, dan diikuti dengan berat lemak, jadi monitor kadar perubahan sebelum dan selepas korang diet. Kalau ada (walaupun lambat), safe to say korang berada di jalan yang lurus dengan diet tu hehe.

Contoh perubahan yang korang boleh monitor selain berat dan inchloss: tenaga, tidur lebih lena, lebih ceria2, dan bertambah stamina.

Saya Nak Kurus. Bagaimana Saya Nak Bermula?

Perkara paling pertama sekali adalah set target korang, dan sertakan sekali tarikh korang nak capai target tersebut. Asasnya min boleh katakan mulakan dengan apa yang ada; dari segi diet/pemakanan dan peralatan senaman sebab ia dipengaruhi dari masa yang bajet yang korang boleh spare.

Kalau Saya Tak Diet Tapi Saya Workout Kuat Setiap Hari, Boleh Ke?

Tak jadi dalam jangka panjang. Sebab nak workout kuat setiap hari pun dah memerlukan tenaga dan nutrisi dari sumber makanan yang berkualiti.

Sumber: Pinterest

Saya Berdiet Dan Juga Bersenam Setiap Hari, Berat Tak Turun-Turun Pun.

Semak dulu lilitan tubuh sebelum nak meraung give up. Kemungkinan inchloss tetap berlaku, hanya ruang lemak yang telah dibakar telah di isi oleh jisim otot yang lebih mampat walaupun pada berat yang sama.

Boleh sampai ke tahap korang makin slim, tapi berat bertambah: dari otot-otot ni lah.

Makin slim dan ada muscle, tapi jangan kata berat tak turun, makin bertambah adalah. Sebab jisim otot ya. Kredit gambar: http://www.crossfitnaples.com/

Kalau Saya Diet Ja Tapi Tak Bersenam Takpa Kan

Takpa ja, cuma tak cantik lah dari kaca mata kesihatan. Kurus tapi cepat semput sebab tak larat buat apa..macam mana nak terjah dan lalu mencari baju raya dekat pesta Mood Republik nanti.

Kenapa Saya Diet Dan Bersenam Pun Paha Saya (<Masukkan Bahagian Tubuh>) Tetap Geleber?

Tentang soal diet dan senaman, kita tak boleh hipnosis tubuh kita untuk kurus spesifik dekat mana, kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor biologi; atas tubuh kita nak cekau lemak bahagian mana untuk dibakar. Dan lemak yang diambil tu secara menyeluruh tubuh, sedikit di pipi, secubit di paha, sesudu di perut, kita tak boleh jangka di mana dia nak ambil.

Yang boleh kita pastikan, diet yang betul berterusan dan rutin senaman yang betul akan membantu tubuh cekau lemak yang tersimpan dengan cepat dan kurus pun cepat.

Tak Boleh Ke Diet Sampai Capai Target, Lepas Tu Stop Diet?

Tak berapa kondusif sebenarnya pendekatan begitu. Sebab stop diet kemudian berat naik, nak diet semula? Lebih baik kita diet secara berterusan, untuk kekalkan berat badan tersebut dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit sekali, kan?

Kerana isu di sini adalah psikologi, di mana kita anggap diet sebagai satu rutin asing yang diamalkan bila perlu, dan pattern lama iaitu makan ikut suka boleh disambung semula selepas capai berat target.

Maka, pendekatan terbaik adalah diet itu adalah cara pemakanan yang baru dan sihat. Jadi bila makan dengan sihat tu apa yang tak sihat dari tubuh (toksin, lemak2) akan dibuang keluar, jadi tubuh kita yang sihat secara tak langsung kesannya adalah kurus/berat badan ideal ja.

Diet tak bermaksud kena lupakan comfort foods atau masakan mak yang kita suka, sekadar melepas rasa tak salahnya, asalkan berat badan yang ideal, kita maintain. 😉

Kesimpulan

Semoga post ini membantu korang, khususnya dalam soalan-soalan yang biasa kita terfikir dalma proses kurus ini. 😀

Pakat-pakat share dekat kawan yang tengah dalam proses kurus tu, mana tau boleh membantu kan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: