Asas Tentang Diet Alkali

Diet alkali dulu ada juga sedikit sebanyak popular suatu masa dulu, tapi trend mengamalkan diet ini tak sekuat seperti diet rendah karbohidrat (atkins, contohnya). Namun pada pendapat min personally, diet ini sendiri bagus untuk diamalkan secara konsisten, lagi-lagi dengan cara pemakanan yang lebih kurang seperti cara orang dulu-dulu.

diet alkali, air alkali, diet bagus

Tentang Diet Alkali

Idea diet ini adalah menggantikan makanan yang menghasilkan asid dalam tubuh, dengan makanan yang bersifat alkali. Kerana tubuh kita mencernakan makanan, ada baki lebihan tu dipanggil sebagai metabolic waste, dan sisa ini bernilai ph ikut makanan yang kita ambil tu.

Kalau kita makan yang tinggi nilai asidnya, asid jugalah sisa tu.

Jadi metabolic waste ini, yang akan mempengaruhi tahap ph keseluruhan tubuh.

Jika tubuh kita tinggi nilai asid, kita lebih berisiko untuk terkena pelbagai penyakit, cepat tua dsbg, berbanding yang jenis alkali ni lebih bersifat melindungi. Untuk diet alkali ini, makanan yang wujud di muka bumi ni dibahagikan ikut nilai ph dia, dari asid ke neutral, sampai ke alkali.

Contoh senarai makanan ikut tahap pH dia ni;

Sumber: http://healthydiabeticliving.info/

Review Tentang Diet Alkali

Secara peribadi, untuk mengamalkan diet ini pastinya membantu untuk meningkatkan ketahanan/kesihatan tubuh dan seterusnya, mengurangkan risiko penyakit – tengok je senarai makanan dalam premis makanan beralkali berbanding dengan makanan yang bersifat asid, kita boleh lihat makanan yang dalam kategori alkali tu jenis sihat-sihat je hehe..

Namun pada masa sama, ada ja makanan yang tinggi sifat asid seperti telur; nak elakkan pula macam tak kena kerana telur sendiri termasuk dalam kategori makanan sihat.

Isunya di sini, kebanyakan makanan yang dalam kategori asid, adalah terdiri dari makanan yang tinggi kandungan gula dan garamnya, makanan proses dsbg yang umumnya, tak sihat untuk diamalkan macam makanan ruji.

Korang boleh klik sini untuk review diet alkali, yang ni kita boleh relate pro cons dia. Untuk sini, realistik sikit. 😛

*post ini akan ditambah dari masa ke semasa ya. 😀

Sumber: 1,2



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: