Kesan Banyak Makanan Berasid Kepada Tubuh

Jarang kita perasan kesan banyak makanan berasid, apabila jadi sebahagian pemakanan kita. Lenguh, kulit kusam, dan bangun lewat adalah tanda biasa bila kita makan terlalu banyak makanan berasid.

kesan banyak makanan berasid, tubuh lenguh, sakit kepala, gemuk, berat air

Berkaitan pemakanan ini tak menjadi sesuatu yang asing dengan kita. Foodie kot; berapa banyak restoran ikut negeri dan juga kafe trendy yang ada dekat sini? Malaysia memang food haven yang even pelancong luar pun kata camtu. Cuma tu lah, indulgence kita dengan makanan ini untuk jangka panjang tak berapa baik, lagi-lagi bila kita tak amalkan pemakanan yang sihat sikit dengan seiring. Sebab ia akan buatkan tubuh kita berasid.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Makanan Berasid?

Maksud makanan berasid ni bukan maknanya kita p teguk air asid tau. Makanan berasid ni bermaksud kamdungan kumulatif dalam makanan tersebut mempunyai nila pH yang asidik. Dan pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang banyak pada jangka masa lama (macam makanan ruji lah) akan menyebabkan asid tu terkumpul dalam badan dan buat pH alami tubuh tak stabil, dengan tubuh kita tak dan nak balance balik pH alami tubuh semula.

Seterusnya, macam-macam penyakit lah yang datang.

Nuff said ja la… Sumber: http://www.utusan.com.my/

Apa Yang Berlaku Jika Saya Banyak Makan Makanan Berasid?

Berada dalam keadaan berasid yang terlalu lama akan memberi kesan tak bagus kepada tubuh dalam jangka panjang. Penyakit merbahaya tu pasti lah, dengan spesifiknya akan mengurangkan ketumpatan tulang (yang buat dia rapuh dan osteoporosis tu), berbanding makanan yang beralkali pula akan menambahkan ketumpatan tulang untuk lebih kuat.

Minuman susu anlene pun tak boleh counter kalau dah teruk sangat tulang rapuh; ia akan ambil masa tau. Sumber: shopee

 

Dalam jangka masa terdekat, mengamalkan makanan yang berasid dengan banyak dan lama akan menyebabkan kita mengalami:

  • Kurang tenaga dan stamina
  • Penat dan cepat semput
  • Jerawat (hehe)
  • Kurang konsentrasi dan cepat lupa
  • Kerap sakit kepala (iklan anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?)
  • Kemurungan/sedih tak pepasal
  • Badan lenguh-lenguh
  • Perut sebu dan banyak angin
  • Berat badan bertambah oops!

Isu Dengan Kesan Banyak Makanan Berasid

By right, pengambilan makanan/minuman yang ada sifat asid tu normal, dan ada ja dalam makanan yang dalam kategori sihat; maka ada campuran bikarbonat yang sedia ada dalam tubuh yang akan balance balik kuantiti asid tersebut.

Isunya di sini, adalah mengamalkan diet yang tak sihat yang tinggi sifat asidnya sehingga tubuh tak mampu nak counter, itu yang menyebabkan kita alami simptom-simptom yang disebutkan tadi, dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit dalam jangka panjang.

Jangan fikir pulak nak telan larutan soda bikarbonat nak cover makanan berasid. Asal boleh je ek XD Click To Tweet

Untuk itu, kalau tak mampo nak elakkan makanan berasid tersebut, sebaiknya seiringkan dengan makanan yang alkali sifatnya, untuk balance balik.

Senarai makanan ikut tahap pH dia. Sori gambar ni yang antara yang lengkap, tapi kabur sikit

Kesan banyak makanan berasid bukan boleh buat main woo.. Top 3 penyakit dalam Malaysia pun disebabkan makanan berasid yang tinggi.

Kerana pemakanan sebegini berlarutan selama bertahun lamanya (berapa banyak generasi dah terbiasa makan pesen gini), tu yang ada kesedaran untuk kembali mengamalkan makanan sihat, khususnya bermaksud makanan sihat ni tinggi sifat alkalinya, untuk neutralkan asid2 dari pemakanan sebelum ni. Klik sini untuk baca lebih lanjut tentang diet alkali.

Sumber: 1,2,



1 thought on “Kesan Banyak Makanan Berasid Kepada Tubuh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: