7 Sebab Mengapa Ibu Susah Sangat Nak Kurus

Biasa sangat ibu-ibu bising tentang isu yang dialami ini, sampai ke tahap fikir macam sebaik sahaja dah bersalin dan bergelar ibu, macam dah takda harapan nak kurus lagi macam zaman anak dara lepas ni. Tapi tengok artis bukan main body mantap walau beranak empat macam mana pula? Sebab walaupun bergelar ibu pun tak pernah pun menghalang korang kalau nak kurus.

susah nak kurus, diet kelaut, diet ibu menyusu

Jadi Ibu Susah Nak Kurus Okay

Sebab kita tahu bila jadi ibu ni secara automatik segala susun atur hidup kita akan terabur terus lepas ada anak (melainkan kita alert siap-siap). Mula kena adjust bertolak ansur sikit bila dah bersuami, dengan anak ni lagi haru sikit sebab masa dia lahir apa-apa yang anak nak kena dahulukan juga sebab dia bukan reti bagitau apa dia nak, apalagi buatkan susu sendiri XD.

Sedikit sebanyak, ia buatkan kita lupa nak dahulukan satu dua benda untuk kebaikan kita, iaitu kesihatan, melalui cara yang terbukti berkesan. #selfcare orang kata

Sebab min pun ibu juga, tahulah min cabarannya nak jadi ibu sambil nak handle anak, suami, dan rumah. Jadi itu idea membuat blog khusus untuk kesihatan ibu πŸ˜‰

Ok, melalut sekejap. Dan dalam post ini, Shai nak highlight sebab mengapa kita sebagai ibu susah nak kurus, kerana bila kita kenalpasti puncanya, kita tahu lah apa tindakan yang kena ambil, jika kita buat keputusan untuk sihat (yang secara tak langsung, akan buat kita kurus sebab lebihan lemak yang tak diperlukan akan dibakar oleh tubuh).

Takdalah bila kita tanya diri sendiri kenapa berat kita makin naik, kita cakap β€˜entah’ sebab tak tahu mana datang puncanya. πŸ˜€

7 Sebab Mengapa Ibu Susah Sangat Nak Kurus. Apa Sebabnya?

Mengunyah

Asalnya aktiviti mengunyah ni takda masalah pun; hanya isunya bila ia membabitkan jenis makanan yang kita dok kunyah sambil tengok cerita. Mengunyah jajan dan pelbagai jenis makanan terproses hanya akan membuatkan berat badan bertambah naik (malah boleh jadi mendadak).

Tambahan pula makanan jenis ini tak menambah apa-apa nilai kebaikan dekat kesihatan kita; berat naik satu hal, kita jadi bertambah lesu, susah nak membuang apalagi nak detoks, senang kena demam, kulit pun boleh naik jerawat dan kusam.

Tak berbaloi pulak kalau makan selalu jenis ni, kan?

*sekali sekala buat lepas gian takpa lah. Dah tu favorite makan lah merasa sikit. Ni yang makan sampai semangkuk tu yang berat kita naik -.-

Menghabiskan Makanan Anak

Salah satu tanda kasih ibu dan rasa bertanggungjawab untuk tak nak membazir cuma tu lah, sedikit sebanyak kalau selalu boleh naik juga berat badan kita. -.-

Budak biasalah kadang-kadang nak makan apa kita nak makan tapi lepas tu tak habis (memang mintak kena cubit). Apa yang boleh kita buat, hanya dengan memberi makanan kepada anak sedikit demi sedikit supaya diorang makan tanpa membazir.

Leceh tu pasti, tapi takpalah sedikit pengorbanan untuk elak kita tambah kalori/karbohidrat tanpa sebab pula. πŸ˜€

Kurang Waktu Tidur

Nak dapatkan waktu tidur yang cukup bila ada anak ni boleh jadi tahap impossible namun ia tetap hakikat; tidur yang cukup akan memberi masa kepada tubuh untuk pulihkan sistem secara menyeluruh, berbanding kurang waktu tidur akan membuatkan kita cenderung untuk makan lebih dari biasa (khususnya dari sumber karbohirat seperti nasi), dari penghasilan hormon stress iaitu cortisol.

Kesan bila tidur tak cukup: metabolisme turun, berat naik. Sumber: https://jenniferskitchen.com/

Apa yang boleh kita buat ialah usahakan untuk dapat tidur cukup (bagi anak letih bermain waktu petang ka), dan ada can nak tidur awal ja terus buat. Lama-lama anak dah besar kita boleh dapat balik waktu tidur yang tertinggal tu.

Qada balik orang kata XD

Tekanan

Faktor ini semua orang maklum – tekanan akan menyebabkan kita cenderung untuk makan lebih daripada biasa. Sekiranya ibu-ibu ada alami tekanan hanya ini solusinya: ambil tindakan untuk selesaikan tekanan tersebut dengan cara yang sesuai, walaupun dengan solat sahaja sekalipun. πŸ˜€

Sumber: https://www.yoga-anatomy.com/

Makan Yang Tak Terkawal

Berkaitan dengan faktor tekanan juga, ataupun tabiat suka nak mengunyah dan suka makan ni (Shai begitu juga, suka tengok makanan sedap dan cantik-cantik hehe). kadang-kadang kita akan makan berlebihan pula dan itu yang menyebabkan pertambahan berat badan.

Ingat nak ambil sebiji ja karipap. Sekali sedap sangat terambik empat haha πŸ˜› Click To Tweet

Solusinya hanya kawal porsi pemakanan. Simple.

Ubatan Yang Diambil

Ubatan yang diambil juga boleh mengganggu selera makan dan boleh menyebabkan kita cenderung makan lebih dari biasa. Lagi-lagi jadi ibu, faktor hormon amat memainkan peranan dalam berat kita. Baca sini dan sini.

Contohnya ubatan yang ada steroid, ubatan untuk rawat kemurungan dan asma. Pastikan ubatan yang ibu-ibu ambil ada tak bagi kesan pada berat badan, kot-kot boleh ambil alternatif, atau lebih alert untuk berjaga-jaga dengan pemakanan.

Tak Aktif

Part ni tak boleh nak selindung lah tapi serius, bila kita tak aktif, berat badan akan naik. Simple. Dan nak jadi aktif ini bermaksud apa sahaja aktiviti yang dibuat yang kita bergerak dan menggunakan tenaga yang tinggi dari biasa dan contoh mudahnya, senamanlah.

*tau mesti part ni ibu-ibu mula terfikir β€œkena senaman jugak ke”

Tak semestinya, yang penting kita aktif, dan aktiviti kita buat pula menggunakan banyak tenaga. Cuma dengan senaman ini, ia bermaksud aktiviti tenaga tinggi yang digunakan pada masa terhad; di mana ada orang bersenam sejam, ada yang takat 30 minit, ada yang 5 minit ja dia sempat buat, dan boleh dibuat di rumah.

Lain orang lain definisi aktif padanya, dan mungkin menguruskan rumah dan keluarga pun dah cukup memenatkan. Cuma rule of thumb paling asas Shai bagi: kalau aktiviti yang kita buat selama ni tak menurunkan dan/atau maintain berat badan yang kita nak, maknanya kita perlu up sikit aktiviti harian kita agar boleh capai target tersebut.

Kalau aktiviti yang kita buat selama ni tak menurunkan dan/atau maintain berat badan yang kita nak, maknanya kita perlu up sikit aktiviti harian kita agar boleh capai target tersebut. πŸ˜‰ Click To Tweet

Dan aktiviti yang paling mudah, bersenam lah.:D Kalau tak, jogging di taman ka, berkebun ka, apa sahaja aktiviti yang buatkan kita berpeluh dan stamina meningkat, itu yang terbaik. Janji ada.

Banyak post senaman yang ada dalam blog ini, klik kategori β€˜senaman’ ni ja untuk bermula. πŸ˜‰

Kesimpulan

7 sebab ini antara feedback yang biasa Shai dapat dalam konsultasi coaching kurus. Ia isu umum dan terlalu kerap yang Shai rasa elok dijadikan dalam satu post ini. Jadi korang dah kenalpasti mana satu sebab (atau dua) yang buatkan berat badan naik, kita cari solusi sama-sama untuk dapatkan balik berat badan ideal yang kita nak capai selama ni. πŸ˜€

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri. Kita serupa je -.-



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: