Bolehkah Saya Berdiet Atkins Kalau Ada Gastrik?

Terfikir samada ada kalau korang boleh berdiet atkins kalau ada gastrik? Sebab sakit gastrik ni biasa berlaku dalam masyarakat kita – dijangka juga lah benda ni sebab ia berpunca dari pemakanan dan pastinya kalau korang mengalami sakit gastrik ni, terfikir apakah diet atau cara pemakanan yang sesuai sebagai satu usaha untuk mengurangkan skait gastrik yang dialami (atau sebab doktor dah suruh hehe).

diet atkins, sakit gastrik, gastrik berdiet, gerd,

Diet Atkins

Secara asasnya, korang tahu diet atkins ialah diet yang menggunakan prinsip pengambilan rendah karbohidrat dan tinggi kandungan protein (low carb high protein mat saleh panggil) dan beza atkins dengan diet rendah karbohidrat lain ialah ia ada rule dalam setiap level yang dinamakan sebagai fasa, umumnya macam dalam gambar di bawah ni.

Sumber: https://onedrop.today/

Fasa 1 makanan dia sekian-sekian, yang fasa 4 pulak sekian-sekian. Dan dari fasa 4 ini, korang ambil karbohidrat pun sekadar perlu ikut badan korang, sebab ia tak buatkan berat badan korang naik (melainkan ada isu kesihatan ke apa, kena adjust dulu).

Dan seperti diet rendah karbohidrat lain, terdapat banyak kebaikannya dan pada pandangan min sendiri, sangat sesuai untuk cara pemakanan kita yang tinggi karbohidrat (tak termasuk fast food, gula dan garam dan sebagainya) kerana karbohidrat yang berlebihan ini yang akan menambahkan berat badan kita.

*pastikan dulu diet rendah karbo ini sesuai untuk korang ya, ada yang untuk isu khas tak boleh amalkan diet jenis ini; yang min share ini untuk yang umum dan biasa2 dikalangan kita. 😀    

Klik sini untuk baca lebih lanjut kebaikan diet rendah karbo ya. Kalau korang nak penjelasan lebih lanjut tentang diet atkins, baca tulisan min di blog personal sini (masa tu tak terfikir nak tulis asingkan aspek kesihatan hehe).

Okeh, kita masuk jap topik gastrik.

Sakit Gastrik

Gastrik. Itu. Sakit.

Gastrik ini sakit berkaitan dengan sistem penghadaman, di mana asi perut yang dihasilkan telah berlebihan disebabkan kuman gastrik, dan dari situ segala macam sakit dan onar yang kita rasa.

Macam nak terbakar perut tu bila kena gastrik

Makan sikit salah, makan biasa salah, salah makan lagilah salah.

Lain orang lain tahap serius gastrik dia, dan pastinya lain pantangnya dan cabarannya juga. Dan untuk korang yang alami gastrik (tak kira teruk ke sikit ke lama ke) dan korang nak berdiet rendah karbo seperti atkins ni (mungkin doktor korang suruh diet ka), adakah ia sesuai dengan gastrik?

Masih Boleh Saya Berdiet Atkins Kalau Ada Gastrik

Ya. Sesuai untuk diamalkan.

Berdasarkan kajian2 yang min cari, diet rendah karbo (dalam artikel ni, kita khusus sikit tentang atkins lah) boleh mengurangkan simptom2 berkaitan asid berlebihan ni dan kesimpulan yang jelas boleh nampak kesannya.

Di mana mengamalkan diet rendah karbo ni, boleh kata kebanyakan makanan/minuman yang biasanya boleh trigger gastrik korang berpantang dari makan, dan ini membantu korang kurang sikit alami sakit gastrik, apatah lagi boleh mengelakkan ia dari jadi bertambah teruk.

Bagus kan?

Dan khususnya juga tentang pengurangan amaun karbohidrat yang diambil selepas mengamalkan diet rendah karbo ini, kajian lain ada menunjukkan perbandingan antara amaun karbo yang diambil, dan jelas kesan karbo (yang diambil berlebihan) menyebabkan simptom2 gastrik berlaku (perut sebu, panas n pedih, apatah lagi pedih ulu hati).

Kesimpulannya, karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan kesan gastrik/asid berlebihan lebih teruk.

Karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan kesan gastrik/asid berlebihan lebih teruk simptomnya. Click To Tweet

Dan mengurangkan pengambilan karbohidrat sehingga yang perlu sahaja, pun cukup untuk mengurangkan simptom gastrik ini dengan berkesan.

Penyelesaian Untuk Berdiet Atkins Kalau Ada Gastrik

Kesimpulannya, ya, korang boleh berdiet atkins kalau ada gastrik; hanya tinggal perlu pilih fasa mana, dan kemungkinan jenis makanan/minuman yang sesuai untuk gastrik korang.

Jangan lupa juga amalkan tips berikut sementara gastrik tu masih ada dalam korang tengah berdiet atkins ni, antaranya:

  • Lepas makan duduk sat agar tiada asid yang berlebihan tu, naik ke atas saluran esofagus – itu yang buatkan tekak rasa pedih
  • Makan sikit-sikit tapi kerap, agar slow2 buang lebihan asid tersebut
  • Elakkan makanan yang lulus atkins TAPI berpotensi trigger gastrik korang. Contoh korang nak berdiet fasa 4, boleh makan lauk pauk lebih sikit, jangan lah gatal makan sambal belacan ke apa. Boleh baca sini senarai makanan yang sesuai untuk gastrik, di blog personal min juga (nanti min pindahkan di sini dalam masa terdekat).
Sumber: http://naturelieves.com/
  • Banyakkan sayuran segar untuk neutralkan lebihan asid tersebut
  • Sebaiknya juga sementara ada gastrik, elakkan sekali senaman yang macam situps tu agar tak beri tekanan pada bahagian perut sampai asid berlebihan terkeluar naik atas

Korang yang ada gastrik lega lah sikit boleh amalkan diet atkins. Hanya kena lebih hati-hati sikit sebab asid berlebihan tu menggangu dan perlu dibuang dahulu.

Untuk bacaan tambahan, baca sini soalan yang biasa ditanya dalam proses diet.

Korang ada kenal sapa-sapa yang nak diet tapi tengah gastrik? Share di fb atau whatsapp ja link artikel ini dekat diorang ya. Mana tahu sama-sama membantu. 😀

Sumber: 1,2,3,4



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: