10 Tips Untuk Kekal Kurus

Selalu baca (atau alami sendiri) lepas kurus mesti datang balik berat badan kan? Adakah memang macam tu takdirnya, atau ada tips untuk kekal kurus, lepas tu maintain kurus juga?

tips kekal kurus, turun berat, diet kelaut

Ia tak mustahil. Memang boleh lepas kurus, kita boleh kekal kurus.

Tabiat: Tips Untuk Kekal Kurus

Dan ia datang dari benda paling-paling-paling asas iaitu tabiat kita. Membentuk tabiat baru dan/atau membuang tabiat lama adalah yang membezakan kita samada berat badan kita maintain selepas capai target, atau sebaliknya.

Ada kajian buat ni; dengan membina/membuang tabiat yang sihat (tapi tak berkait sangat dengan aspek weightloss) dalam rutin kehidupan mereka, didapati yang membina tabiat sihat memang boleh maintain berat badan ideal mereka, selepas dah capai target tersebut.

Dari situ secara tak langsung juga, ia bermaksud mereka dah anggap dalam aspek weightloss ni, lepas capai target berat bermaksud maintain cara pemakanan dan gaya hidup sihat; bukan lepas tu balun balik makanan sesedap perut ja.

Berapa ramai kita yang syok berat turun masa puasa, lepas tu naik mendadak lepas raya?

Jadi, apakah tabiat dan tips untuk kekal kurus?

Apakah Amalan Maintain Kurus Yang Boleh Ikuti?

Antara amalan yang korang boleh mulakan sebagai cara untuk turunkan berat badan, DAN maintain berat badan tersebut:

Pemakanan

Memilih makanan yang sihat itu sudah pasti. Dan rule umumnya adalah dapatkan sayuran, protein, dan lemak sihat yang mencukupi. Even sesimple macam ulam hijau dengan ikan bakar dan telur rebus pun dah cukup bagus.

Kenali diri dengan pastikan berapa portion nutrisi makro dan mikro yang korang kena ambil secara umum sebab ia bergantung diri, faktor kesihatan jugak (ada orang mungkin kena ambil lebih). Dan apa sahaja jenis karbohidrat putih dan gula dikurangkan/dielakkan terus.

Utamakan air masak berbanding air lain untuk kebaikan tubuh, dan memilih minuman yang juga jenis-jenis sihat macam teh hijau, teh o tanpa gula, air detoks dsbg.

Gaya Hidup

Sebolehnya maintain pace hidup korang se-aktif mungkin.

Jangan lemau memanjang tengok netflix ja. Usahakan bergerak sebanyak mungkin (seperti memilih berjalan jauh sikit ke tempat kerja, naik tangga berbanding lif, berjalan laju setiap masa), kurang-kurang 5000-10000 langkah sehari; senaman walau sekadar 5-10 minit; adakan satu dua rutin aktiviti yang korang kena bergerak (hiking ke, berkelah air terjun ke, even window shopping).

Baca sini: Idea untuk korang tak boshan masa rutin senaman simple ini, atau infografik senaman untuk yang beginner.

Apa sahaja, asalkan jantung korang degup aktif untuk maintain stamina. Ini yang akan bantu maintain metabolisme korang tinggi, dan seterusnya cepat cerna dan bakar lemak.

Kesimpulan

Itu ja. Senang kan?

Tips untuk kekal kurus tak susah mana pun. Tapi itulah yang kita lupa; dengan memikirkan diet tu sekadar satu fasa dan asbab untuk melantak lepas tu macam tahap balas dendam tu yang sampai bila-bila kita takkan maintain kurus. -.-

Bahaya tau berat naik turun macam yo-yo, ia akan melemahkan/menuakan sistem tubuh.

Jadi jom, lepas ni kita capai target kurus, dan kita kekal kurus yek?

Sumber: 1,2,



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: