Di Balik Tabir

Siapa Kami Di Balik Tabir Laman Ini?

Assalamualaikum dan apa khabar?

Saya Shai Ryan, admin, dan creative creator untuk laman mommysado.com. Asal laman ini dihasilkan ialah kerana terdetik satu idea untuk buat satu website yang khusus untuk kita-kita ni, iaitu ibu, wanita, dan (boleh juga) anak dara.

Untuk perempuan lah, senang cerita.

Ia datang kerana blog personal saya mommylotte.com, ada banyakkk artikel mengenai aspek kesihatan, diet, dan senaman – hasil daripada pengalaman menulis dalam niche tersebut lebih dari 5 tahun. Lama-kelamaan, haruslah kandungan pengisian di blog tersebut telah bercampur aduk dengan info-info lain.

Mungkin niat ini Allah redhai, segala urusan pembinaan laman ini dipermudahkan dan berjalan lancar. Sekadar tinggal masa nak menghasilkannya sahaja serta konsisten dengan info terkini, alhamdulillah.

Maka dengan itu, sebarang idea untuk menulis berkaitan dengan aspek kesihatan, kewanitaan, dan kurus (yang selalu korang tanya kita kan), Shai khususkan dalam website ni saja. Memudahkan rujukan dalam satu tempat sahaja.

Misi dan visi Shai diterjemahkan ke dalam Big Why ini, dan Shai percaya semua wanita tidak kira siapa ada hak dan peluang yang sama untuk kelihatan cantik, berkeyakinan, dan menarik mengikut citarasa tersendiri.

Kalau bukan kita dan diri sendiri, siapa lagi nak bantu kan?

Hubungi Shai

Setakat ini, laman media sosial yang boleh kita berjumpa secara maya adalah di akaun Facebook personal ini serta Facebook page rasmi mommysado.com, serta grup kurus yang Shai jaga (awal-awal bagitau, no iklan di sini).

Page ini juga akan di update dari masa ke semasa. Mohon doa korang agar laman ini boleh digunakan korang sampai bila-bila.

 


Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
%d bloggers like this: