9 Benda Pelik Yang Boleh Diminum Dengan Kopi

Benda pelik apa yang boleh ditambah dan diminum sekali dengan kopi aku ni? Relax..ia benda yang kita tak biasa tengok namun biasa ja ada dekat dapur rumah kita.

minuman kopi, kopi untuk kesihatan

Dan bahan ini pun mempunyai manfaatnya yang bagus untuk kesihatan kita. Kebaikan meminum kopi tak dapat dinafikan (terima kasih banyak-banyak lah pakcik Yaman yang jumpa minuman berharga ni) dan pada masa sama, tambahan benda ‘pelik’ ini pun boleh boost untuk kesihatan kita juga.

Apa yang Benda Pelik Yang Boleh Diminum Dengan Kopi Sekali?

Kolagen

Trend menambahkan kolagen ke dalam hidangan dan minuman (termasuklah supplemen kolagen dalam kopi tu) dan ia termasuklah kopi. Kolagen membantu bukan sahaja untuk kulit yang lebih anjal (dia baiki struktur bawah kulit dan topup kalau ada fiber kolagen yang sedia ada yang rosak) malah juga untuk membantu tulang dan sendi kita lebih lentur dan tak cepat lenguh.

https://www.perfectketo.com/what-is-collagen/

Kayu manis

Kayu manis sangat bagus untuk mereka yang ada isu dengan hati, jantung, malah stabilkan balik tahap glukos dalam darah (untuk yang kencing manis, biasa sangat dengan terma ni). kandungan antioksidan yang juga tinggi, sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh dan juga kulit korang.

*Kegemaran min, sebab ada rasa kayu manis ni buat rasa kick dekat minuman kopi. Try kisar kayu manis dalam bentuk serbuk, tambah secubit dalam kopi korang.

Biji buah pelaga

Buah pelaga dalam kopi buatkan minuman korang rasa pedas. Antara manfaat herba ini ia anti bakteria, membaiki tekanan darah, ulser, kanser, dan juga untuk kesihatan usus.

Baca lanjut manfaat buah pelaga sini.

redbookmag.com

Coklat

Ni bukan bermaksud korang boleh tambah satu sudu bukit coklat Cadbury atau order chocolate chip frappe tu. 😛 Coklat yang dimaksudkan adalah yang jenis coklat gelap (dark chocolate) yang takda gula tambahan; ia anti-inflamasi dan ada tinggi kandungan antioksida yang membantu untuk turunkan tahap glukos, stabilkan tahap kolesterol, dan juga darah tinggi korang.

Tambah secubit dalam kopi o tanpa gula korang untuk manfaat coklat. Rasa pun sedap gak 😀

Sumber: https://onmogul.com/

Minyak kelapa dan Santan Kelapa

Minyak kelapa tak dinafikan manfaatnya untuk kesihatan kita; rasanya sedap berlemak dan minyak tersebut mengandungi asid lemak yang bagus untuk kesihatan jantung kita, selain membantu untuk rasa kenyang dengan lebih lama.

Santan kelapa pula pengganti yang bagus kalau korang nak cut sikit pengambilan susu dalam harian (kot2 ada masalah kesihatan ka) sebab rasanya macam nutty dan whole milk pada masa sama (ala-ala krimer gitu).

Halia

Hirisan satu dua halia ke dalam minuman kopi o (atau dalam bentuk serbuk pun boleh) membantu untuk melegakan perut sebu, hidung tersumbat, dan kelegaan satu tubuh. Tambah sikit demi sedikit ya; terlalu banyak halia jadi kopi korang pedas berangin pulak.

Mentega

Menambah mentega ke dalam kopi ni popular dari resipi Bulletproof Coffee kerana ia membantu untuk bagi kita lebih tenaga, meningkatkan fungsi dan fokus otak, serta membantu dalam proses kurus (minuman ni sangat popular di kalangan yang amalkan diet ketogenik atau diet rendah karbo yang lain).

Hanya tambah satu sudu kecil mentega ke dalam minuman kopi korang dan take note ya: mentega ni jenis yang organik tau. Buttercup tak kira 😛

Sumber: http://thewhoot.com.au/whoot-news/diy/bulletproof-coffee

Oat

Menambah oat dalam minuman kopi korang kira sarapan terbaik juga sebab ada kafein sedikit untuk meningkatkan sistem kita untuk lebih alert, oats pula mengandungi serat dan pelbagai mineral untuk permulaan hari. Tip: min rekomen tambah sekali kayu manis untuk balance perisa dengan kopi. Nak lagi power, tambah sikit je santan untuk rasa berlemak. 😉

Antara 9 benda pelik yang disenaraikan ini, mana yang korang nak cuba dulu dalam kopi korang? 😀

Share post ini untuk manfaat kawan-kawan yang suka minum kopi ya.

Sumber: 1,2,



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.