8 Senarai Resipi Stir Fry Sihat Yang Boleh Dicuba

Resipi stir fry ini adalah antara yang popular sebab senang nak disediakan, lagi-lagi dalam proses nak kurus ini; hanya potong, campak, dan masak. Dalam post ini Shai kumpulkan senarai resipi stir fry sihat, yang korang boleh cuba.

resipi mudah, kurus, turun berat, resipi diet, diet bajet

Tips Membuat Resipi Stir Fry Yang Sihat

Perkara asas dalam stir fry ini ialah ia jenis lauk yang bukan basah tau; kalau nak berkuah pun takat sikit je. Kalau tak dipanggil kuah sekian-sekian lah. Ia resipi mudah sebab cepat disediakan hasil dari potongan bahan yang kecil untuk menjadikannya cepat masak, dan ia jenis resipi yang versatil di mana segala jenis bahan masakan korang boleh campak dan masak, iaitu:

  • Minyak
  • Sumber protein seperti ayam (standard lah ni), telur, udang
  • Perisa seperti sos tiram, kicap, sos ikan, dan juga rempah ratus dan herba
  • Sayuran yang biasanya jenis keras jadi pilihan seperti timun jepun, kacang buncis, bawang putih, lada benggala dsbg (petai? Hehe)
  • Bahan tambahan seperti chia seed, kacang, parutan limau dsbg

Kuncinya, adalah cari kombinasi bahan yang sesuai untuk menjadikan lauk stir fry korang tu sedap

Cari kombinasi bahan yang sesuai untuk menjadikan lauk stir fry sedap Click To Tweet

Sebab dari pilihan kombinasi ini juga, korang boleh kawal bahan apa nak letak, dan boleh jadikannya resipi yang sihat dan sesuai untuk sihat dan juga untuk berdiet.

Tip: nak masak stir fry guna minyak yang sesuai ya. Contohnya seperti minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari, minyak jagung ka. Minyak zaitun hanya yang jenis bukan extra virgin sebab tak tahan panas < takut ada spark api naik pula, jadi cerita lain.

Berikut adalah contoh resipi stir fry yang korang boleh cuba. Shai kongsikan dalam bentuk video sebab senang nak nampak 😀

Contoh Resipi Stir Fry Yang Sihat

Ayam/Daging


Chicken & Veggie Stir-Fry: resipi paling asas

Lemon Chicken And Asparagus Stir-Fry : ni best, Shai ganti lemon dengan limau kasturi. Sitrus jugak kan 😀

Weekday Meal-prep Chicken Teriyaki Stir-fry: Ni sebab Shai suka buat stir fry; boleh masak sekaligus dan simpan. Senang

Beef And Broccoli Stir-Fry

Seafood


Shrimp Stir-Fry 4 Ways

Sayuran/Vegetarian


Sweet Potato Stir Fry

Tofu Stir Fry

Yang ni pula resipi yang boleh buat dalam 4 jenis. Senang kan?

Korang suka resipi stir fry yang mana? 😀 Ada idea resipi share di komen ya.

Pakat2 share dengan kawan2 untuk resipi 😉

*Sumber video dari sini.

Resipi stir fry, adalah resipi campak dan masak 😛 Click To Tweet



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.