Punca Berat Badan Statik Berlaku Bila Berdiet

Ada beberapa punca berat statik yang kita kena alert agar bila ia berlaku, kita tahu macam mana ia datang, dan (haruslah) apa yang kena dibuat agar kita boleh skip fasa tersebut. Sebab apa, kalau dah statik, kita berpantang diet macam mana pun, berat tetap tak berubah untuk kita capai berat target kita. Kan leceh tu?

berat statik, punca diet statik, berat tak berubah,

Juga dikenali sebagai weight loss plateau, ia satu fasa yang digeruni orang yang berdiet sebbab sedikit sebanyak tengok berat tak berubah, pinggang tak makin slim boleh buat frust juga.

Punca Berat Statik Berlaku

Dalam peringkat awal berdiet, kebiasaanya berat badan akan turun dengan mendadak dari hasil pembuangan toksin dan berat air yang berlebihan, serta lemak. Jadi kalau berat turun laju masa minggu-minggu awal tu normal.

Kerana apabila korang kurang makan (dan seterusnya kurangkan kalori), tubuh memerlukan tenaga dan ambil stok tersebut dari glikogen, sejenis karbo yang disimpan dalam otot dan juga hati. Jadi glikogen ni bila dibakar untuk tenaga, ia akan hasilkan air, yang air ni juga dikeluarkan dari tubuh.

Lama-kelamaan, kita akan hilangkan sebahagian jisim otot dan lemak dalam proses kurus ini (memang macam tu pun, sebab tu masa berdiet kena ambil kira sumber pengambilan protein lebih sikit) dan ia juga menyebabkan metabolisme kita menurun.

Dah metabolisme menurun, kuranglah tenaga nak dibakar, ye dok. Dah kurang tenaga dibakar, dan kita memang kurang makan, jadilah berat statik.

Sebab tubuh kita diprogramkan untuk tak nak turunkan berat badan (cisss) sebagai satu langkah dalam ‘survival mode’ dia. Jadi kalau dia sense kita kurang makan, cepat2 tubuh kita akan trigger warning untuk simpan makanan tersebut sebagai sumber tenaga dan untuk berjaga-jaga kot2 kena berlapar dalam beberapa masa.

Malah, tubuh kita juga ada suatu ‘set point’ sebagai had untuk kita turunkan berat badan, jadi lepas diet pun, berat takat tu jugak.

Agaknya sebab ni keadaan zaman dahulu, kita kurang sumber makanan yang dah program kekal dalam tubuh, dan menurun dalam keturunan kita.

Baca sini: tanda-tanda metabolisme korang menurun. Kalau dah slow memang susah nak turunkan berat tau.

Situasi berat statik ini bergantung kepada apa yang korang lalui juga, namun ada beberapa sebab yang menyebabkan statik tu berlaku. Cer tengok, mana satu korang punya?

Faktor Berat Statik Yang Mungkin Dialami

Keletihan

Antara faktor utama yang kita alami ketika berat statik ialah keletihan yang melampau. Iaitu mungkin keletihan yang amat dari bekerja seharian, bangun awal, sampai bersenam kuat waktu petang, 5 hari seminggu.

Tu memang tahap letih yang dimaksudkan, yang menyebabkan berat statik berlaku (tapi haruslah, korang sendiri tahu letih korang macam mana jugak).

Jadi untuk elakkan plateau ni adalah jangan memaksa diri: kalau dah seharian penat tu, takpa lah nak skip bersenam. Atau korang kurangkan strength training 4x seminggu k, 3 hari lain workout rilek2 macam jalan dekat taman ka. Gitulah.

Take note juga, stress dan keletihan berkait antara satu sama lain. Jadi elakkan keletihan melampau, elakkan stress berlebihan juga. 😀

Kelaparan

Yang ni pun boleh menjadi punca berat korang takat tu ja. Di mana bila korang mula turunkan berat badan, tubuh akan mula react dengan nak korang makan banyak – masa tu lah mengidam nak coklat, nak melantak kepsi, atau green tea ice cream family mart tu.

Ia normal dan biasa ja berlaku. Kuncinya adalah korang pastikan ketika perut memberontak nak makan pun, korang hanya makan makanan yang dibolehkan dalam diet sahaja.

Diet kelaut

Faktor ini akan berlaku selalunya selepas korang nampak berat korang menurun, dan korang cepat-cepat makan seperti biasa. Contohnya beriya diet telur rebus dalam 3 hari, berat turun 3 kg, esoknya terus makan nasi kandar melepas geram.

Acano nak kurus gitu. XD

Itu yang menyebabkan berat badan korang naik turun naik turun takat situ ja. Hati-hati tau, berat yo-yo sebegitu akan melemahkan tubuh dalam jangka panjang.

Baca sini: Apa kena buat kalau diet korang kelaut.

Mengamalkan Rutin Senaman Yang Kurang Tepat

Senaman tu tak salah, hanya silap kita dalam memilih rutin dan jenis senaman agar penurunan berat badan berlaku dengan berkesan.

Komponen utama senaman iaitu kardio dan strength training perlu sekali bersama-sama, kalau tak ia tak akan balance (min personally anggap, result tak cantik lah) jadi perlunya korang pastikan rutin senaman yang korang buat dalam seminggu, ada kedua-dua komponen ini.

Senaman kardio memanjang memang boleh kurus, tapi jisim otot pun hilang sekali dan seperti yang dikongsikan sebelum ini; jisim otot kurang = kadar metabolisme juga berkurang.

Sini ada post-post berkaitan dengan senaman, baca sini untuk dapatkan gambaran dan info bagaimana nak buat rutin senaman yang bagus untuk korang. 😀

Workout Satu Masa Sahaja

Yang dimaksudkan di sini adalah ketika workout, korang mungkin bersungguh-sungguh ikuti rutin senaman, tapi masa kat rumah, di tempat kerja korang tak kekalkan pergerakan aktif sekali.

Workout kurang dalam sejam berbanding rutin luar workout (di rumah, di tempat kerja, waktu tidur) dalam 12-16 jam rehat tak seimbang juga, dia counter balik kebaikan yang korang (penat) dapatkan dari workout.

Kesimpulan

Antara faktor dan punca berat statik yang disenaraikan di sini, yang mana korang ada buat? Jika ada, kemungkinan itulah yang menyebabkan berat korang statik dan tak berubah penimbang tersebut.

Sumber: 1,2



1 thought on “Punca Berat Badan Statik Berlaku Bila Berdiet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.