5 ciri-ciri orang yang dah kurus, maintain kurus

Siapa tak nak kalau dah capai target berat badan, akan maintain dengan berat badan tersebut? Namun yang membezakan orang dah kurus dan kekal dengan berat badan tersebut, berbeza dengan orang yang dah kurus lepas tu berat dia naik balik. Baca lanjut untuk tahu sebab apa.

Nota: kalau berat badan naik sebab mengandung ke, hormon ke, sakit dsbg tu lain lah ya. Ia isu khusus yang memerlukan tambahan perkara lain untuk dilakukan untuk maintain kesihatan kita. So, no pressure 😉

ciri-ciri orang yang kurus, maintain kurus, tips kekal kurus

Straight to the point, apakah ciri-ciri orang yang dah kurus DAN maintain kurus yang buat.

Ciri-ciri orang dah kurus, dan kekal kurus

Tahu yang pemakanan sihat adalah untuk selamanya

Bila mereka mula dan dah beberapa lama mengamalkan pelan pemakanan untuk turunkan berat badan ni, mereka tahu dan sedar betul yang pemakanan sihat ni bukan untuk sementara nak capai berat badan target sahaja.

Tapi untuk selamanya.

Gaya hidup sihat orang kata. Dengan mengamalkan pemakanan sihat adalah cara untuk buang lebihan berat yang tak diperlukan tubuh (iaitu lemak dan berat air) serta teru amalkan healthy diet plan tu untuk maintain berat badan sihat setelah dicapai.

The work never stops bak kata The Rock

Dan ia akan berkait dengan point yang kedua ini pula.

Diet sementara tak akan ke mana

Orang yang tahu dan akui yang mengamakan diet sihat secara kekal tak akan terikut2 dengan diet sementara atau produk kurus melulu. Sebab tahu berat yang dibuang hasil diet sekejap dan/atau produk tersebut nanti akan naik balik lepas dah tak gunakan. Malah, ia selalunya akan naik mendadak hasil daripada tubuh yang ‘protes’ waktu berpantang menggila.

Sebab tu biasanya lepas puasa berat yang dah hilang akan naik balik lepas raya kan?

Diet sementara selalunya tak sihat untuk diamalkan untuk jangka panjang (sebab tu diet atkins fasa 1 pun tak boleh lebih 6 bulan untuk diamalkan) manakala poduk kurus hanya sebagai booster jika digunakan dengan betul. Yelah, banyak ke duit nak adakah bajet produk kurus sampai mati nanti?

Kita jadi realistik sedikit, dengan tekankan dulu pemakanan sihat yang sesuai dengan kapasiti diri, baru fikir nak beli produk kurus ke apa, bengkung apa dsbg.

Mengenal diri dan keupayaan diri

Macam min cakap tadi, tentang pemakanan sihat yang sesuai dengan kapasiti; mengenal betul-betul keupayaan diri adalah penting dalam aspek kurus ni.

Lain orang lain caranya. Lain orang lain genetiknya untuk kurus.

Tu ada orang mentedarah pun maintain kurus, ada yang makan secoet nasi kandar pun dah naik macam dipam (untunglahhhh).

Jadi kenalpasti diri juga: apakah kita jenis cepat naik, jika ya sebab apa. Ada tak masalah kesihatan sebelum nak buat diet sekian-sekian?

Sekali-sekala nak reward diri dengan comfort, surgary foods tak salah

Sambil-sambil nak accept the fact that healthy diet is something of permanent, sekali-sekala nak reward diri tu apa salahnya. Mereka yang maintain kurus tahu mereka boleh merasa serba sedikit makanan yang jenis comfort foods ni untuk melepas gian, tapi bukan sebagai kewajipan. 😉

Makanan tak sihat ni untuk melepas gian, tapi bukan sebagai kewajipan.

80% makan sihat dan 20% makan yang kureng sihat, apa salahnya.

Senaman adalah komponen wajib, mesti dibuat dengan konsisten walaupun sedikit

Mengelak lah macam mana pun, aspek senaman juga ditekankan dalam proses DAN maintain kurus ini walaupun nisbahnya takat 20% sahaja.

Bukan suruh korang kena beli membership gym pun – kuncinya adalah aktif, dengan mana-mana rutin senaman yang sesuai dengan diri.

Walaupun sekadar overhaul kemas rumah, berjalan kaki jauh sedikit ke tempat kerja, naik tangga dari naik ekskelator/lif (lagi2 takat setingkat je) pun dah satu permulaan bagus.

Nah, klik link sini untuk rutin senaman bagi yang baru pertama kali nak bermula, atau tips nak plan rutin senaman sendiri. Buat je seminggu, korang tengok kesannya macam mana.

Kesimpulan

Ciri-ciri ini korang naturally akan dapat, selepas mengamalkan diet dengan konsisten. Bila dah amalkan pelan sihat ni dengan bersungguh-sungguh korang akan dapati proses kurus ni tak susah mana sebab boleh adjust ikut diri.

Kuncinya: konsisten.

Sementara dalam proses kurus ini, dapatkan berat badan ideal dengan amalkan diet n senaman yang betul n lihat macam mana korang improve diri dengan lebih balik.

Korang masih berdiet nak kurus, atau dah capai target dah? Apa rahsianya cer citer 😀



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


%d bloggers like this: