Berapa lama kesan bertangguh bersenam sampai hasil hilang?

Nak kata ada yang konsisten senaman setiap masa sampai dia mati rasanya tak pernah dengar lagi (rekod terbaik mungkin The Rock lah kot), tapi secara realistiknya memang ada masa yang kita terpaksa berhenti bersenam sebentar dan ia sesuatu yang normal. Yang penting asalkan kita tahu apa akan jadi bila rutin tersebut berhenti sementara waktu, kita tahu apa yang akan dijangka.

tips bersenam, senaman, kurus

Yang penting asalkan kita tahu apa akan jadi bila rutin tersebut berhenti sementara waktu, kita tahu apa yang akan dijangka.

Baca sini: Boleh ke saya nak diet sekejap je?

Kesan bertangguh senaman pada tubuh

Untuk rutin kardiovaskular

Kalau baru beberapa hari takda masalah dengan stamina yang telah dikumpulkan selama ni, melaikan kalau lama sangat sampai 2 minggu; masa tu kesannya akan kelihatan dan korang rasa macam cepat semput.

Haruslah, ada beza masa yang diambil antara yang bersenam kardio 2 minggu dengan yang 2 tahun – yang 2 tahun ni lagi lama untuk nampak kesannya sebab badan dah diprogram sekian lama. Kalau baru ja bersenam lepas tu stop memang cepat menurun kadar stamina korang.

Untuk rutin strength training

Ketahanan dan kekuatan otot korang akan cepat berkurang, di mana korang juga akan rasa cepat semput dan lenguh apabila sambung balik rutin yang sama.

Tapi jangan risau; jika korang dah lama buat rutin senaman jenis ini biasanya cepat nak dapatkan balik stamina yang dah hilang (sebab kita ada yang dinamakan muscle memory), berbanding yang baru memulakan senaman dan berhenti untuk masa lama, memang lambat lah nak catch up balik.

Jadi, kalau nak sambung semula, nak tak nak kena mula balik dari rutin senaman yang ringan/alat angkat berat yang biasa-biasa dulu nak bagi otot badan warm up balik.

Untuk saiz otot (jika korang tumpukan bulk building), untuk mereka yang dah lama bersenam fokus aspek ini lambat nak nampak kesan otot tersebut hilang – iaitu definisi dan jumlah otot masih nampak – sehingga 3 bulan gitu.

Tapi, ia tetap berlaku juga ketahanan dan kekuatan otot berkurang seperti yang disebutkan tadi.

Untuk fleksibiliti

Yang ni akan cepat sangat turun kadar fleksibiliti tubuh korang kalau dibiarkan lama tak kira yang baru atau yang dah bertahun buat. Sebab idealnya, kena buat setiap hari sekurang-kurangnya 5 minit gitu untuk bahagian otot utama tubuh (tangan, kaki, perut).

Cuma unik apsek ini, nak dapatkan balik fleksibiliti yang hilang pun senang juga. 😀

Kesimpulan

Ni bukan bermaksud korang dah bersenam sekian lama lepas tu boleh stop macam tu je – sebab senaman idealnya buat dengan konsisten ikut kapasiti diri.

Ini sekadar nak bagi gambaran untuk mereka yang terpaksa hentikan rutin senaman untuk sebab-sebab tertentu (kalau ada kemurungan serius ke, eksiden patah tulang ke, macam tu lah).

Teruskan konsisten senaman ya!

Baca sini juga: tips orang yang maintain kurus

Alang-alang ni jom share; korang berapa lama dah tangguh senaman? Min pernah ja 6 bulan buat derk hehe..macam namatey nak buat balik. XD

Sumber: 1, 2



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.