Tips Mudah Membuang Berat Air

Biasa kita dengar orang yang berjaya turunkan berat badan dengan cepat adalah berat air yang dibuang kan; sebab walaupun badan kita ada 70% air sekalipun, berat air yang dimaksudkan adalah yang berat berlebihan yang buat kita membuncit tu. Dan tak perlu sebenarnya lebihan berat air tersebut.

membuang berat air, water retention, fluid

Keadaan yang dinamakan sebagai water weight ini asalnya tak bahaya apa pun dan biasany esok ia akan hilang. Namun bila ia ia serius ia boleh menyebabkan beberapa isu kesihatan kepada organ khususnya ke jantung atau buah pinggang kita – ni yang kita kena jumpa doktor dengan segera.

Punca Berat Air Berlaku Dan Penyelesaiannnya

Garam Dan Karbohidrat Yang Diambil Berlebihan

Garam akan ‘pegang’ air dalam badan kita manakala kalau karbo kita ambil berlebihan tu kan akan disimpan sebagai glikogen kan, yang glikogen ni lah yang akan ‘pegang’ air pula. Ceh.

Jadi apa perlu kita buat?

Kurangkan pengambilan garam (gantikan dengan makanan yang tinggi kalium) dan ambil karbohidrat sekadar perlu sahaja. Simple. Selain pastikan korang ambil air masak (serta makanan yang tinggi kandungan air) dengan mencukupi.

Perubahan Hormon

Isu ini biasanya berlaku di kalangan wanita tapi untuk lelaki juga boleh berlaku (diorang pun ada hormon juga). cuma untuk perempuan, ia masih aspek besar sebab faktor hormon ini amat mempengaruhi hidup kita dan keadaan hormon utama ini ialah bila datang bulan, waktu mengandung, melahirkan, dan juga waktu menopause.

Yang ni tak boleh nak elaklah bagi kaum perempuan sebab bila datang bulan tu maksudnya hormon pun haru-biru jadi berat air ni bertambah dan duduk dalam badan kita (dipanggil fluid retention).

Pengambilan ubatan hormon juga memberi kesan, di mana yang orang kata berat badan naik sebab lepas makan pil perancang tu, salah satu beratnya juga adalah berat air. Jika pil perancang menyebabkan korang ada water retention, tanya doktor korang boleh tukar tak, atau gunakan cara lain untuk counter kesan tersebut.

Baca sini: bagaimana hormon mempengaruhi tubuh kita di post2 khusus tentang hormon ni.

Tekanan

Ni pun berkaitan dengan hormon juga tapi min asingkan sebab ia berkait dengan aspek lain iaitu tekanan, di mana tekanan/stress itu menyebabkan tubuh menghasilkan hormon cortisol (yang masih ada fungsinya tersendiri) dan hormon ini juga menyebabkan berat badan air naik.

Psst…Cortisol ni pun boleh buat perut buncit mendadak tau.

Ubatan

Umum kita tahu pengambilan ubatan juga akan menyebabkan side effects dan berat air naik juga adalah salah satunya. Pastikan dengan doktor korang kalau ubatan diambil apakah kesan sampingannya jadi korang boleh cari jalan untuk counter balik.

Aliran Darah

Yang ni biasalah – aliran darah tersekat pastinya akan menyebabkan aliran air tersekat juga dan isu ni berlaku kepada semua orang.

Sebab injap dalam salur darah dekat kaki (untuk halakan aliran darah pada satu arah) dia menurun sedikit jadi darah yang lalu tu berkumpul satu tempat, menyebabkan aliran tersekat.

Cuba berurut bila ada berat air yang berlaku atau rasa sebu, nanti elok lah balik nanti (siap buang angin sekali). 😛

Tambahan Penyelesaian Membuang Berat Air Berlebihan

Bersenam amat2 berkesan membuang lebihan air yang ada sebab dia macam kesan sama seperti berurut – korang tarik dan tekan otot2 ketika workout dan ia akan tolak keluar aliran darah yang tersekat.

Dan pastikan juga korang tidur dengan mencukupi – memberi masa untuk tubuh detoks sepenuhnya dan ini termasuk dengan membuang keluar lebihan berat air yang ada dalam badan tu.

Korang biasa alami isu berat air berlebihan ni? Apa yang biasa korang buat untuk ‘perah’ keluar air lebihan tersebut?

Sumber: 1, 2, 3



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.