Kulit menggeleber selepas kurus tak nanti?

Ni mesti antara isu yang korang terfikir kan? Ye lah, apa jadi dengan kulit jika menggeleber selepas kurus nanti? Mana tak nya, bila badan dah makin slimn, ap[a jadi dengan kulit yang berlebihan tu nanti?

kulit menggeleber, turun berat

Mengapa keadaan kulit menggeleber selepas kurus berlaku?

Isu ini berlaku lagi2 kepada yang kurus secara mendadak, contohnya yang lalui pembedahan bariatric yang untuk turunkan berat badan secara laju dalam masa yang singkat, sampai kulit tak sempat nak adjust kecut semula dengan secukupnya.

ni bukan harapan ye; doktor hanya bagi kalau betul2 memerlukan baru boleh nak surgeri ni

Bila kulit kita meregang sampai maksimum, ia akan tertarik sampai ia hilang sifat kekenyalan dia dan kulit tersebut tak boleh nak kecut balik seperti sedia kala. Umpama getah jugalah, korang tarik habis2 lepas tu bila dilepaskan dia macam kendur kan? Macam tu lah kulit kita.

Macam yang kiri sekali tu. Sumber

Dan isu ni berlaku pada setiap kali kulit tak tampung berat (iaitu, weightloss) dan kesannya ketara kalau korang turun berat secara mendadak dengan banyak. Contohnya kalau 20kg dalam sebulan kadarnya.

Dan faktor ini akan menjadi lebih ketara jika berlaku penurunan berat mendadak ni pada waktu korang dah berusia berbanding waktu muda, di mana tahap kenyal (elasticity) kulit masih utuh berbanding bila dah tua struktur fiber kolagen pun banyak dah putuih.

selingan jap: jadi nak kurus tu, cepat2 lah buat masa muda dan kulit tu kuat lagi.

Kulit menggeleber ni memang tak cantik lah nak tengok. Tapi yang tak elok tu kulit di mudah untuk melecet, nanti tak selesa pula.

Habis tu, bagaimana nak buang kulit menggeleber tu?

Kalau isu serius sangat, surgeri lah jawapannya. Di mana doktor akan potong lebihan kulit tersebut secara strategik dan jahit semula; memberi ruang kepada tubuh untuk pulih secara alami, dengan kulit yang sesuai dengan berat badan terkini.

Dan rawatan ini dianggap sebagai yang terbaik dan kesan yang cepat berbanding rawatan yang tak memerlukan pembedahan seperti rawatan radio frekuensi untuk bantu tubuh hasilkan banyak2 kolagen untuk ketatkan semula kulit dari dalam.

Kalau lah benda gini menjadi…. ๐Ÿ™

Untuk isu yang tak berapa serius, baca selanjutnya.

Boleh saya kecutkan kulit menggeleber selepas kurus nanti?

Kunci untuk elak isu ini pastinya adalah dengan penurunan berat secara berkadaran, seiring dengan tubuh sempat nak kecutkan kulit tu sekali. Contoh sebagai anggran, kalau 5-8kg sebulan tu kira ok dah tu.

Dan nak tambah hasil yang lebih baik, jaga kulit tu sekali. Lihat rawatan radio frekuensi yang disebutkan tadi, tujuannya untuk hasilkan kolagen kan? Jadi nak elak kulit menggeleber selepas kurus nanti banyakkan makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen sekali.

Macam yang dalam infografik ini, ia boleh digunakan sekali untuk berdiet, lagi2 yang salmon tu ๐Ÿ˜‰

Bersenam secara menyeluruh juga boleh membantu sebab ia akan bina otot dengan kuat dan secara tak langsung akan tarik kulit dari dalam untuk kecutkan. Dan juga pendapat min sendiri, adalah memakai bengkung (kalau kulit menggeleber tu di perut) untuk latih kulit kecut ke dalam.

Kuncinya, senaman jenis strength dan toning

Kesimpulan

Jangan pula korang rasa pointless nak turunkan berat lepas baca post ini. Tapi nak ambil kira faktor lain secara realistik, dari nak ‘wow’ dengan yang turun sampai 10kg seminggu, ni sisi lain dalam weight loss yang korang kena fikir sekali.

Sebab kita nak kurus, kita mestilah nak maintain kurus ye dok ๐Ÿ˜‰ Ni yang min tekankan sangat2, seperti dalam panduan yang disediakan ni.

Semoga membantu ya. Kalau korang ada pernah alami isu kulit menggeleber selepas kurus ni, share lah di komen ya ๐Ÿ˜€

Sumber: 1, 2,

Bacaan lain:



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.