Guna produk kurus dalam diet. Wajib ke?

Salah satu benda yang sinonim dengan proses kurus di sini adalah penggunaan produk kurus dalam berdiet. Penting ke produk ni sebenarnya bila kita nak start diet2 ni?

produk diet, cepat kurus

Apa yang dimaksudkan produk kurus

Produk kurus yang dimaksudkan boleh bawa kepada maksud yang umum, yang mungkin boleh dari vitamin dan mineral yang kita ambil, bahan-bahan tertentu yang biasanya kita ambil dalam bentuk makanan, ke diet kita, treatment khas yang disediakan di beauty center (macam liposuction, fat freeze treatment tu) atau yang harusnya, produk kurus yang dijual secara komersil di online.

Baca sini: fat burn dari dapur

Yang part last tu yang buat orang akan terfikir, adakah sampai ke tahap wajib nak dapatkan produk tersebut baru boleh mula berdiet?

Perlu ke nak guna produk kurus dalam diet?

Pendapat min simple ja. Bergantung dan ia bukan sesuatu yang wajib.

Sebab produk ni sebagai booster ja dan makanan yang kita ambil tu faktor yang utama dalam proses kurus. Kalau tak jaga makan tapi bersenam macam gila pun tak jadi jugak, tapi kalau jaga makan tapi tak bersenam badan takat tak cantik ja tapi boleh turunkan berat lagi.

Apatah lagi produk kurus – kalau makan tak berjaga tapi produk kurus telan ikut waktu tak jalan jugak (not sustainable mat saleh kata). Duit habis dekat produk satu hal, ia juga tingkatkan risiko kepada kesihatan secara menyeluruh sebab tubuh tak boleh nak lawan faktor penyebab kesihatan kita menurun, contohnya kekuatan/kapasiti jantung lah.

Melainkan korang bukan berdiet, korang nak kurus dengan produk kurus dan ada banyak fulus. Gituuu…

Ini berbeza dengan produk kurus yang korang ambil berbentuk multivitamin atau protein powder tu – bahannya dipastikan selamat mengikut piawai dah dan yang tinggal hanya kuantiti/dos yang diambil bersesuaian dengan kondisi kita.

Satu point berkaitan, pengasas diet Atkins sendiri galakkan ambil multivitamin sewaktu berdiet (lagi2 waktu fasa 1) sebab tahu waktu tu tubuh akan rasa terbeban sangat jadi tambahan sumber luar berbentuk booster akan membantu kita berdiet dengan optimum (lebih gagah lah orang kata).

Jadi kita boleh lihat di sini, diet tu sebagai benda pertama yang kita perlu tentukan baru topup dengan produk kurus jika perlu.

Apa yang perlu kita buat,

Sentiasa ingat komponen utama dalam proses kurus/gaya hidup sihat ni, makanan yang kena jaga, di ikuti rutin2 aktif (senaman). produk kurus kalau diambil mungkin boleh jadi  keperluan atau sekadar kehendak ja. Jadi penting kalau kita semak dulu bahan2 yang terkandung dalam produk tersebut diperlukan ikut diet kita, selain keselamatan bahan2 tersebut.

Mana taknya, berapa banyak kes orang semput n sesak nafas sampai masuk ke ICU ambil produk kurus, tau2 bahan dalam tu bahaya giler dan hanya diberikan ikut arahan doktor ja (maknanya bahan tu kita orang awam dah ambil secara illegal).

Mintak jauhlah kita jadi sebahagian statistik tersebut ya.

  1. Pastikan diet jenis apa yang korang nak amalkan
  2. Lengkapkan proses kurus tu dengan rutin senaman (yang ni min akan tekankan untuk sapa2 yang nak konsultasi ye)
  3. Ada produk kurus yang berkenan, semak dulu bahan dan kesesuaiannya

Kesimpulan

Itulah pendapat min dalam penggunaan produk kurus. Min ada guna tak? Ada ni ha…

Minyak zaitun, teh hijau, dan air lemon. Amacam?

Sebab proses buang lebihan berat ni adalah alami, jadi nak turunkan pun kena alami juga, sebab turun mendadak, akan sebabkan berat naik mendadak juga.

P/S; tu dalam panduan Weightloss Workbook team kami sepakat tak include produk kurus dalam program, sebab ia jadi satu faktor tambahan nak kira dalam berdiet. Tapi kalau korang dah ambil dan merancang nak guna dengan panduan tu kalau boleh, boleh ja nak discuss/konsultasi sekali takda hal. 😀



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.