Kaedah Memasak Yang Sihat

Kita tahu aspek makanan mainkan peranan majoriti dalam proses kurus kita. Dan pada masa sama kaedah memasak yang kita gunakan juga mainkan peranan sebab ia akan berikan kesan kepada nutrisi dalam makanan tersebut. Jadi kaedah memasak yang sihat yang mana sesuai untuk berdiet ni?

Sebab memasak ni menggunakan tenaga haba, dan ia boleh buang keluar hampir 20% nutrisi dalam makanan, lagi2 yang jenis senang meruap seperti vitamin C (sebab tu ada supplemen vitamin C jenis buffered, sebab dia senang oxidize. Atau serum vitamin C korang dalam botol legap untuk sebab yang sama).

Namun ada ja makanan yang lebih baik dimasak seperti lobak yang bila dimasak akan membantu keluarkan nutrisi dari dalam dan memudahkn penyerapan nutrisi tersebut ke tubuh.

Baiklah, kaedah makanan mana yang bagus untuk kesihatan?

Pilihan Kaedah Memasak Yang Sihat

Microwave

Beberapa kajian menunjukkan penggunaan microwave untuk memasak adalah salah satu pilihan terbaik sebab kurang gangguan kepada nutrisi dalam makanan, lebih kurang sama dengan penggunaan oven.

Tambahan pula dengan kaedah ini boleh kata hampir semua jenis makanan boleh dimasak dengan microwave.

Rebus/Air Mendidih

Kaedah ni hanya menggunakan air yang di didihkan cuma kurangkan kaedah ni tak sesuai untuk makanan yang tinggi kandungan vitamin jenis larut air (seperti vitamin C), boleh kata hampir 70% vitamin jenis ini hilang macam tu ja.

Melainkan korang nak didihkan sayuran yang nutrisi nya dikeluarkan melalui haba seperti lobak, yang kandunagn beta carotene bertambah selepas dimasak.

Kaedah yang lebih kurang sama dengan pendidihan adalah poaching, iaitu air yang digunakan adalah rendah sedikit dari 100C

Contoh poaching untuk telur

Kukus

Kaedah ini sangat bagus dan korang boleh kukus hampir semua jenis makanan, dan ia tak hilang jus dan nutrisi dalam makanan tersebut (macam resipi ikan kukus masam asam contohnya).

Yang penting, adalah penggunaan bahan dalam kaedah memasak ini iaitu yang dalam kategori sihat seperti mixed herbs, paprika, kunyit, perahan asam jawa atau limau kasturi.

Panduan untuk kukus makanan:

Grill

Kaedah memasak ini adlaah menggunakan api dan haba yang tinggi membakar makanan tersebut dan kaedah ini bagus kerana kandungan nutrisi dalam makanan tak hilang sangat; bahagian luar ada rasa smoky dengan permukaan yang ‘caramelize’ manakala isi dalam elok dengan jusnya.

Cuma kurangnya dalam kaedah masakan ni, ia juga hasilkan komponen toksin yang boleh meningkatkan risiko kesihatan jika dimasak terlalu lama. Cara terbaik, pastikan korang grill makanan yang nipis dan/atau kecil untuk cepat masak.

Broilling menggunakan prinsip sama seperti grill dan ini juga menggunakan tenaga yang tinggi dengan haba secara terus, pada masa yang singkat. Cuma kurangnya kaedah jenis ni banyak nutrisi akan hilang; lagi2 untuk sayuran dia cepat kering (melainkan tu korang nak lah).

Stir Fry

Kaedah masak yang min suka sebab senang – campak semua bahan, masak dan setel dalam 5 minit ja (renyah tu hanya bila kena potong kecil2 bahan yang nak dimasak agar cepat siap, tanpa rosakkan nutrisinya).

Kaedah yang lebih kurang sama adalah saute, juga menggunakan sedikit minyak. Dan amat digalakkan untuk menggunakan minyak sihat seperti minyak zaitun untuk dapatkan manfaat nutrisi (kata nak makan secara sihat hehe).

Baca sini: resipi stir fry yang mudah

Kaedah Tak Payah Masak

Ni kaedah yang paling senang kalau korang nak dapatkan 100% nutrisi dalam makanan tersebut. Yang penting pastikan makanan tersebut dibasuh sehingga bersih sebelum dimakan (dan boleh tambah apa2 perisa jika mahu asalkan berpada untuk berdiet).

Ni untuk sayuran dan buahan ja. Ikan atau ayam tu sebaiknya masak dahulu ya. Lagi2 yang ayam. Ikan tu kalau macam salmon sebagai sushi tu takpa lagi hehe..

Korang biasa masak cara apa bila nak berdiet ni? Cer share di komen resipi apa yang biasa korang buat.

Bacaan lanjut:

Sumber : 1,2



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.