Bagaimana Nak Jaga Diet Ketika Makan Di Luar

Antara faktor yang utama yang buatkan diet kita kelaut ialah bila kita nak makan di luar kan? Selalunya kawan ajak ke, atau mak masak time kita balik kampung, masa tu lah otak ligat fikir apa yang boleh kita makan waktu tengah berdiet ni.

diet, diet kelaut, makan di luar

Sudahnya kita fikir untuk mudah, tangguhkan diet dan makan macam biasa, yang selalunya makan macam balas dendam gamaknya. Betul tak? Min pun macam tu lah hehe..

Salah satu puncanya, adalah kita tak terfikir situasi sebegini akan berlaku; iaitu masa merancang untuk berdiet tu kita hanya ambil kira apa yang nak dimakan di rumah sahaja, tanpa ambil kira situasi mengejut sebegini.

Yelah, kalau orang ajak tiba-tiba takkan nak 10 minit blur2 nak fikir apa yang boleh dimakan ke tak kan; tak beradab pula pada yang mengajak kita tu hehe..

Jadi, bagaimana caranya untuk pastikan diet kita tak kelaut lagi buat kesekian kalinya?

Bagaimana Nak Jaga Diet Ketika Makan Di Luar

Ikuti panduan mudah di sini, ketika nak makan di luar.

  • Utamakan pengambilan sayuran (1/2), sumber protein (telur, ayam, ikan, daging) dahulu berbanding nasi/roti putih
  • Utamakan lauk-pauk jenis kukus, rebus, bakar, atau sup dan elakkan lauk-pauk yang jenis berminyak tu. Melainkan takda pilihan lain, ambil sedikit sahaja
  • Secawan kecil air manis cukup untuk melepas gian; pastinya utamakan air masak sebagai minuman. Pilihan lain kopi o/teh o tanpa gula pun takpa. Air yang terang2 berisiko seperti air gas dsbg, potong terus
  • Ada manisan/dessert ambil sedikit buat perasa memadai (awak tu tengah diet sabo dulu)
Perhatikan makanan yang ada tu, sama tak dengan ada dalam senarai ni (save la gambar ni hehe)

Tips tambahan juga

  • isi perut dengan air kosong untuk elakkan makan terlalu banyak (kebarangkalian untuk makan macam balas dendam tinggi masa ni)
  • Survey keseluruhan makanan yang ada untuk kenalpasti dahulu
  • Berhenti makan sebelum kenyang

Tips ini sangat membantu untuk korang pastikan diet tak kelaut waktu berdiet. Sekadar melepas gian sedikit tak apa lah sebab makan di luar bukannya kerap pun.

Lepas tu sambung balik diet macam biasa, korang pun semangat nak komited sampai capai berat target (konsep ini amat ditekankan dalam coaching Weightloss Workbook sebab kita bukan robot kot). 😀

Semoga membantu, dan good luck!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.